Siapa Pengasas Kerja 5 Hari Seminggu


"Siapa yang tentukan cuti hujung minggu hanya dua hari? Kenapa hari bekerja perlu dilalui selama lima hari?" Saya yakin, anda juga tertanya-tanya tentang perkara ini.

Tidak dinafikan kita semua sangat sukakan cuti hujung minggu kerana dapat berehat daripada kehidupan bekerja yang melelahkan.


Tetapi, sekiranya kita mempunyai kurang daripada lima hari bekerja timbul pula isu lain. Bayangkan, berapa banyak gaji yang diperoleh jika kita hanya kerja selama tiga hari seminggu?

Konsep lima hari bekerja, dua hari cuti ini juga sudah diamalkan selama hampir 100 tahun.

Bagi menjawab soalan siapa yang menentukan konsep ini, kita imbas kembali apa yang tercatat dalam sejarah.

Revolusi Perindustrian

Konsep cuti dua hari pada hujung minggu mula wujud pada awal abad ke-19 selepas Revolusi Perindustrian berlaku. Ketika itu, kilang besar yang mengeluarkan barangan pengguna mula dibangunkan, mengubah ekonomi pertanian tradisional menjadi perindustrian.

Apabila petani tradisional mula bekerja di kilang, ramai yang tidak suka bekerja pada waktu yang ditetapkan. Ini kerana mereka sudah biasa menyusun jadual sendiri di ladang.

Tambahan itu, pemilik kilang juga memaksa mereka bekerja tujuh hari seminggu. Perkara ini menambah kemarahan dalam kalangan petani dan pekerja kilang lain.

Mereka mula merungut dan meminta cuti bagi meluangkan masa bersama keluarga. Aduan ini akhirnya berkembang menjadi mogok buruh yang berlaku di seluruh Amerika Syarikat.

Dalam tempoh mogok itu, ketegangan antara penguat kuasa undang-undang dan buruh yang menunjuk perasaan menyebabkan ramai yang cedera dan kehilangan nyawa.

Perjuangan itu bagaimanapun berbaloi buat para pekerja kerana waktu kerja yang lebih berperikemanusiaan mula dilaksanakan.

Konsep cuti hujung minggu juga didorong amalan beragama para pekerja. Majoriti pekerja yang beragama Kristian menuntut cuti pada hari suci agama mereka, iaitu hari Ahad.

Kejayaan pekerja Kristian menuntut cuti pada hari Ahad membuatkan pekerja beragama Yahudi – yang juga tidak kurang ramainya di Amerika Syarikat – pula menuntut cuti pada hari suci agama mereka, iaitu Sabtu.

Tuntutan tersebut menyebabkan beberapa kilang menutup operasi pada kedua-dua hari Sabtu dan Ahad, demi mengelak konflik antara pekerja Kristian dengan Yahudi.

Henry Ford

Pemilik kilang Ford Motor Company yang terkemuka, Henry Ford memainkan peranan yang besar dalam penetapan waktu bekerja lima hari seminggu. Dia antara majikan terawal yang memberi pekerja kilangnya cuti hujung minggu dua hari pada awal abad ke-20.

Henry Ford mengumumkan waktu bekerja 40 jam, lima hari seminggu pada 1926, dengan cuti diberikan pada Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Waktu bekerja baharu itu juga mengurangkan gaji pekerjanya kerana dia menggunakan sistem gaji harian. Kurang hari bekerja bermakna kurang gaji yang dibayar. Namun, ia sebuah kejayaan.

Walaupun mendapat tentangan pemilik kilang lain, Henry Ford membuktikan produktiviti syarikatnya tidak berubah, malah meningkat selepas cuti diberikan pada hujung minggu.

Tambahan lagi, dia juga ada agenda lain. Henry Ford meneruskan inisiatif tersebut kerana dia ingin menjual kereta yang dibuat kepada pekerjanya. Dia menyedari bahawa pekerjanya sendiri adalah antara pelanggan terbaiknya.

Jika ingin menjual lebih banyak kereta, dia memutuskan bahawa pekerjanya memerlukan cuti agar dapat memandu dan menikmati kereta yang dibuat.

Henry Ford juga didorong oleh keinginan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir. Dia menyedari bahawa menawarkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan boleh menjadi senjata berkuasa untuk dia merekrut pekerja yang berbakat tinggi.

Dengan inisiatif itu, syarikat Ford Motor Company berjaya memintas pesaingnya dan tumbuh menjadi syarikat permotoran yang maju sehingga hari ini.

Keseimbangan kerja-kehidupan

Pelaksanaan sistem lima hari bekerja dalam seminggu antara revolusi besar dunia pekerjaan yang memihak kepada golongan pekerja.

Ia membolehkan pekerja berehat secukupnya untuk menikmati hidup dengan lebih seimbang, baik untuk bersama keluarga, berekreasi dan menikmati hobi mahupun menjalankan aktiviti agama.

Wawasan Henry Ford yang melihat waktu rehat sebagai cara untuk menambah produktiviti pekerja perlu dicontohi lebih ramai pemilik perniagaan.

Henry Ford membuktikan, mengerah keringat pekerja sampai kering bukan cara yang sihat untuk memajukan perniagaan.

Para pekerja ialah manusia dan manusia memerlukan waktu rehat serta rekreasi untuk berfungsi dengan baik.

Selepas 98 tahun, idea penuh revolusi Henry Ford terus terbukti benar dan relevan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/07/asal-usul-kerja-5-hari-seminggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Greece Jadi Negara Pertama Perkenalkan Kerja Enam Hari Seminggu

Greece Jadi Negara Pertama Perkenalkan Kerja Enam Hari Seminggu

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 220 hits
Melalui laporan UPI Greece menjadi negara pertama yang perkenalkan kerja enam hari seminggu bagi meningkatkan produktiviti pekerja Bekerja 6 hari seminggu Undang undang yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai lalu membolehkan perniaga swasta y...
Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 220 hits
Ayam goreng bersalut tepung yang rangup kalau dihidang memang memancing selera Dari tak nak makan boleh cancel bila lihat ayam goreng rangup ini panas panas Buat lauk ini setiap hari pun tiada masalah terutama kalau di rumah ada kanak kanak...
Sarapan Sa Hari Ini

Sarapan Sa Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA sarapan ni aje selera masih blom ada baru habis 2 ketul karipap tu lepas tu dah rasa kenyang tinggal lakuih hijau tu 2 ketul itu x tau la bila nak makan tu makin teruk selera SA ni puas dah paksa makan 4...
5 Hari Mertuaku Berbunyi Lagi Satira Larut Malam

5 Hari Mertuaku Berbunyi Lagi Satira Larut Malam

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 271 hits
Scam No One Selagi nafas kamu berdua berhembus Semestinya akan membazirkan oxygen dan menambahkan kandungan gas greenhouse
Ini Yang Dibawa Tim Kpk Usai Dua Hari Berturut Turut Geledah Balai Kota Semarang

Ini Yang Dibawa Tim Kpk Usai Dua Hari Berturut Turut Geledah Balai Kota Semarang

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 172 hits
Terkait kasus ini KPK sudah mencegah empat orang Dua di antaranya wali kota Semarang dan suaminya
Adi Putra Hilang Sejak Enam Hari Lalu

Adi Putra Hilang Sejak Enam Hari Lalu

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 309 hits
NOR AINNA HAMZAHMuhammad Adi Putra dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak enam hari lalu IHSAN POLISKUALA PILAH Polis kini sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ...
Bubur Asyura 3 Resipi Bubur Asyura Popular Di Buat Dalam Bulan Muharram Sempena Hari Asyura

Bubur Asyura 3 Resipi Bubur Asyura Popular Di Buat Dalam Bulan Muharram Sempena Hari Asyura

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 143 hits
Bubur Asyura sangat sinonim bila tiba bulan Muharram kerana 10 Muharram adalah Hari Asyura Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura Bubur Asyura ata...
Selepas Lima Hari Ditidurkan Wanita Parah Dihempap Balak Sudah Sedar Amp Boleh Bercakap

Selepas Lima Hari Ditidurkan Wanita Parah Dihempap Balak Sudah Sedar Amp Boleh Bercakap

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 141 hits
Selepas lima hari ditidurkan wanita parah dihempap balak di kawasan lampu isyarat Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang Kuala Krai di sini Selasa lalu dilaporkan sudah sedarkan diri Menurut laporan Berita Harian khabar gembira itu dimaklu...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told