Siaran Arsenal Di China Ditarik Susulan Komen Ozil


PERMAINAN Arsenal menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris malam ini tidak akan disiarkan secara langsung oleh siaran rasmi kerajaan China, CCTV.
Ia susulan komen oleh bintangnya Mesut Özil yang mengkritik layanan terhadap masyarakat etnik minoriti Uighur di Xinjiang, China.
Lapor agensi berita Bloomberg, CCTV sebaliknya akan menyiarkan semula permainan Tottenham Hotspur, yang merupakan saingan terbesar Arsenal, bersama Wolverhampton Wanderers.
Pada Jumaat, Özil mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial yang mendakwa umat Islam hanya berdiam diri berhubung penindasan etnik Uighur di China.
“Quran dibakar.. Masjid ditutup.. Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan.. Ulama dibunuh seorang demi seorang.. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.
“Tidakkah mereka tahu bahawa membiarkan penganiayaan itu sendiri adalah satu penganiayaan? Saidina Ali, menantu Nabi Muhammad berkata, ‘Sekiranya anda tidak boleh elak penganiayaan, dedahkannya,” tegas Özil.

#HayırlıCumalarDoğuTürkistan 🙏🏼 pic.twitter.com/dJgeK4KSIk
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 13, 2019

Susulan itu, Arsenal mengeluarkan kenyataan di media sosial China, Weibo, menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian disuarakan oleh pemainnya.
“Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas.
“Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil. Sebagai pasukan bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik,” tegas kenyataan kelab itu berdasarkan akhbar The Guardian.
Namun, tiada kenyataan diberikan oleh Arsenal susulan komen oleh pemainnya Hector Bellerin yang menggunakan bahasa kasar terhadap Perdana Menteri Boris Johnson hanya beberapa hari sebelum itu.

Young people across the world have a chance to change what the future can be. Today's the chance for all the British people to influence what your future & those living here holds. #FuckBoris #GoVote pic.twitter.com/epHbI3sdNw
— Héctor Bellerín (@HectorBellerin) December 12, 2019

Pada tahun lepas, seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan yang menuduh China telah menahan secara paksa kira-kira sejuta umat Islam di kem ‘pendidikan dan latihan vokasional’ di Xinjiang.
Terbaharu, seorang pegawai pentadbiran kerajaan Xinjiang pada awal bulan ini mendakwa semua yang dikatakan ditahan di kem tersebut merupakan pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional dan telah lulus program mereka.
Namun begitu, golongan aktivis mempersoalkan kebenaran di sebalik kenyataan itu kerana tiada perincian diberi, misalnya mengenai jumlah tahanan atau pelajar yang terlibat, jumlah kem latihan serta apa yang berlaku selepas mereka keluar.
The post Siaran Arsenal di China ditarik susulan komen Ozil appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ini-komen-ozil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesut Ozil Dikeluarkan Dari Pes 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur

Mesut Ozil Dikeluarkan Dari Pes 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 577 hits
Nama Mesut Ozil mungkin tidak asing lagi buat para peminat bola sepak terutamanya penyokong kelab Arsenal Menurut sumber terkini bintang bola sepak Jerman itu telah dikeluarkan dari permainan video bola sepak terkenal iaitu Pro Evolution So...
Peminat China Bakar Baju Ozil

Peminat China Bakar Baju Ozil

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 440 hits
BEIJING 20 Rabiulakhir 1441H Selasa Peminat Arsenal dari China bertindak membakar baju tentera nama Mesut Ozil susulan kenyataan berani beliau mempertahankan etnik Islam Uyghur yang berterusan menjadi mangsa penganiayaan negara Tembok Besar...
Kecaman China Saat Mesut Ozil Bela Muslim Uighur

Kecaman China Saat Mesut Ozil Bela Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 478 hits
Global Times menulis kelakuan Ozil seperti badut kebingungan dan ceroboh Pesepak bola warga Jerman itu juga dianggap menyalahgunakan posisi sebagai seorang publik figure
Tak Cukup Bakar Jersi Mesut Ozil Didakwa Dikeluarkan Dari Game Pes Di China

Tak Cukup Bakar Jersi Mesut Ozil Didakwa Dikeluarkan Dari Game Pes Di China

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 747 hits
Susulan daripada perkongsiannya di laman Twitter milik bintang Liga Perdana Inggeris Mesut Ozil berkaitan penindasan yang dilalui oleh etnik Uighur kini mendapat tentangan hebat daripada kerajaan China Terkini pemain sensasi Arsenal itu tel...
Marah Dikritik Isu Hak Asasi Islam Uighurs Nama Mesut Ozil Dipadam Dari Pes Versi China

Marah Dikritik Isu Hak Asasi Islam Uighurs Nama Mesut Ozil Dipadam Dari Pes Versi China

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 529 hits
SHANGHAI Pemain tengah Arsenal Mesut Ozil dipadam dari versi mudah alih China permainan Pro Evolution Soccer kata pengedar permainan dari China itu Syarikat internet China NetEase berkata ia membuang Ozil dari permainan berkenaan disebabkan...
Tekanan Lagi Buat Ozil China Keluarkan Mesut Ozil Dari Pes2020

Tekanan Lagi Buat Ozil China Keluarkan Mesut Ozil Dari Pes2020

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 503 hits
Apa lagi yang mereka cuba lakukan Bagi Ohmedia apa yang dilakukan China ni sedikit pun tidak gentarkan hati orang Islam di seluruh dunia Semua sedia maklum yang kini Ozil sedang teruk dikecam oleh China setelah bintang bola sepak Arsenal it...
Arsene Wenger Pertahan Tindakan Ozil Kritik Penindasan Etnik Uighur Di China

Arsene Wenger Pertahan Tindakan Ozil Kritik Penindasan Etnik Uighur Di China

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 494 hits
Bekas pengurus pasukan Arsenal Arsene Wenger dilaporkan mempertahankan tindakan Mesut Ozil yang dikritik berkenaan dengan isu penderitaan etnik Uighur di China Mesut Ozil mempunyai hak untuk bersuara sama seperti orang lain dan dia telah me...
Media China Label Ozil Sebagai Badut

Media China Label Ozil Sebagai Badut

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 454 hits
Media kerajaan China memberi amaran hari ini bahawa kritikan Mesut Ozil 31 berkaitan layanan kejam negara itu terhadap etnik Uighurs akan memberi implikasi serius ke atas Arsenal Malah kritikan Ozil menyebabkan CCTV menarik balik siaran lan...
Kesal Dikritik Soal Muslim Uighur China Undang Mesut Ozil Ke Xinjiang

Kesal Dikritik Soal Muslim Uighur China Undang Mesut Ozil Ke Xinjiang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 490 hits
Juru bicara Kementerian Luar Negeri China Geng Shuang menilai Ozil tampaknya telah tertipu berita palsu Ozil harusnya datang untuk melihat secara langsung kondisi Uighur di Xinjiang yang sebenarnya
Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah Akan Merosakkan Paru Paru

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat

Lirik Lagu Syurga Itu Mahal Adam Music Canvas Feat Dimas Titis

Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Pekasam Puyu

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke