Siasatan Polis Celaru Kata Otai Reformis



(Malaysiakini) – Kumpulan pendesak pro-Anwar Ibrahim Otai Reformis hari ini mempertikai siasatan polis dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan menteri ekonomi Azmin Ali.
Kata Setiausaha Agungnya, Abdul Razak Ismail, prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis dalam kes tersebut bercelaru.
“SOP polis itu sendiri agak bercelaru dalam kes video ni.
“Dia siasat bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagaimana dengan seksyen 377A Kanun Keseksaan? Adakah berjalan serentak (kedua-duanya)?
“Jika serentak, sepatutnya dua orang yang melakukan hubungan intim ini ditahan untuk sisasatan lanjut.
“Tapi nampaknya di sini, bukan nak kata berat sebelah, tapi Haziq kena tahan beberapa hari, tapi pasangnanya tak ditangkap.
“Adakah kerana dia seorang menteri?” soalnya dalam satu sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Timbalan pengerusi Otai Reformis Mustapa Mansor bagaimanapun tidak mahu menamakan “menteri kanan” yang dirujuk dalam sidang media itu.
Setakat ini, 11 orang ditahan untuk membantu siasatan, termasuk bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai pelaku dalam video itu.
Dia mendakwa Azmin sebagai pasangannya, namun dakwaan itu dinafikan Azmin dengan menyifatkannya sebagai cubaan untuk menjatuhkan karier politik beliau.
Haziq ditahan sejak 14 Julai lalu dan dibebaskan 23 Julai.
Penahanan-penahanan itu dibuat bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (seks luar tabii), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 323 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan video lucah).
Razak juga mempersoalkan layanan berbeza terhadap Haziq dan Azmin kerana hanya seorang dari mereka ditahan.
Sementara itu, dalam Mustapa juga membacakan sidang media yang antaranya mendakwa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador (gambar) memberi kenyataan “agak mengelirukan”.
“Kenyataan KPN haruslah berdasarkan fakta dan data yang jelas, bukannya andaian dan tuduhan semata-mata.
“KPN bukan ahli politik atau orang awam yang sering membuat andaian berdasarkan ‘dengar khabar’ tanpa hasil kajian atau siasatan terperinci,” katanya.
Diasak pemberita Mustapa bagaimanapun berkata siasatan polis sudah bagus tetapi mereka kini hanya mahu melihat hasilnya.
“Bukan nak kata polis tak ikut proses undang-undang, tapi kita mahukan lebih jelas,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/26/siasatan-polis-celaru-kata-otai-reformis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Beritahu Rakaman Cctv Hotel Sandakan Dipadam Kata Farhash

Polis Beritahu Rakaman Cctv Hotel Sandakan Dipadam Kata Farhash

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 845 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini mempertahankan dakwaannya wujud konspirasi atas penahanannya berhubung video seks sejenis yang menyasarkan Azmin Ali kerana penyiasat memberitahunya ra...
Padah Kata Polis Bodoh Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara Dan Denda

Padah Kata Polis Bodoh Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara Dan Denda

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 383 hits
Padah memberi kata kata kesat kepada pihak polis menyebabkan seorang penghantar makanan didenda RM1 000 atau penjara dua bulan Kata kesat apa agaknya yang dikeluarkan lelaki tu sampai kena tangkap ni Suspek Mahathir Mohd Zin dijatuhkan huku...
Kerana Kata Polis Bodoh Mahathir Didenda Rm1 000

Kerana Kata Polis Bodoh Mahathir Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 406 hits
Mungkin berang dengan tindakan pihak polis berkenaan Mahathir Mohd Zin yang juga seorang penghantar makanan telah mengeluarkan perkataan bodoh kepada pihak polis berkenaan dua bulan lepas Tidak dapat dipastikan atas alasan apa Mahathir meng...
Reformis Berkumpul Di Depan Balai Polis Dang Wangi

Reformis Berkumpul Di Depan Balai Polis Dang Wangi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 400 hits
Otai reformasi kini sedang berkumpul dihadapan balai polis Dang Wangi bagi menunggu pembebasan Farhash
Polis Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Dakwaan Wan Ji Dipukul

Polis Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Dakwaan Wan Ji Dipukul

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 404 hits
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika dalam penjara baru baru ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi Sinar Har...
Zaid Ibrahim Pelik Dengan Siasatan Polis

Zaid Ibrahim Pelik Dengan Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 442 hits
Zaid Ibrahim pelik dengan siasatan polis Posted By on July 19 2019Bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid Ibrahim menasihatkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador supaya tidak membuat kenyataan politik Bercakap kepada Malaysiakini ap...
Andaian Mb Selangor Menjurus Kepada Anwar Sebagai Dalang Otai Reformis

Andaian Mb Selangor Menjurus Kepada Anwar Sebagai Dalang Otai Reformis

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Otai Reformis 1998 mencabar Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari mendedahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siapa dalang di sebalik video hubungan seks sejenis Setiausahanya Abdul Razak Ismail berkata dengan membuat anda...
Kata Kata Maaf Yang Indah Menyentuh Hati Terbaru

Kata Kata Maaf Yang Indah Menyentuh Hati Terbaru

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 3416 hits
Maaf adalah ungkapan permintaan atau permohonan ampun ataupun penyesalan karena suatu kesalahan Meminta maaf berarti memberi ampunan atas kesalahan tersebut dan tidak menganggap lagi kesalahan tersebut Kata maaf sering kita dengar terutama ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid