Siapakah Bakal Ketua Pasukan Terengganu Fc


 
Gambar: Terengganu Football Club
Kuala Terengganu: Siapa bakal dipilih sebagai 'jeneral' padang pasukan Terengganu FC (TFC) menggantikan bekas kapten, Lee Tuck akan ditentukan barisan jurulatih skuad itu yang diketuai Nafuzi Zain selepas semua pemain menjalani sesi latihan.
Bagaimanapun jurulatih muda meningkat naik yang dibantu bekas arkitek skuad kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan tidak gusar untuk memilih pemain yang bakal menggalas jawatan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan kerana beliau mempunyai beberapa calon yang sesuai dan berpengalaman mengisi posisi itu.
Selain kapten Namibia, Petrus Shitembi yang sudah dua hari menjalani sesi latihan bersama pasukan, turut berpengalaman untuk mengambil alih tugas Tuck adalah bekas kapten UKM FC, Asnan Ahmad dan bekas ketua pasukan Perak, Nasir Basharudin.



BACA: Senarai Pemain Terengganu FC 2021
Turut boleh dicalonkan bekas tonggak tengah Kelantan dan kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan pemain berpengalaman TFC, Mohd Shamirza Yusoff yang pernah membantu skuad Penyu beraksi pada pentas Piala AFC pada 2012 selain pemain pertahanan Filipina berdarah campuran Sepanyol, Carli De Murga.
Ketika diajukan persoalan itu, Nafuzi Zain yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001 ketika bawah kendalian Mat Zan Mat Arif akui tidak bimbang untuk memilihnya kerana beliau mempunyai banyak pilihan sama ada dalam kalangan tonggak import ataupun tempatan.
"Kita belum putuskan lagi kapten pasukan kerana masih menunggu semua pemain lengkap sepenuhnya terlebih dahulu, ketika sesi latihan nanti di situlah kita akan menilai dan melihat calon yang sesuai untuk menggantikan Tuck kerana setakat ini baharu dua daripada lima import menjalani latihan.
"Namun jika kita lihat ada pemain tempatan dan import yang menyarung jersi TFC sudah mempunyai pengalaman sebagai kapten bersama pasukan masing-masing, jadi kita tidak bimbang untuk melantik pemain ke jawatan itu.
"Mungkin di penghujung ataupun sebelum permulaan liga kita boleh umumkan siapa yang akan memakai lilitan sebagai kapten pasukan," kata Nafuzi ketika ditemui ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak petang semalam.
Dalam pada itu calon Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 menjelaskan baki tiga lagi pemain import akan tiba dalam masa terdekat bagi memastikan perancangan beliau ketika sesi latihan tidak terganggu.
"Dua daripada pemain import itu dijangka bakal diperkenalkan minggu depan sebaik tempoh kuarantin tamat manakala seorang lagi mungkin pada minggu seterusnya," katanya yang sudah memulakan latihan sejak dua minggu lalu.
Selepas Shitembi dan Murga, difahamkan tiga lagi pemain yang bakal diperkenalkan Terengganu Football Club (TFC) termasuk bekas pemain tengah T-Team, Makan Konate dari Mali, David Da Silva (Brazil) dan pemain kelahiran Australia yang juga bekas pertahanan kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, Christopher Herd. Sumber : Harian Metro - (Malik Muhamad)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terengganusebelas.com/2020/12/siapakah-bakal-ketua-pasukan-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampa Tak Malu Ke Dok Simpan Ketua Jenis Penakut

Hampa Tak Malu Ke Dok Simpan Ketua Jenis Penakut

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 400 hits
Katok buang la Dok SIMPAN lama pun last jadi pekasam jugak Pecacai cawangan bahagian dok sembang kari kata kuat bila nak PRU Yang atas sejuk beku kematu Tu pun lalat taik sembang tinggi kat blog inkubator Kikikikiki
5 000 Anggota Dikerahkan Buat Jaga Gereja Di Kaltim Ketua Banser Orang Beribadah Butuh Kenyamanan

5 000 Anggota Dikerahkan Buat Jaga Gereja Di Kaltim Ketua Banser Orang Beribadah Butuh Kenyamanan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 261 hits
Gerakan Pemuda Ansor Kalimantan Timur mengerahkan 5 000 kader Barisan Ansor Serbaguna untuk membantu pengamanan di sejumlah gereja selama perayaan Natal Hal tersebut dilakukan sebagai bentuk kepedulian Ansor dalam menjaga kerukunan antaruma...
Video Ketua Satgas Covid 19 Ajak Masyarakat Rayakan Natal Dan Tahun Baru Di Rumah

Video Ketua Satgas Covid 19 Ajak Masyarakat Rayakan Natal Dan Tahun Baru Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 323 hits
Menurut Doni liburan di luar rumah bisa menimbulkan kerumunan dan berisiko tinggi menularkan Covid 19
Desakan Berbaik Semula Bukan Bermaksud Mahathir Mesti Jadi Ketua

Desakan Berbaik Semula Bukan Bermaksud Mahathir Mesti Jadi Ketua

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 242 hits
Memang diakui kebelakangan ini wujud beberapa desakan agar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berbaik semula demi kepentingan bersama khususnya untuk memungkinkan kemenangan PH atau blok pembangkang dalam PRU akan datang Dari segi logik...
Ph Bertelagah Isu Ketua Muhyiddin Terus Berakar Di Putrajaya Mat Sabu

Ph Bertelagah Isu Ketua Muhyiddin Terus Berakar Di Putrajaya Mat Sabu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 290 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak bertelingkah sesama sendiri berhubung isu ketua Jelasnya ketika PH bertelegah tentang siapa yang harus diangkat menjadi ketua Perdana Menteri Muhyiddin Yassin t...
Kenyataan Media Ketua Pembangkang

Kenyataan Media Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 236 hits
KENYATAAN MEDIA26 Disember 2020Baru baru ini kita digemparkan dengan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan ...
Kenyataan Ketua Pemuda Pas Berkenaan Perlantikkan Sanator

Kenyataan Ketua Pemuda Pas Berkenaan Perlantikkan Sanator

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum w b t dan salam sejahtera 1 Alhamdulillah saya dengan penuh rasa rendah diri mengucapkan syukur kepada Allah SWT Dengan izin dan kehendak Nya saya mewakili seluruh Pemuda PAS dan Perikatan Nasional diberi peluang dilantik da...
Semua Ketua Sayap Pas Pusat Kini Ada Kedudukan Di Parlimen

Semua Ketua Sayap Pas Pusat Kini Ada Kedudukan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 383 hits
PELANTIKAN Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin sebagai Senator hari ini melengkapkan kedudukan semua Ketua Dewan Pas iaitu Dewan Ulamak Dewan Muslimat dan Dewan Penyokong Pas di Parlimen Ketua Penerangan Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang...
Pulau Pinang Tunggu Tindakan Kedah Berhubung Tuntutan Air Kata Ketua Menteri

Pulau Pinang Tunggu Tindakan Kedah Berhubung Tuntutan Air Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 282 hits
Pulau Pinang tunggu tindakan Kedah berhubung tuntutan air kata ketua menteri nbsp Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitk
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Buy Gmail Accounts Indian Whatsapp 91 8586875020

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Gachawin 16 September Gachawin Top 92 By Collin

Westbluez 24 Westbluez Top 51 By Chau

Senarai Marathon Amp Fun Run 2025 Untuk Anda Lace Up Tahun Ini

Pemimpin Tak Perlu Tunggu Pilihan Raya Untuk Bertindak Pm Anwar

Cemas Belum Sempat Naik Bas Ardell Rebah