Sidang Akhbar Anwar Kalutkan Keadaan


ULASAN 

Anwar mengadakan sidang akhbar
dengan diapit isterinya dan SUA PKR.SIDANG khas Anwar Ibrahim bertempat di sebuah hotel di ibu negara tengah hari tadi sempat membentuk gelombang politik yang penuh dengan teka teki. 
Kenyataan dibuat Anwar itu berlaku tanpa ada angin dan ribut justeru ia mengejutkan banyak pihak. Tiba-tiba sahaja beliau dengan penuh yakin memberi tahu media yang beliau sudah mempunyai nombor mencukupi dan mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin jatuh.
“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah dalam masa terdekat. Insya-Allah,"  katanya dalam sidang akhbar itu.
Kenyataan Anwar itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak dan turut juga menjadi panik di sektor tertentu negara. Kenyataan itu nampak seperti benar apabila Anwar mengaitkan nama Yang diPertuan Agong, apa lagi menurutnya beliau sepatutnya menghadap Yang diPertuan Agong semalam tetapi tertangguh apabila Agong mendapat rawatan di IJN.
Kenyataan itu seolah-olah apa didakwa Anwar itu sudah mahu berlaku dan hampir berlaku. 
Apa yang berlaku itu membingungkan dan penuh tanda tanya. Bagaimana pun ia menjadi sedikit  misteri  dan pelik kerana sidang itu dibuat bersendirian tanpa hadir sama pemimpin PH baik daripada Amanah dan DAP mendampingi Anwar dalam sidang itu. Apakah pemimpin Amanah dan DAP sengaja tidak dijemput?
Di sepanjang sidang akhbar itu yang dilihat menemani Anwar hanya isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Keterbatasan yang hadir ini mungkin kerana mematuhi SOP Covid? Ia bukan ganjil.
Maklumat memberi tahu Anwar akan mengadakan sidang khas tersebar sejam malam tadi, tetapi bersifat embargo sehingga jam 8:00 pagi tadi. Maklumat itu dikeluarkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Mulanya saya sendiri kurang yakin dengan maklumat itu dan menganggap ia hanya gimik liar atau pun sebagai vandalisme politik semata-mata, tetapi setelah mengesahkan dengan sumber rapat dengan Anwar menyebabkan saya jadi tertunggu-tunggu mengenainya, tetapi tidak sampai menyangka pengumuman mengenai nombor apa lagi jatuhnya kerajaan PN.
Sidang akhbar Anwar tadi sesuatu yang cukup berani dan bertanggungjawab kerana beliau mengisythihar yang kerajaan Muhyiddin telah tumbang dan seolah beliau sudah mendapat perkenan Agong untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Sidang media itu juga berisiko tinggi buatnya kerana ia boleh menjejaskan integriti politiknya kalau apa didakwa itu tidak benar.
Untuk beberapa jam selepas sidang akhbar itu diadakan ia telah benar-benar mengalutkan keadaan. Mereka yang kesekian lama mendambakan Anwar sebagai PM sudah bersorak dan sebak menangis. Berpuluh panggilan telefon yang saya terima dari kawan jauh dan dekat ingin mengetahui cerita lanjut berhubung sidang media itu. 
Timbul juga tanda tanya apakah Muhyiddin yang dijadualkan akan membuat perutusan khas di sebelah petangnya ada kait dengan sidang akhbar Anwar itu.  
Bagaimana pun selepas beberapa jam kemudian setelah satu pihak demi satu pihak membuat kenyataan menjawab dakwaan Anwar itu ia menjadi reda. Muhyiddin yang muncul dalam sidang media khasnya tidak membayangkan yang beliau tertekan dengan kenyataan Anwar itu. 
Ketua-ketua parti politik masing-masing yang bersekongkol dengan Muhyiddin menubuhkan kerajaan PN membuat kenyataan menafikan kerajaan PN tumbang dan mengakui yang ahli parlimen masing-masing kekal dengan parti dan tidak ada seorang pun yang belut menyokong Anwar. 
Kenyataan ketua-ketua parti atau kumpulan itu daripada Pas, MCA, GPS, semua menyatakan sokongan sokongan kepada Muhyiddin melainkan kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang negatif apabila beliau mengakui beliau tidak ada kuasa untuk mencegah mana-mana ahli parlimen Umno dan BN daripada menyokong Anwar. 
Kenyataan Zahid itu kemudian dijadikan sebagai asas dan modal berlaku perpindahan sokongan daripada ahli parlimen Umno dan BN kepada Anwar bagi mencukupi nombor dan disifatkan Saifuddin sebagai bukti kerajaan Muhyiddin sudah tumbang.
Manakala kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara yang memaklumkan memang Yang diPertua Agong menyatakan kesediaan untuk menerima menghadap Anwar Ibrahim dan isteri, menjadi bukti terhadap apa yang disebut Anwar dalam sidang akhbar berkenaan.
Sehingga saat ini sidang akbar Anwar dan dakwaannya walaupun dinafikan keras oleh pihak PN, tetapi  masih menjadi misterius apabila Yang diPertuan Agong, dengan tiba-tiba terpaksa dirawat di IJN. Seandaian Al-Sulatan Abdullah tidak ke IJN mungkin ia sudah menjelaskan keadaan sebenarnya. Tegasnya walaupun ia diragui dan diperolok tetapi ia belum menamatkan persoalan mengenai apa didakwa Anwar itu. 
Kesimpulannya walaupun apa disebut Anwar itu sesuatu yang pernah berlaku sebelum ini dan sudah disinis oleh Dr Mahathir menjadikan ia sebagai cerita dan gimik politik, namun ia masih menjadi satu topik menarik untuk difikirkan dan ianya sempat menjadikan tidur orang politik termasuk Muhyiddin dan barisan anggota kabinetnya tidak boleh lena seperti malam-malam sebelumnya sehinggalah Anwar dipanggil menghadap Agong nanti. [wm.kl.8:23 pm 23/09/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/sidang-akhbar-anwar-kalutkan-keadaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Akhbar Indonesia Menyiarkan Berita Tentang Anwar

Antara Akhbar Indonesia Menyiarkan Berita Tentang Anwar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 200 hits
Anwar Ibrahim Klaim Kantongi Suara Mayoritas yang Kuat dan Meyakinkan Kompas com 23 09 2020 13 10 WIB BAGIKAN Komentar Lihat Foto Anwar Ibrahim Penulis Danur Lambang Pristiandaru Editor Danur Lambang Pristiandaru KUALA LUMPUR KOMPAS com Pem...
Anwar Di Muka Depan Akhbar Turki Ketika Di Penjara

Anwar Di Muka Depan Akhbar Turki Ketika Di Penjara

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 310 hits
Muka depan majalah Turki Ger ek Hayat Antara yang dikongsi adalah pengalaman saya merengkok lebih 10 tahun di penjara dan visi dan misi saya untuk Malaysia tercinta
Sidang Media Anwar Ibrahim Adakah Kerajaan Bertukar Sekali Lagi

Sidang Media Anwar Ibrahim Adakah Kerajaan Bertukar Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 269 hits
Firdaus AzilSeptember 22 2020 19 36 MYTSpekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini Gambar failKUALA LUMPUR Spekulasi Datuk Seri Anwar...
Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini jam 12 tengah hari ini Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting Sumber memberitahu pengumu...
Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 525 hits
Anwar Ibrahim dan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan sentiasa mempunyai kekuatan moral dan hak untuk merebut balik Putrajaya sebelum PRU15 sebagaimana mandat rakyat pada Mei 2018 Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui aksi pengkhianatan Langk...
Anwar Bayangkan Tempat Buat Muhyiddin Dalam Kerajaan Baru

Anwar Bayangkan Tempat Buat Muhyiddin Dalam Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 456 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bekerjasma memastikan peralihan lancar tampuk kepimpinan negara Anwar berkata dia tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Muhyiddin atau mempunyai masalah peribadi deng...
Selepas Amanah 42 Mp Dap Juga Sokong Kerajaan Pimpinan Anwar

Selepas Amanah 42 Mp Dap Juga Sokong Kerajaan Pimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 425 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Selepas AMANAH kini 42 ahli Parlimen DAP juga menyatakan pendiriannya menyokong pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata partinya menyokong Penge...
Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 596 hits
Umno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikat...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt