Siapakah Nabi Khidir Wali Atau Nabi


SOALAN :
Adakah betul berlaku khilaf tentang Nabi Khidir adakah beliau seorang Nabi atau seorang wali?
Benarkah ada berlaku khilaf tentang adakah Nabi Khidir masih hidup atau telah wafat?
Nabi manakah yang umurnya paling lama?
JAWAPAN :
NABIKAH KHIDIR ATAU WALI?
Berlaku perselisihan dikalangan ulamak tentang Nabi Khidir adakah beliau seorang Nabi atau seorang wali.
Satu pendapat mengatakan beliau adalah seorang Nabi dan satu pendapat mengatakan beliau adalah seorang wali.
Imam Nawawi berkata bahawa pendapat yang kuat ialah beliau adalah seorang Nabi.
Dan pendapat ulamak sufi beliau adalah seorang wali.
Kata Imam Nawawi :
قال جمهور العلماء: الخضر نبي لكن لم يرسل لأحد، فهناك فرق بين النبي وبين الرسول
Artinya : “Telah berkata olih jumhur ulamak Khidir ialah Nabi akan tetapi tidak menjadi Rasul bagi seorang jua pun. Maka disana ada perbezaan antara Nabi dengan Rasul.” (Syarah Sahih Muslim)
Berkata Imam Abu Abdillah Al-Maziri :
إن الأكثرين من العلماء على أنه نبى
Artinya : “Bahawasanya kebanyakan daripada ulamak berpendapat sungguhnya Khidir adalah seorang Nabi.”
Adalah nama Nabi Khidir ialah menurut pendapat yang kuat ialah Balya bin Malkan daripada Bani Israel.
Khidir bermaksud menghijau atau hijau dan dinamakan begitu kerana tempat yang beliau duduk akan menjadi hijau.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw :
إنَّما سُمِّيَ الخَضِرَ أنَّهُ جَلَسَ علَى فَرْوَةٍ بَيْضَاءَ، فَإِذَا هي تَهْتَزُّ مِن خَلْفِهِ خَضْرَاءَ
Artinya : “Sungguhnya dinamakan dengan Khidir bahawasanya apabila beliau dia duduk di atas tempat yang tiada tumbuh suatu maka tempat itu jadi berkocak kemudian tumbuh tumbuhan menghijau.” (Hadith riwayat Bukhari)
ADAKAH NABI KHIDIR MASIH HIDUP?
Dan telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ulamak adakah Nabi Khidir masih hidup atau telah wafat.
Pendapat yang pertama mengatakan Nabi Khidir a.s. masih hidup.
Telah menyebut olih Imam Nawawi :
إنه حى موجود بين أظهرنا الآن، وهذا الرأى متفق عليه عند الصوفية وأهل الصلاح والمعرفة
Artinya : “Sunnguhnya Nabi Khidir a.s. masih hidup sampai sekarang. Dan inilah pendapat yang disepakati atasnya olih ulamak sufi dan orang-orang solih dan ahli makrifat.”
Dan pendapat yang kedua mengatakan Nabi Khidir a.s. telah wafat.
Berkata Al-Munawi :
لا يثبت حديث فى بقائه
Artinya : “Tidak sabit dalam hadith pada masih hidupnya (Khidir).”
Dan berkata Ibnu Al-‘Arabi :
مات قبل انقضاء المائة
Artinya : “Telah wafat beliau sebelum usia seratus tahun.”
Kesimpulannya ada dua pendapat tentang masih hidupnya Nabi Khidir a.s. dan telah wafatnya. Dan kedua-dua pendapat ini ialah dari pendapat ulamak ahlu sunnah wal jamaah. Olih itu siapa yang berjalan atas pendapat beliau masih hidup maka ialah harus kerana ada sandarannya dan siapa yang berpendapat sudah wafat juga harus kerana ada sandarannya.
Dan soal masih hidup atau sudah wafat Nabi Khidir ini bukan termasuk perkara aqidah dan bukan dari pengetahuan yang wajib diketahui.
Berkata Syeikh Athiyyah Saqr :
ولم يرد نص صرح فى كونه مات أو ما زال حيا حتى يقتله الدجال، أو أن له لقاء آت مع بعض الأنبياء أو الأولياء، أو أنه يلقى السلام على بعض الناس فيردون عليه التحية. كل ذلك ليس له دليل يعتد به. وفى الوقت نفسه لا يترتب على الجهل به عقاب، ولا يؤثر على إيمان المؤمن، فهو ليس من العقائد التى كلفنا بها الدين
Artinya : “Dan tidak datang nas menerangkan keadaan Nabi Khidir sudah wafat atau masih hidup sehingga membunuh ia akan Dajjal atau beliau ada bertemu dengan para Nabi a.s. dan para wali atau beliau memberi salam atas sebahagian manusia lalu dibalas salamnya. Semua itu tidak ada baginya dalil yang dipegang dengannya dan tidak akan diazab siapa yang tidak mengetahui dengannya dan tidak mencederakan atas iman orang mukmin dan ia bukan dari aqidah-aqidah yang ditaklifkan atas kita.” (Fatwa Darul Ifta Mesir)
 
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
The post Siapakah Nabi Khidir, Wali atau Nabi? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/siapakah-nabi-khidir-wali-atau-nabi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadits Arbain Nawawi 15 Berkata Yang Baik Atau Diam

Hadits Arbain Nawawi 15 Berkata Yang Baik Atau Diam

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 270 hits
Berikut ini hadits Arbain Nawawi 15 penjelasan dan fiqih atau kandungan haditsnya Arbain Nawawi adalah kumpulan hadits pilihan yang disusun oleh Imam An Nawawi rahimahullah Jumlahnya hanya 42 hadits tetapi mengandung pokok pokok ajaran Isla...
Belajar Secara Kelas Online Atau Pdpr Ini Mudah Jimat Dan Selesa

Belajar Secara Kelas Online Atau Pdpr Ini Mudah Jimat Dan Selesa

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 399 hits
18 bulan sbg pelajar dah semakin menghampiri garisan penamat Ada tawa ada tangisan semua ada Kan Puan dan Tn sekelas Perjuangan belum berakhir wpun berliku pasti Allah sudah aturkan sebuah perjalanan yang cantik Belajar secara Kelas Online ...
Dsai Jelas Tidak Boleh Diugut Atau Dibeli

Dsai Jelas Tidak Boleh Diugut Atau Dibeli

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 229 hits
Lawan Tetap DSAI akan bingkas bangun menentang jika dia diugut Memang pantang dia kena ugut Perasan tak puak Anai2 PANtuk NANGOI KARTEL Oren Masam dan K3 sejak Mac 2020 dok jaja fitnah KUNUNnya Mejah Z dah ugut DSAI dgn kes tertentu menyeba...
Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 289 hits
Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan Tommy Thomas dalam memoirnya My story Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata orang Kelantan berkerut kening OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang...
Mana Satu Bronzing Atau Contouring

Mana Satu Bronzing Atau Contouring

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 253 hits
Bronzing dan contouring adalah dua trik solekan berbeza yang mana satu paling panas untuk musim ini Jika anda tanyakan pada saya satu trend solekan yang boleh dicuba untuk musim ini saya akan sarankan anda cuba lebihkan penggunaan br
Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat

Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 224 hits
Kita marahkan anak sebab nak didik anak atau kita nak lepaskan kemarahan dan baran kita semata mata Ini ramai ibu bapa yang lupa Bila anak masih kecil kita punya lebih kuasa dan autoriti serta kudrat ke atas mereka Kita gunakan cubitan rota...
Pos Malaysia Akan Guna Kod Pengesahan 6 Digit Melalui Sms Ketika Terima Bungkusan Tidak Perlu No Ic Atau Tanda Tangan

Pos Malaysia Akan Guna Kod Pengesahan 6 Digit Melalui Sms Ketika Terima Bungkusan Tidak Perlu No Ic Atau Tanda Tangan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 305 hits
Pos Malaysia kini mengumumkan pengenalan penghantaran nirsentuh kepada pengguna dan mengamalkan penjarakkan sosial Melaluinya kini Pos akan menggunakan ciri pengesahan 6 digit yang dihantar melalui SMS kepada penerima dan tidak perlu lagi m...
Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 326 hits
Sila lihat video berikut di mana Ketua Pemuda menggelabar tak boleh menjawab soalan Dr Asri Syed Sadik pula duk senyum relaks Fitnah Fitnah kepala hotak kau The question is not kalau hang terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wa...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan