Siapakah Penentu Kemenangan Anwar Di Tambun



UNDI bukan Melayu jadi penentu kepada kemenangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan jangkaan undi Melayu berpecah, kata penganalisis politik.
Mereka berkata undi Melayu di Tambun dijangka berpecah disebabkan empat parti yang bertanding pada Sabtu, 19 November ini.
Kawasan Parlimen Tambun mempunyai demografi pengundi Melayu sekitar 66%, Cina (20.5%), India (12.1%) dan lain-lain (1.4%) daripada keseluruhan 160,558 pengundi berdaftar.
Di Tambun Anwar menghadapi saingan empat penjuru, ditentang penyandang kerusi itu Ahmad Faizal Azumu mewakili Perikatan Nasional/Bersatu, Aminuddin Hanafiah (Barisan Nasional/Umno) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).
Undi Melayu akan berpecah kepada tiga antara Umno, Bersatu dan Pejuang.
Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar memberitahu The Malaysian Insight beliau percaya Anwar boleh menang di Tambun dengan sokongan padu pengundi bukan Melayu.
“Kemenangan Anwar bergantung terutamanya pada undi bukan Melayu kerana mereka tidak akan tertarik kepada calon dari parti-parti Melayu.”
Beliau juga berpandangan presiden PKR itu akan memperoleh sejumlah besar undi Melayu menewaskan pesaing terdekatnya, Ahmad Faizal.
“Sepatutnya beliau boleh dapat sokongan besar orang Melayu kerana mereka mungkin tidak akan memilih Ahmad Faizal yang juga pencabar terdekat Anwar. Walaupun beliau (Ahmad Faizal) bekas menteri besar dan menteri Kabinet, tidak banyak yang kita tahu tentang sumbangan dan ideanya di Tambun,” jelas Tunku Mohar.
Sementara itu, Profesor Pengajian Asia University Tasmania James Chin meramalkan Anwar akan menang mudah di Tambun dengan memperoleh hampir 90% undi Cina.
“Ya, mungkin Anwar bergantung pada undi DAP dan Cina, dan jelas sekali beliau akan peroleh antara 80%-90% undi mereka.
“Jadi, beliau hanya perlu dapat satu pertiga hingga separuh undi Melayu untuk mengalahkan Peja,” kata Chin, merujuk kepada nama gelaran Ahmad Faizal.
BUKAN MELAYU AKAN SOKONG ANWAR 
Beberapa pengundi bukan Melayu yang ditemu bual berkata mereka akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri kesepuluh, menegaskan presiden PKR itu harus diberi peluang untuk memimpin negara.
“Beliau sudah melalui banyak cabaran. Malah semasa PH menang dulu (semasa PRU14) beliau sepatutnya jadi perdana menteri, tetapi ada pihak yang menggagalkannya.
“Anwar patut diberi peluang. Beliau lantang bersuara, berwawasan, dan ada semua kualiti untuk pimpin negara. Kami yakin beliau boleh bawa pembaharuan kepada Malaysia,” kata seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Chin.
Chin menambah, jika dibandingkan dengan calon perdana menteri lain – Ismail Sabri Yaakob (BN), Muhyiddin Yassin (PN) dan Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) – Anwar jauh lebih berketerampilan.
Katanya rakyat sendiri boleh menilai prestasi tiga calon itu yang pernah memegang jawatan perdana menteri.
“Antara mereka, saya pilih Anwar kerana beliau mahu membawa perubahan kepada negara.
“Kita sudah tengok sendiri prestasi mereka bertiga kerana mereka pernah jadi perdana menteri. Jadi, mengapa tidak kita beri peluang kepada Anwar tunjukkan kemampuannya?” ujar Chin, 51.
Seorang lagi pengundi, Pavitra, berkata beliau memutuskan untuk memilih Anwar sebaik sahaja mendapat tahu pengerusi PH itu akan bertanding di Tambun pada PRU15, Sabtu ini.
Wanita berusia 32 tahun itu menambah beliau sudah cukup muak dengan perbalahan politik sejak beberapa tahun lalu, dan Anwar harus menang di Tambun dan seterusnya dipilih jadi perdana menteri.
Katanya seorang ahli politik yang berkaliber seperti Anwar tidak seharusnya dibiarkan kalah.
“Bagi saya Anwar pilihan terbaik. Bukan sebab saya tak suka calon lain, tetapi saya tidak mahu pilih orang yang kurang bersuara di Parlimen dan hanya jadi boneka dalam parti.
“Kita semua tahun kemampuan Peja. Apa sumbangan beliau sepanjang beberapa tahun ini? Anwar pula sentiasa bercakap tentang isu rakyat.
“Lupakan sekejap tentang cita-citanya (Anwar) untuk jadi perdana menteri, tetapi patutkah kita ketepikan calon yang bersuara untuk kita? Tidak. Jadi saya akan pilih Anwar,” kata akauntan itu.
Pavitra yang bekerja di Kuala Lumpur berkata beliau pulang ke Tambun seminggu lebih awal untuk mengundi Sabtu ini selepas mendapat kebenaran dari majikan untuk bekerja dari rumah.
“Kami teruja untuk mengundi kali ini. Mana tahu kalau betul-betul perdana menteri selepas ini memang dari Tambun,” ujarnya.
Bagi pengundi kali pertama Alex, anak muda ini berkata beliau juga akan memilih Anwar pada PRU15.
Menurut Alex antara empat parti yang bertanding di Tambun hanya PH yang dirasakan lebih relevan.
“Sudah pasti saya tidak akan undi BN. PN pula sebab mereka ada PAS, manakala Pejuang hanya perjuang agenda Melayu. Jadi saya hanya akan pilih PH,” kata mahasiswa berusia 23 tahun itu.
Sebagai pengundi kali pertama, Alex berkata beliau teruja apabila calon perdana menteri kesepuluh bertanding di Tambun.
Katanya Anwar mempunyai karisma dan yakin pengerusi PH itu pasti mendapat sokongan besar masyarakat di kawasan itu.
“Dalam setiap ceramah Anwar bercakap tentang perkara yang betul dan membangkitkan isu-isu rakyat.
“Kita tengok nanti sama ada PH boleh bentuk kerajaan seterusnya,” kata Alex - The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/siapakah-penentu-kemenangan-anwar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambun Kanthan Farmers Bank On Anwar To Turn Nightmare Into Hope

Tambun Kanthan Farmers Bank On Anwar To Turn Nightmare Into Hope

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 144 hits
While some farmers spend sleepless nights guarding their crops against wild animals or worrying about the change in weather and pest infestations not the same can be said for Tan Tean Chee The past 18 years have been a nightmare Tan said as...
Impian Anwar Jadi Pm Akan Berkubur Di Tambun Kata Azmin Ali

Impian Anwar Jadi Pm Akan Berkubur Di Tambun Kata Azmin Ali

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 395 hits
agendaily com10 11 2022Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerajaan sementara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun membantu kempen calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Klebang Jaya Ipo...
Peja Vs Anwar Billboard Wars Heat Up Tambun

Peja Vs Anwar Billboard Wars Heat Up Tambun

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 185 hits
GE15 While election candidates elsewhere trade furious verbal blows there is something to be said about the way contenders in Tambun are approaching the campaign period Perak Perikatan Nasional chairperson and candidate Ahmad Faizal Azumu h...
Anwar Akan Serah Bukti Pengundi Tentera Dibayar Rm300 Kepada Spr

Anwar Akan Serah Bukti Pengundi Tentera Dibayar Rm300 Kepada Spr

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 156 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk bukti mengenai dakwaannya berhubung isu pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera Jelasnya beliau telah membuat ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini