Siapa Yang Nak Pilihan Raya Mengejut


 

Tajuk artikel ini saya pinjam daripada rencana tulisan pemikir strategi DAP, Liew Chin Tong. Tetapi sebelum berbicara topik itu izinkan saya secara ringkas menyentuh sekali lagi “perang” Umno-PAS berhubung Muafakat Nasional.
Gambaran yang sedang dihidangkan Umno dan PAS ialah MN sudah tiada. Kalau diibaratkan perkahwinan (seperti yang diuar-uarkan kedua-dua parti semasa pemeteraiannya pada 2019), rumahtangga MN sudah runtuh, pasangan suami isteri sudah bercerai.
Tetapi daripada dahulu lagi umum tidak diberitahu siapa suami siapa isteri.

Namun dalam memberi gambaran MN sedemikian, Umno dan PAS berterusan berkata “jika ada itu dan jika ada ini” MN boleh terus wujud. Ertinya mereka menggariskan beberapa “syarat” yang kata mereka jika dituruti boleh “menyelamatkan” MN.
Saya tidak bercadang menghuraikan “apa itu dan apa ini” yang jika ada permuafakatan Umno-PAS akan terus terjalin. Yang ingin saya katakan ialah saya tidak akan terperanjat kalau Umno dan PAS berbaik-baik “menghidupkan” semula MN apabila PRU15 diadakan kelak demi “perpaduan ummah”.
Sebenarnya demi ‘political survival’ dan untuk menang pilihan raya, Umno dan PAS yakin orang Melayu pasti “cair” apabila parti Melayu-Islam bersatu. Slogan menyatupadukan bangsa Melayu beragama Islam diyakini mereka umpan meraih undi yang berkesan.
Adakah strategi itu akan berhasil? Waullahualam. Adakah ramalan saya MN akan “dihidupkan semula” tepat atau meleset? Tidak ada cara mengetahui selain tunggu PRU15 kelak.
Sekarang berbicara pula kita tentang pilihan raya. PRU14 diadakan pada 2018. Oleh itu PRU15 mesti diadakan pada atau sebelum 2023. Berdasarkan amalan lazim, kerajaan boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen lebih awal dan mengadakan PRU. Tanpa tunggu tempoh luput.
Namun yang jelas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak berhasrat pilihan raya diadakan secepat mungkin. Baru-baru ini beliau dilapor meminta semua pihak termasuk kepimpinan Umno supaya bersabar dan terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan yang dihadapi rakyat sebelum Parlimen boleh dibubarkan.
“Saya perlu sokongan parti naikkan semangat saya…isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan ‘politicking’ yang tak habis-habis,” kata beliau.
Kata-kata itu bagi saya mempunyai makna amat mendalam. ‘Deep’ bak kata orang masa kini. Walaupun Ismail memegang jawatan Perdana Menteri, kita tahu dalam Umno beliau “sekadar” seorang daripada tiga Naib Presiden parti.
Bulan lepas atau lebih tepat 28 Nov, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dipetik media berkata memorandum persefahaman (MoU) kerajaan pimpinan Ismail dengan Pakatan Harapan “bukan kitab suci” untuk tidak membenarkan PRU15 diadakan sebelum Julai 2022.
Beliau bagaimanapun menegaskan ini tidak bermakna MoU itu perlu dilanggar tetapi boleh dirundingkan untuk mendapat keputusan secara konsensus. MoU berkenaan ditandatangani 13 Sept lalu dan luput 31 Julai 2022.
Kenyataan Zahid itu membuat pemerhati dan pengamal politik “bangun dan memberi perhatian”.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat Majlis Tertinggi parti tempoh hari memutuskan kepimpinan tertinggi Umno sepakat PRU15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. Sebaliknya, bersetuju ia diadakan selepas Julai 2022 tetapi sebelum pemilihan Umno.
“Sebelum pemilihan Umno” bagi saya cukup menarik. Pemilihan Umno sudah ditangguh sehingga 18 bulan dari 30 Jun 2020 hingga 31 Dis 2022.
Sekarang saya ingin memetik rencana Liew yang tajuknya saya pinjam untuk artikel ini. Liew mendakwa “ada kempen hebat dalam kalangan kepimpinan teras Umno untuk mendesak Ismail membubarkan Parlimen secepat mungkin”.
Kata Liew, untuk memahami senario politik masa kini “seseorang mesti tahu bahawa Ismail hanya 50% Umno kerana beliau juga rapat dengan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional”.
Lantas ancaman terbesar yang dihadapi Ismail selaku Perdana Menteri ialah daripada kepimpinan teras Umno, bukan pemain politik lain, kata Liew. Beliau menamakan Najib Razak, Zahid, dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, sebagai pimpinan teras Umno yang dimaksudkannya.
Pemimpin DAP itu memberi tiga sebab mengapa pemimpin teras Umno mahu PRU15 diadakan secepat mungkin. Pertama, dakwa Liew, jika pilihan raya dijalankan segera dan Umno menang ini akan memudahkan masalah mahkamah yang dihadapi Najib dan Zahid.
Kedua, kata Liew, pimpinan teras Umno mahu PRU15 diadakan sebelum pemilihan Umno untuk “mengecewakan” Ismail yang akan manfaatkan jawatan Perdana Menteri yang disandang untuk menguasai Umno.
Ini yang buat saya katakan tadi mengadakan pemilihan Umno sebelum PRU15 cukup menarik kerana ia boleh dilihat sebagai menghalang Presiden dicabar.
Sebab ketiga, menurut Liew, ialah untuk mengelak Undi18. Keputusan PRN Melaka, kata Liew, menunjukkan pengundi muda Melayu menyokong PN meskipun Undi18 belum dilaksanakan.
Pada 11 Dis, Ismail ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bera berkata Undi18 ialah untuk memperkasakan golongan muda dalam proses menentukan siapa menjadi kerajaan.
Tetapi kata beliau ada pihak tertentu yang “bimbang” akan golongan muda lalu mencadangkan PRU15 diadakan segera.
“Jika kita bubar Parlimen sebelum 31 Dis ia akan dilihat berniat jahat, seolah-olah kita tidak yakin kebolehan orang muda dan menghalang hak mereka. Kita akan dihukum. Walaupun mereka yang berusia 18 tahun dan 20 tahun tidak dapat mengundi, pengundi berusia 21 tahun ke atas akan menghukum kita pada pilihan raya,” kata Ismail.
Beliau bagaimanapun pun tidak menamakan pihak yang tidak mahu golongan 18 tahun mengundi. Siapa yang beliau maksudkan? Bak kata perumpamaan Melayu, siapa makan cili dia rasa pedas.
Berbalik rencana Liew. Benar beliau boleh dituduh mempunyai agenda dan strategi tersendiri ketika mengutarakan komentar. Beliau pemimpin pembangkang.
Rencananya agak panjang dan terperinci yang saya tidak bercadang mengulangi keseluruhan di sini. Sekadar menyatakan jika tidak mahu percaya pun, harus terima hakikat beberapa aspek yang beliau tonjolkan ada logiknya lalu wajar diperhatikan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/siapa-yang-nak-pilihan-raya-mengejut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peraturan Kempen Tak Adil Calon Tak Boleh Rentas Sempadan Kawasan Pilihan Raya

Peraturan Kempen Tak Adil Calon Tak Boleh Rentas Sempadan Kawasan Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 361 hits
PRN SARAWAK DAP menggesa Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula peraturan yang mengehadkan calon berkempen di kawasan mereka sahaja Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata bahawa peraturan itu tidak masuk akal kerana kawasan Sibu mempunyai...
Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 386 hits
Fajar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 menyinsing di Bumi Kenyalang hari ini Tidak seperti sebelumnya PRN Sarawak kali ini banyak kelainannya Ada banyak yang pertama dan ada banyak sejarah baharu yang telah sedang dan bakal tercatat Beriku...
Video Macam Nak Pergi Raya Baju Simple Pengantin Ini Raih Pujian Netizen

Video Macam Nak Pergi Raya Baju Simple Pengantin Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 231 hits
Selalunya bila sesebuah perkahwinan itu dijalankan mestilah akan diadakan dengan penuh kemewahan dan dengan penuh kemeriahan Jarang sekali ada pengantin lelaki dan perempuan yang mahu perkahwinan serba ringkas Sebagai raja sehari setiap maj...
Dun Pahang Lulus Umur 18 Tahun Boleh Jadi Calon Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya

Dun Pahang Lulus Umur 18 Tahun Boleh Jadi Calon Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang untuk membenarkan mereka yang berusia 18 tahun untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya Cadangan pindaan had umur terhadap Perk...
Gps Salah Guna Dewan Mengundi Langgar Peraturan Pilihan Raya

Gps Salah Guna Dewan Mengundi Langgar Peraturan Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 191 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan terhadap Gabungan Parti Sarawak selepas didakwa menggunakan dewan pengundian bagi tujuan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Beliau mendakwa De...
Pilihan Raya Sarawak Pertandingan Antara Taikun Balak

Pilihan Raya Sarawak Pertandingan Antara Taikun Balak

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 338 hits
Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak seharusnya dijadikan persaingan atau pertandingan di antara taikun taikun balak di negeri itu Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di Parlimen penyelewengan dan korupsi tidak dibenar ...
Norma Baru Pilihan Raya Cabaran Getir Buat Ph

Norma Baru Pilihan Raya Cabaran Getir Buat Ph

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 223 hits
LIM HONG SIANGHakikatnya peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya umum melonjak ke paras melebihi 80 hanya pada PRU13 dan PRU14 Kesemua PRU sebelumnya mencatatkan peratusan keluar mengundi di bawah paras 80 sejak merdeka Jikalau dicari ...
Mengarut Gaji Rm50 000 Nak Naik Rm200 Pun Bergaduh Sampai Nak Kena Buang Kerja Iqbal Bidas Datuk Seri Vida

Mengarut Gaji Rm50 000 Nak Naik Rm200 Pun Bergaduh Sampai Nak Kena Buang Kerja Iqbal Bidas Datuk Seri Vida

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 330 hits
Oleh Kecoh kononya Datuk Seri Vida dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini KISAH dua insan ni macam tidak ada kesusahan Selepas kononnya cinta tidak menjadi mereka pula kini seakan akan saling berper...
Saya Betul Betul Nak Ada Anak Lagi Nabila Huda Mohon Doa Ramai

Saya Betul Betul Nak Ada Anak Lagi Nabila Huda Mohon Doa Ramai

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 241 hits
Pelakon dan pengacara Nabila Huda sekali lagi menyuarakan keinginannya untuk menambah ahli keluarga baharu pada sambutan ulang tahun kelahirannya 2 Disember lalu Biarpun telah dua kali mengalami keguguran namun Nabila atau mesra disapa Abil...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun