Siaran Menarik Di Slot Ohsem Lejen Awesome Tv


Awesome TV lebih meriah dengan siaran menarik di Slot OHSEM LEJEN, slot terbaharu Awesome TV. Ohsem Lejen menyiarkan filem-filem zaman hitam putih seperti karya filem arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam.


Sempena sambutan hari perayaan Deepavali 4 November, Awesome TV menyajikan dua buah filem terbaik bollywood iaitu filem Taal dan Ishq. Taal merupakan sebuah filem muzikal romantik lakonan Anil Kapoor, Aishwarya Rai dan Akshaye Khanna akan ditayangkan pada jam 2.00 petang.

Filem Ishq pula lakonan pasangan sensasi bollywood iaitu Ajay Devgan dan Kajol bersama dua pelakon hebat Aamir Khan dan Juhi Chawla pada jam 9.00 malam.

Antara siaran yang menarik November ini, sebuah filem seram klasik berjudul RAHSIA bersiaran di slot Malar Segar pada hari Selasa, 2 November 2021. Filem yang pernah memenangi lapan anugerah di Festival Filem Malaysia ini sudah lama tidak ditayangkan di kaca televisyen tempatan.

Manakala slot Malar Segar, Hindi Special dan Awesome Movie juga akan disajikan dengan filem-filem hebat. 

Slot Ohsem Lejen (Khamis, 9.00 malam)Pendekar Bujang Lapok (11 Nov 2021)Tiga rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk menuntut ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar. 
Lakonan: P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin

Anak Bapak (18 Nov 2021)Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. 
Lakonan: P. Ramlee, Roseyatimah dan A.R. Tompel

Kanchan Tiara (25 Nov 2021)Kanchan terpegun dengan kemahiran Tirana dalam mempertahankan diri dan sukarela menawarkan diri menjadi anak muridnya. Tirana baru sahaja menetap di kampung itu tetapi disebabkan keengganan membayar duit kopi kepada orang suruhan Sahamboi maka dia kerap menjadi sasaran anak buah Sahamboi. 
Lakonan: P. Ramlee, Sarimah Ahmad dan Jins Shamsudin

Slot Malar Segar (Setiap Selasa-Rabu, 9.00 malam)Rahsia (2 Nov 2021)Professor Hamdan dan Ramlah bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. 
Lakonan: Noor Kumalasari dan Shukery Hashim

Ghazal Untuk Rabiah (3 Nov 2021)Percintaan Rabiah dan Jamal ditentang oleh ibu bapanya dan Eddy yang telah membantu menyelamatkan Rabiah dan mendapatkan perlindungan. Eddy yang telah berkahwin ingin menjadikan Rabiah sebagai perempuan simpanannya. 
Lakonan: Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura

Talak (9 Nov 2021)Talak menceritakan pergolakan domestik diantara sepasang suami isteri, Johan dan Liza. Suatu hari, tanpa disedari, Johan telah melafazkan tiga kali perceraian kepada Liza. Johan akhirnya dia bertemu seorang lelaki yang bersetuju untuk berkahwin dengan isterinya dan bercerai lagi. 
Lakonan: Dharma Harun dan Noreen Noor.

Awang Spanar (10 Nov 2021)Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh bekerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Rahim. 
Lakonan: Mr. Os, Salih Yaacob dan Connie

Mawar Merah (16 Nov 2021)Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur. Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk menghubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sofyan seorang arkitek yang masih bujang. 
Lakonan: Raja Ema dan Mustafa Noor

Kolej 56 (17 Nov 2021)Anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elite, berlatar belakangkan golongan kelas atasan dan berpendidikan kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai butler di rumah orang kaya. 
Lakonan: Ahmad Fauzee, Salwa dan ramai lagi

Oh Fatimah (23 Nov 2021)Rahmat dan Fatimah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya. 
Lakonan: A. R . Badul dan Raja Noor Baizura

Kembar Siam (24 Nov 2021)Dua orang pemuda yang mempunyai wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai apa-apa perhubungan. Seorang ialah anak kampung yang ingin menjadi pelakon filem terkenal tetapi gagal kerana tidak berkelulusan tinggi, dan seorang lagi ialah pelakon filem terkenal yang sudah bosan dengan dunianya dan inginkan kebebasan. Mereka bertemu dan menukar peranan masing-masing hingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan. 
Lakonan: Mr.Os dan Ziela Jalil

Pelumba Haram (30 Nov 2021)Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. 
Lakonan: Sabree Fadzil, Noreen Noor dan Azmi Mohamad.

Slot Malar Segar (setiap hari Sabtu, 2.00 petang)Pak Tam Duda (6 Nov 2021)Pak Tam, adalah seorang duda dan usahawan yg berjaya dlm kampung. Dia juga dihormati oleh orang-orang kampung kerana kebaikan dan kemurahan hatinya. Apabila muncul seorang gadis bandar serta teman lelakinya, yg mempunyai niat jahat untuk menggoda serta mengikis segala harta Pak Tam, budak-budak kampung yang menghormati Pak Tam tampil memberi bantuan. 
Lakonan: A.R . Badul dan Kartina Aziz

Si Luncai (13 Nov 2021)Si Luncai telah jatuh hati dengan anak ketua kampung, tetapi pinangannya ditolak kerana dia tiada harta. Suatu hari, dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak dan dia membalas dendam kepada ketua kampung. 
Lakonan: R Jaafar, Azlina Aziz, Yahya Sulong dan Normadiah.

Balada (20 Nov 2021)Desa sayangkan ibunya dan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah bapanya semasa dia melibatkan diri dalam politik tanah air. Desa sedar bahawa kalau tanah itu jatuh ke tangan orang, tiada ertinya hidup sebagai orang Melayu yang telah mewarisi Tanah Melayu ini. Desa perlukan wangnya untuk menebus balik tanah tersebut. Rakannya memberitahu bahawa tempat yang senang mendapatkan wang, terutama dengan bakat seperti Desa, ialah Kuala Lumpur untuk mencari kerja untuk menebus pergaulannya dengan masyarakat kota. 
Lakonan: M.Nasir dan Ogy Ahmad Daud

Dewi Cinta (27 Nov 2021)Dewi cuba membunuh diri ketika teman lelakinya Micky berjumpa dengan gadis lain. Tetapi dia menyedari dia tidak mahu mati sia-sia dan pergi ke tempat Arman untuk meminta pertolongan dan terus menjalinkan hubungan. Mereka sering diganggu oleh Micky yang masih mencintai Dewi.

Lakonan: Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha dan Richie Ricardo dan Winny Aditya Dewi.

Slot Hindi special (setiap hari Jumaat 9.30 malam)Dulhan Hum Le Jayenge (5 Nov 2021)Sapna dibesarkan oleh tiga orang pakciknya, masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza. Sapna jatuh cinta pada Raja yang berusaha mengambil hati ketiga-tiga pakciknya dengan pelbagai cara. 
Lakonan: Amin Khan dan Karisma Kapoor

Milenge Milenge (12 Nov 2021)Priya percaya bahawa dia telah bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan ketika dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Immy, tetapi, mereka berpisah kerana mempunyai perbezaan. Namun, takdir terus membantu untuk menyatukan mereka kembali. 
Lakonan: Kareena Kapoor dan Shadid Kapoor

Trimurti (19 Nov 2021)Setelah dituduh dan dipenjarakan, Satyadevi berharap ketiga-tiga anak lelakinya membebaskannya dan membalas dendam terhadap penuduhnya. Namun, dia menyedari bahawa mereka menjalani kehidupan tersendiri dan saling membenci. 
Lakonan: Jackie Shroff, Anil Kapoor, Shah Rukh Khan, Anjali Jathar dan Priya Tendulkar

Mera Naam Joker (26 Nov 2021)Raj menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan hati sepanjang hidupnya. Tetapi sebagai badut dalam sarkas, dia cuba membuat penontonnya tertawa dengan menggunakan kesedihannya sendiri.

Lakonan: Raj Kapoor, Simi Garewal dan Rishi Kapoor

Slot Awesome Movies, Setiap Sabtu, 10.00 malamA Knight’s Tale (6 Nov 2021)Ketika William Thatcher mengetahui bahawa gurunya Sir Ector sudah mati, dia menyamar dengan memakai baju besi milik gurunya itu di kejohanan Jousting dan memenangi pertandingan tersebut. Dia mengambil bahagian dalam lebih banyak kejohanan. 
Lakonan: Heath Ledger, Mark Addy dan Rufus Sewell

Man of Steel (13 Nov 2021)Clark mengetahui tentang kebolehan dan asal usulnya ketika dia memasuki kapal Kryptonian di Artic. Namun, musuh lama mengikutinya ke Bumi untuk mencari kodeks dan membawa kehancuran.

Lakonan: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon

Wonder Woman (20 Nov 2021)Puteri Diana dari bangsa wanita Amazon dilatih untuk menjadi pejuang yang tidak dapat dikalahkan. Dibesarkan di sebuah pulau terlindung, Diana bertemu dengan juruterbang Amerika bernama Steve yang memberitahunya tentang konflik besar yang sedang berlaku di dunia luar. Yakin bahawa dia dapat menghentikan ancaman itu, Diana meninggalkan rumah untuk pertama kalinya. Berjuang bersama-sama lelaki untuk menamatkan semua peperangan. 
Lakonan: Gal Gadot dan Chris Pine

Justice League (27 Nov 2021)Steppenwolf dan Parademonnya kembali untuk mengambil alih Bumi. Namun, Batman meminta bantuan Wonder Woman untuk merekrut dan mengumpulkan Flash, Cyborg dan Aquaman untuk melawan musuh baru yang kuat. 
Lakonan: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot dan Ezra Miller.

Setiap Isnin, 10.00 malamDumb and Dumber (1 Nov 2021)Dua rakan yang baik hati tetapi sangat lembab tersandung sebuah beg bimbit. Tidak diketahui oleh mereka, ia mengandungi wang yang ditujukan untuk penculik yang mempunyai hubungan dengan orang ramai. 
Lakonan: Jim Carrey dan Jeff Daniels

Get Smart (8 Nov 2021)Maxwell Smart, seorang penyiasat intelektual tetapi memalukan digandingkan dengan Ejen 99, seorang ejen yang berpengalaman untuk mencegah KAOS, sebuah organisasi pengganas dari menjalankan rancangan jahat mereka. 
Lakonan: Steve Carell, Anne Hathaway dan Dwayne Johnson

Ocean’s Twelve (15 Nov 2021)Dalam masa dua minggu, Danny Ocean dan rakan-rakannya harus mengembalikan wang yang mereka curi dari hartawan kasino Las Vegas, Terry Benedict atau Terry akan membunuh mereka.

Lakonan: George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Catherine Zeta-Jones dan Andy García

Contagion (22 Nov 2021)Kematian Beth Emhoff dan anaknya membawa kepada penemuan virus yang mematikan. Sementara Pusat Kawalan Penyakit AS berusaha untuk mengekang penyebarannya dan telah mencetuskan panik di seluruh dunia. 
Lakonan: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne dan Jude Law

I Am Legend (29 Nov 2021)Robert Neville, seorang saintis yang merupakan manusia terakhir yang terselamat dari wabak di seluruh New York. Dia berusaha mencari jalan untuk menukar kesan virus buatan manusia dengan menggunakan darahnya yang kebal. 
Lakonan: Will Smith dan Alice Braga

Semua filem ini boleh tonton di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/11/siaran-menarik-di-slot-ohsem-lejen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awesome Cuci Kereta Paling Senang

Awesome Cuci Kereta Paling Senang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 275 hits
kalau di malaysia ni ada sungai ke parit ke rendam terus
Cara Buat Grafik Ohsem Untuk Fanpage

Cara Buat Grafik Ohsem Untuk Fanpage

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 79 hits
Assalam Disebabkan penggunaan profile peribadi banyak digunakan untuk tujuan perniagaan pihak Facebook mengambil langkah dengan menghasilkan ciri ciri sistem yang baru khas untuk perniagaan iaitu Facebook Page dan Facebook Timeline Dengan g...
Anwar Claims Thousands Of Muslims Play Slot Machines In Clubs

Anwar Claims Thousands Of Muslims Play Slot Machines In Clubs

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 151 hits
PARLIAMENT Opposition leader Anwar Ibrahim claimed that tens of thousands of Muslims are gambling on slot machines in at least 62 clubs licensed with such facilities During his speech on Budget 2022 today Anwar claimed that the number of Mu...
Agen Slot Online Terbaik Bawa Bonus Terlengkap

Agen Slot Online Terbaik Bawa Bonus Terlengkap

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 192 hits
Bilamana kalian ingin main judi dengan cara aman maka bergabung saja bersama agen terpercaya dan terbaik Disitu kalian bakal menemukan banyak bonus yang bisa dijadikan sebagai tambahan modal bermain Dimana lagi kalian menemukan bonus untuk ...
Bersaing Slot Drama Apa Kata Ayda Jebat

Bersaing Slot Drama Apa Kata Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 221 hits
Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta manakala Fattah Amin dan Fazura drama Hero Seorang Cinderella PETALING JAYA Pelakon Ayda Jebat berkata promosi Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura yang berterusan menj...
Singgang Ikan Tongkol Terengganu Lauk Lejen Kesukaan Ramai

Singgang Ikan Tongkol Terengganu Lauk Lejen Kesukaan Ramai

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 308 hits
Sekali sekala makan singgang ikan dan dipadankan dengan budu dan tempoyak memang bertambah tambah nasi Lauk singgang ini dikategori lauk lejen Lauk yang terkenal dengan kesedapannya Lauk singgang ini sangat ringkas dan senang untuk dimasak ...
Awesome Gambar Amalina Yg Awesome

Awesome Gambar Amalina Yg Awesome

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 74 hits
amalina yg dluamalina yg sekarang yg HOT dipasaran admin suka gambar ni awesome lah even perubahan beliau bnyak diperkatakan dalam media massa sekarang tetapi perjalanan hidup beliau mana kita tahu org kata dah shockculture apa bleh buat ka...
Mind Blowing Art Work Awesome 3d Shapes Look Superimposed But They Are Actually Painted Surfaces

Mind Blowing Art Work Awesome 3d Shapes Look Superimposed But They Are Actually Painted Surfaces

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 93 hits
Since 1979 artist has experimented with perspective painting seemingly random surfaces that look fragmented and disjointed The big picture only comes together when viewed from a specific vantage point The Swiss born Paris based artist often...
15 Awesome Burlap Crafts You Ll Use Everyday

15 Awesome Burlap Crafts You Ll Use Everyday

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 192 hits
Burlap stuff most people imagine is used primarily on old farms and as potato sacks It probably wouldn t be anyone s first thought when it comes to home d cor Unless that person is a serious The post appeared first on
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Percutian Ke Taiwan Semasa Musim Sejuk

Makan Laksa Di Kedai Makan Laksa Pokok Limau Kuala Kangsar Perak

The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana