Siapa Pengkhianat Melayu Siri 1



SIAPA PENGKHIANAT   SIRI  1

 

 

Salute you Tan Sri.

 

Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org umno sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup umno trmsk prof2 melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah pas yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.

Hanya sekadar perkongsian...

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...







SIAPA PENGKHIANAT


Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.

Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .

Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?

Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?

Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?

Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .

Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.

Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memper

juangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.

Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.

Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .

Cina sebagai sinonim Komunis.

Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.

Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.

Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,

Kluang.

 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/siapa-pengkhianat-melayu-siri-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Pengkhianat Melayu Siri 2

Siapa Pengkhianat Melayu Siri 2

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 160 hits
SIAPA PENGKHIANAT SIRI 2 Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu Sesungguhnya 1957 1969 adalah satu jangk...
Isu Ini Yang Akhbar Melayu Tak Cover

Isu Ini Yang Akhbar Melayu Tak Cover

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 213 hits
LIYANA MARZUKIBenda ni banyak akhbar Melayu tak cover Ceritanya semalam PM6 kalah lagi di Mahkamah Mahkamah menangkan syarikat 1MDB untuk bekukan aset bernilai RM2 8 bilion yang dirompak Ingat ya tuan2 duit 1MDB ni semua datang dari dana aw...
Prn Tumpu Muafakat Dan Penyatuan Melayu Tidak Perlu Saling Menyerang Annuar Musa

Prn Tumpu Muafakat Dan Penyatuan Melayu Tidak Perlu Saling Menyerang Annuar Musa

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 212 hits
Oleh Tan Sri Annuar Musa BAHANG Pilihan Raya Negeri Johor semakin panas apabila semakin banyak parti berminat menyertainya dan pemimpin parti masing masing juga telah memulakan kempen menyerang parti lawan Bagaimanapun Menteri Komunikasi da...
Pencapaian Terbaik Kerajaan Melayu Isle Kerajaan 2 Kupang

Pencapaian Terbaik Kerajaan Melayu Isle Kerajaan 2 Kupang

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 180 hits
Tahniah Kerajaan BN PN atas kejayaan 100 hari Rakyat salut Kerajaan Keluarga Malaysia atas kejayaan menaikkan hampir semua perkara kecuali gaji PRN Johor nanti kita tau nak buat apa JohorBangkit
Indonesia Bakal Atasi Malaysia Kita Terpukau Dengan Semangat Melayu

Indonesia Bakal Atasi Malaysia Kita Terpukau Dengan Semangat Melayu

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 170 hits
NORMAN RADZUAN Jokowi diperlukan 10 thn lagi sebagai Presiden Di negara kita tanpa disedari ramai warga Indonesia yg mungkin ada antara mereka asalnya PATI kini mampu mempunyai rumah yg indah dan berkereta mewah Ini kerana mereka fokus utk ...
Soqang Zoologi Soqang Lagi Sesumpah Pakat Bergasak Bila Melayu Isle Pegang Kuasa Tuhan Bayar Cash Khianat Amanah Rakyat

Soqang Zoologi Soqang Lagi Sesumpah Pakat Bergasak Bila Melayu Isle Pegang Kuasa Tuhan Bayar Cash Khianat Amanah Rakyat

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 161 hits
Kalau presiden kami ahli zoologi awak sesumpah kata MP Pas kepada ZahidOleh MALAYSIA DATELINE February 6 2022Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadli Shaari menyifatkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya ahli zoologi yang pengkhusus...
Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 238 hits
Putrajaya Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Along kini semakin licik apabila menggunakan nama wanita Melayu bagi memerangkap peminjam terdesak melalui skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menerusi kenyataan media hari ini Persatuan ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan