Siapa Teme Abdullah Sebenarnya
Assalamualaikum,
Teme Abdullah FYP di tiktok selepas Minggu Pesta Buku Antarabangsa KL-Den ni ha yang umur mak-mak anak lima orang, rasa tak puas hati betul bila kita scroll tik tok, asyiklah FYP nama seketoi Teme Abdullah ni.Korang kenal ke siapa dia ?
Seorang Teme Abdullah, berbakat besar dalam penulisan novel dan melukis potret
Gigih tau saya scroll komen netizen yang kebanyakannya adalah peminat beliau. Sampailah saya terjumpa satu komen yang bagitahu, Teme Abdullah ni dulunya ada blog.Laju saya komen apa nama blog dia.Akhirnya, biasalah.Kita kan geng Blogger berpengalaman, teruslah stalk Blog Teme Abdullah.
Teme Abdullah si Penulis Buku Best Seller kat Malaysia
Daripada bacaan saya di Blog beliau DISINI, yakinlah saya bahawa beliau adalah seorang penulis novel, juga seorang pelukis dan bekerja sebagai seorang Arkitek di London. Adalah dua tiga malam jugak saya baca blog Teme Abdullah ( TA ). Suka dengan gaya penulisan beliau yang bersahaja dan santai dalam blog.Belum sekali pun saya ada membeli dan membaca novel-novelnya.InshaAllah, akan diusahakan nanti.Dah lama sangat tak beli novel. Teringat kali akhir saya mabuk baca novel masa pregnant anak bongsu sekitar 11 tahun lepas. Lama sangat dah tinggalkan!
Salah satu gaya beliau semasa sesi Meet n Greet dengan peminat novel-novelnya
Bagi saya yang baru sahaja mengenali beliau melalui bacaan di blog dan komen-komen pembaca setia novel beliau, TA ni nampaknya seorang yang berprinsip, ada impian dan cita-cita yang jelas, dan boleh diharap.haha.dah macam review calon menantu anak den gamaknya.kihkih.
setakat ni, tak jelas sangat sama ada TA ini seorang yang ada sense of humor atau tidak.Kesitu pulak ko perginya.Bukan apa, kalau sesiapa yang sedang mencari calon suami, TA ni dengarnya masih single, tapi tulah kadang orang lelaki yang boleh diharap ni kebanyakannya dah tak available.Sabo deh.
Teme Abdullah Memilih untuk menyembunyikan Wajahnya ?
Ya, panjang lebar dia cerita dalam blog dia kenapa dia memilih untuk kekal misteri sejak kali pertama novelnya dikenali ramai. TA menjelaskan kenapa lebih selesa tidak dikenali identiti beliau yang sebenar.Inilah yang saya bagitahu awal tadi, dengan usianya, kematangannya terserlah.He planned well perjalanan karier dia sebagai penulis novel, hingga saya rasa kisah dia sendiri dah boleh orang lain jadikan novel pulak.
Kalau korang stalk vtt dia, dah macam hero dalam novel. cuma tulah.Dia tutup sekerat wajah dia.Saya agak dia seorang yang Good looking. Kita doakan semoga beliau dipermudahkan semua urusan dia menulis novel-novel yang dapat menjadi sumber hidayah kepada ummah.
Oklah, cukuplah saya berkongsi serba sedikit tentang penulis novel yang telah mencapai belasan Anugerah dalam industri perbukuan negara.Istimewanya TA ni dia berbakat juga dalam melukis potret.Sesungguhnya pada kehebatan manusia, marilah kita menjadi saksi bahawa ALLAH lah sehebat-hebat kuasa yang menjadikan semuanya indah dan cantik dipandangan mata.
Jangan lupa cuba cari buku-buku beliau di pasaran.Semoga bermanfaat !
Seorang Guru Yang Suka Menulis
Cik Matahariku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2024/06/siapa-teme-abdullah-sebenarnya.html