Siapa Pilihan Najib



Siapa?
Najib perlu pilih bela Sondakh atau peneroka FELDA

PENEROKA FELDA sekali lagi menjadi sasaran kempen pilihan raya. Kali ini giliran FELDA Sungai Koyan yang sebahagiannya termasuk dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands yang berdepan dengan pilihan raya kecil, Sabtu ini
Ramai ahli politik yang mahu menggelar diri mereka sebagai pembela warga peneroka, turun padang mendampingi kumpulan pengundi yang penting ini. Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Najib yang kini juga berstatus Orang Kena Tuduh (OKT) dalam beberapa kes rasuah dan pengubahan wang haram, muncul minggu lalu di FELDA Sungai Koyan, mengingatkan peneroka mengenai zaman kegemilangan dinikmati mereka
Katanya, ketika era pemerintahan Barisan Nasional, termasuk ketika beliau menjadi PM, peneroka meraih pendapatan tinggi, menikmati pinjaman tanpa faedah, bonus raya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya
Najib mendakwa semua ini tidak dapat dinikmati di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang menurutnya, tidak membantu menaikkan harga minyak sawit. Itu kata Najib, tetapi apakah sebenarnya berlaku kepada FELDA ketika Najib memerintah
Semua ini bukan rahsia, tetapi mudah diselongkar daripada rekod awam seperti keratan akhbar. Secara latar belakang, sebelum 2012, FELDA ialah entiti kerajaan yang berupaya membiayai aktiviti sendiri
FELDA berupaya berbuat demikian kerana ia memiliki cash-cow bergelar FELDA Global Ventures Holdings (FGVH). Unit perladangan ini menyumbang kira-kira RM1.1 bilion kepada FELDA setiap tahun
Daripada jumlah ini, FELDA mampu mengusahakan aktiviti sosioekonomi dan kebajikan kepada lebih 110,000 peneroka. Antaranya seperti bina rumah, bina jalan, beri biasiswa, beri bantuan, beri pinjaman, bayar bonus, beri duit raya dan sebagainya. Semuanya tanpa memerlukan dana kerajaan
Hilang punca pendapatanPada 2012, cash-cow itu disenaraikan di bursa saham - satu idea disokong Najib yang ketika itu menggelarkan langkah berkenaan sebagai game-changer atau pengubah nasib. Akibat penyenaraian itu, FELDA kehilangan punca pendapatan lumayan
Sebagai ganti, FELDA dijamin bayaran RM250 juta setahun dan 15 peratus keuntungan perladangan FGV melalui perjanjian pajak tanah ditandatangani FELDA dengan syarikat senaraian awam berkenaan
Selain itu, FELDA dibayar bonus khas RM9 bilion oleh FGV, sebagai dana operasi dan modal untuk mencari cash-cow baharu. FELDA dan sekutunya turut memegang kepentingan ketara dalam FGV
Apa terjadi selepas episod penyenaraian FGV? Harga saham syarikat itu merosot, keuntungannya tidak pula memberangsangkan berikutan kejatuhan harga minyak sawit dunia. FELDA pun terkesan kerana tidak dapat sumbangan pendapatan sewajarnya daripada FGV menerusi perkongsian keuntungan
Amat jelas hakisan pendapatan FELDA ini bermula ketika Najib menjadi PM. Apa yang lebih memburukkan, sebahagian besar RM9 bilion bonus khas diterima FELDA tidak dilabur untuk melahirkan cash-cow baharu untuk lembaga itu
Malah, beberapa pelaburan yang dibuat oleh unit pelaburan FELDA kini dalam siasatan kerana disyaki ada penyelewengan
Najib tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku dalam FELDA ketika itu kerana pengerusi dan seluruh anggota lembaga FELDA sebelum ini dilantik dengan pembabitan beliau. Jika pincang tindakan lembaga pengarah sebelum ini, pincanglah juga keputusan Najib melantik mereka
Rentetan merosotnya prestasi FGV dan pelaburan baharu FELDA yang tidak mendatangkan pulangan tunai segera, arus tunai FELDA mula terjejas. FELDA mula terpaksa berhutang untuk melaksanakan program sosioekonomi dan kebajikan untuk peneroka
Kini hutang FELDA dikatakan mencecah RM8 bilion berbanding berstatus kaya tunai sebelum 2012. Lebih memeritkan lagi, dalam mengalami arus tunai yang meruncing, FELDA memasuki janji niaga yang menambahkan lagi hutangnya
Antaranya ialah pembelian ekuiti dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations daripada Peter Sondakh, rakan Najib. Janji niaga bernilai AS$505 juta itu (atau 590 rupiah sesaham) adalah pada premium 95 peratus daripada harga pasaran EHP ketika itu
Dengan nilai sahamnya sekitar 180 rupiah sekarang, FELDA kini menanggung kerugian di atas kertas lebih daripada AS$300 juta (RM1.2 bilion). Mungkinkah ada tidak kena di bawah janji niaga itu
Di sinilah Najib boleh muncul sebagai wira jika beliau benar-benar mahu membela nasib peneroka. FELDA masih boleh terselamat daripada janji niaga merugikan itu jika pengurusan baharu dapat membuktikan lembaga itu memasukinya secara dipaksa
Di bawah undang-undang kontrak, paksaan boleh menjadi alasan untuk lepas keluar daripada sebarang perjanjian. Dalam hal ini, Najib boleh membantu pengurusan baharu FELDA dalam mendapatkan bukti itu
Najib banyak maklumatKetika Najib menjadi Perdana Menteri, FELDA diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri. Sudah tentu Najib mempunyai banyak maklumat berhubung pelbagai janji niaga yang diikat FELDA ketika itu, termasuk janji niaga EHP
Lebih-lebih lagi, pembelian ekuiti EHP oleh FELDA mendapat pembiayaan melalui Kementerian Kewangan dan sudah tentu sebagai Menteri Kewangan ketika itu, Najib sudah dimaklumkan perincian, termasuk risiko janji niaga berkenaan
Dalam konteks ini, Najib boleh berjasa kepada warga peneroka. Jika FELDA dapat lepas keluar daripada janji niaga EHP, Sondakh terpaksa membayar semula AS$505 juta yang diterimanya sebelum ini dan hutang FELDA dapat dikurangkan secara ketara
Jika ini boleh dilakukan, banyak bakti yang dapat ditabur semula oleh FELDA kepada peneroka. Soalnya apakah Najib sanggup tampil untuk membantu FELDA daripada cengkaman hutang ini
“Malu apa Bossku”, apatah nasib Peter Sondakh berbanding nasib 112,000 peneroka
sumber
Sebenarnya pilihan Najib ialah Rosie..! dan pilihan Rosie lah sebenarnya yang akan menjadi pilihan Najib..! Tak gitu?Lu FIkir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/01/siapa-pilihan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 292 hits
Skandal 1MDB tidak patut diletakkan ke salahannya di atas bahu hanya seorang sahaja menurut bekas perdana menteri Najib Razak Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bertanya jika Najib akan meminta maaf ...
Najib Wajar Diberi Ruang Dan Peluang Untuk Melakukan Sesuatu Bagi Dan Bagaimana Dia Harus Dikenang

Najib Wajar Diberi Ruang Dan Peluang Untuk Melakukan Sesuatu Bagi Dan Bagaimana Dia Harus Dikenang

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 238 hits
Apa yang dia buat sepanjang pemerintahannya dan semasa di era paklah Apa akibatnya selepas menjadi penyebab dan pembawa malang kepada umno hungga tersungkur dan tewas mempertahankan Puterajaya Dan selepas puluhan tuduhan jenayah suami ister...
Penipu Dibenci Khalid Tidak Dipedulikan Najib Dikerumuni

Penipu Dibenci Khalid Tidak Dipedulikan Najib Dikerumuni

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 231 hits
TIDAK KESAMPAIAN Hajat Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad untuk mendapat perhatian tidak kesampaian apabila tidak dipedulikan oleh penduduk Sungai Koyan dan media yang hadir usai bersolat Jumaat di masjid sebentar tadi Peristiwa memal...
Cameron Highlands Tempat Sejuk Kenapa Pula Tian Chua Naik Panas Najib

Cameron Highlands Tempat Sejuk Kenapa Pula Tian Chua Naik Panas Najib

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 18 Jan 8211 Kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands tidak disenangi oleh pemimpin Pakatan harapan termasuklah Naib Presiden PKR Tian Chua Najib secara sinis
Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 246 hits
Najib 1MDB bukan silap saya seorang seluruh sistem gagal Bekas perdana menteri mengulas gesaan Lim Guan Eng jika beliau akan minta maaf untuk skandal itu
Najib Didakwa Cari Publisiti Murahan Di Prk Cameron Highlands

Najib Didakwa Cari Publisiti Murahan Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 245 hits
Naib Presiden KEADILAN Tian Chua mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menggunakan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk menarik perhatian murahan terhadap dirinya sendiri Beliau berkata demikian sewaktu mengulas l...
Kit Siang Najib Is Bn S Strategist For Cameron Highlands By Election

Kit Siang Najib Is Bn S Strategist For Cameron Highlands By Election

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 289 hits
DAP advisor Lim Kit Siang believes that Datuk Seri Najib Razak is the strategist for Barisan Nasional in the Cameron Highlands by election as he is the only person who could stitch together an intricate and complex plan First is the selecti...
Kaunter Duit Minyak Pakatan Harapan Kat Mana Najib Razak Menyindir

Kaunter Duit Minyak Pakatan Harapan Kat Mana Najib Razak Menyindir

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 463 hits
Najib Razak Menyindir PH Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini hari ini terus menyindir Pakatan Harapan dalam kes jentera kempen parti itu memberi duit minyak dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands Saya pun nak tanya kau...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan