Siapa Paling Sesuai Terajui J Kom






Berikutan perletakan jawatan Prof Dr Mohd Agus Yusof secara mengejut sebagai Ketua Pengarah J-Kom pada 15 November lalu, kerusi yang ditinggalkannya dengan pantas mula menjadi tumpuan.


Beberapa pihak dilaporkan berminat dan menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Agus itu dan seperti tidak peduli panasnya kerusi tersebut yang barangkali memungkinkan mereka juga akan menjadi sasaran kritikan, seterusnya tidak mustahil tercampak sama.


Sudah pasti yang berminat itu antaranya adalah daripada kalangan PKR/PH sendiri dan tidak terkecuali turut menunjukkan minat ialah daripada UMNO juga.


Realitinya, siapakah yang paling sesuai menerajui J-Kom?


Secara mudah untuk difahami, peranan J-Kom yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri ialah sebagai jambatan untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan dasar, inisiatif, program dan segala macam yang dilakukan oleh kerajaan.


Dalam hal ini, J-Kom bukan saja perlu turun ke lapangan menjalankan fungsinya itu melalui program penerangan dan sebagainya, malah juga harus aktif di media sosial lantaran alam maya adalah dunia baru yang yang menjadi tumpuan hampir semua urusan dunia ketika ini.


Tidak terkecuali, jika Perdana Menteri diserang atau diperlekehkan berkaitan dasar, program dan insiatif yang dilakukan kerajaan, adalah menjadi tugas J-Kom untuk memberi penjelasan, malah menyerang balik pihak yang membuat perlekehan itu.


Mempertahankan Perdana Menteri, terutama dalam isu berkaitan kerajaan, adalah sama seperti mempertahankan kerajaan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.


Tidak boleh misalnya, J-Kom mengatakan tugas mereka hanya untuk mempertahankan kerajaan, sebaliknya mempertahankan Perdana Menteri kerja pihak lain.


Tanpa Perdana Menteri, tidak akan wujud kerajaan dan tanpa ada Perdana Menteri, J-Kom pun barangkali tiada keperluan untuk diwujudkan.


Sebab itu, untuk menerajui J-Kom ini, orang yang paling sesuai ialah orang parti sendiri dan sebaiknya ada sedikit jawatan yang sedang dipegangnya atau setidak-tidaknya pernah memegang jawatan tertentu dalam parti.


Hanya orang parti yang sedemikian lebih faham bagaimana untuk mempromosi dan mempertahankan kerajaan, sekaligus juga mempertahankan Perdana Menteri.


Selain itu, apabila orang parti yang ada jawatan dan kedudukan menerajui J-Kom, mereka akan lebih dihormati dan membantu memudahkan banyak urusan kerja.


Kelompok lain, ahli akademik misalnya, mereka mungkin mahir dalam ilmu teori dan biasa bergelumang dengan buku, tetapi untuk jawatan Ketua Pengarah J-Kom, yang ingin digelumangi ialah manusia yang lebih kompleks ragam, pendirian serta perangainya.


Itulah sebabnya banyak kelompangan, ketidakjelasan dan ketidaktahuan dalam J-Kom sebelum ini.


Orang yang mahu dilantik itu bagaimanapun tidak semestinya seorang pempengaruh yang hebat di media sosial, tetapi adalah suatu kelebihan jika memiliknya.


Ini kerana seorang Ketua Pengarah J-Kom tidak perlu muncul setiap hari, setiap malam atau selang dua tiga jam sekali di media sosial, sebaliknya yang perlu ialah kemampuan untuk berfikir, merancang dan merangka strategi bagi mempertahan serta memperlihatkan imej kerajaan dan Perdana Menteri sentiasa terkawal di mata rakyat jelata.


Yang penting, bakal Ketua Pengarah J-Kom itu mestilah juga seorang yang sanggup bekerja keras, memiliki daya kepimpinan untuk membentuk pasukan petugas yang bagus serta sentiasa peka dengan apa juga perkembangan yang berlaku.


Jika Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ingin melantiknya daripada kalangan PKR/PH, beliau pastinya lebih mudah mengenalpasti individu yang ada memiliki ciri-ciri berkenaan.


Malah, tidak mustahil Anwar sudah pun mempunyai beberapa nama yang dikenalinya daripada kalangan PKR/PH untuk dijadikan pilihan.


Begitu pun, jika Anwar ingin memberi jawatan Ketua Pengarah J-Kom itu kepada UMNO sebagai tanda menghargai dan mempercayai kerajaan perpaduan ini boleh bertahan lebih lama, beliau boleh saja berbincang dengan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dengannya.


Pokoknya, J-Kom ini tidak ubah seperti satu unit untuk pergi berperang, maka penerajunya, selain harus memiliki ciri-ciri di atas, mestilah tahu, biasa dan tidak takut untuk pergi berpegang. – ShahbudinHusin 21/11/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/siapa-paling-sesuai-terajui-j-kom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Park Boyoung Choi Wooshik Dilamar Terajui Drama Rom Kom Melo Movie

Park Boyoung Choi Wooshik Dilamar Terajui Drama Rom Kom Melo Movie

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 243 hits
Adakah penonton akan dapat lihat Park Bo young bergandingan dengan Choi Woo shik ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 17 November Park Bo young dilapor akan terajui drama rom kom baru berjudul Melo Movie Tidak lama kemudian agensi wanita itu memb...
Telan Kos Rm125 Juta Do Kyungsoo Ji Changwook Dilamar Terajui Carved City

Telan Kos Rm125 Juta Do Kyungsoo Ji Changwook Dilamar Terajui Carved City

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 171 hits
Adakah Do Kyung soo bakal kembali dengan sebuah drama baru tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Menerusi laporan media ahli EXO itu akan menerajui Carved City dan sedang menyusun jadualnya Untuk pengetahuan ia membawa kisah pembalasan dendam ber...
Teo No Plans To Return J Kom To Communications Ministry

Teo No Plans To Return J Kom To Communications Ministry

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 282 hits
PARLIAMENT The government does not plan to move the Community Communications Department which is currently under the Prime Minister s Department to the Communications and Digital Ministry Deputy Communications and Digital Minister Teo Nie C...
Pn Mp Questions Anwar S Silence Over J Kom A W Scandal

Pn Mp Questions Anwar S Silence Over J Kom A W Scandal

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 349 hits
PARLIAMENT An opposition MP today questioned Prime Minister Anwar Ibrahim s silence over the scandal affecting the Community Communications Department under the Prime Minister s Department Wan Saiful Wan Jan pointed out that to this day the...
Put J Kom Under Communications Ministry Pn Man Says After A W Scandal

Put J Kom Under Communications Ministry Pn Man Says After A W Scandal

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 194 hits
Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan says the ministry should take control of J Kom to optimise cost effectiveness and improve departmental performance An opposition MP today suggested that the community communications department be placed u...
Kisah Biarawati Halau Roh Song Hyekyo Jeon Yeobin Dilamar Terajui Dark Nuns

Kisah Biarawati Halau Roh Song Hyekyo Jeon Yeobin Dilamar Terajui Dark Nuns

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 260 hits
Song Hye kyo dan Jeon Yeo bin mungkin akan kembali ke layar perak ARTIKEL BERKAITAN Terbaru media Korea melaporkan bahawa kedua mereka sudah pun ditawarkan untuk membintangi filem Dark Nuns Respon agensi kedua dua pelakon tersebut Mereka se...
Kisah Ketua Gangster Lee Dongwook Lee Sungkyung Dilamar Terajui The Good Man

Kisah Ketua Gangster Lee Dongwook Lee Sungkyung Dilamar Terajui The Good Man

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 229 hits
Adakah Lee Sung kyung dan Lee Dong wook bakal bergabung dalam drama baru tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan media model tinggi lampai itu dikhabarkan akan menyertai drama The Good Man Respon YG Entertainment Kami ada terima taw...
Pb Hmi Temui Jokowi Di Istana Dukung Kepemimpinan Muda Yang Sesuai Konstitusi

Pb Hmi Temui Jokowi Di Istana Dukung Kepemimpinan Muda Yang Sesuai Konstitusi

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 103 hits
PB HMI menyampaikan keprihatinannya terhadap kondisi dan kejahatan kemanusiaan yang sedang terjadi di Palestina
Kembali Beraksi Lee Joonhyuk Park Sungwoong Sah Terajui Drama Spin Off Stranger

Kembali Beraksi Lee Joonhyuk Park Sungwoong Sah Terajui Drama Spin Off Stranger

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 266 hits
Drama Stranger akan muncul dengan kisah yang baru ARTIKEL BERKAITAN Drama terkenal tvN iaitu Stranger bakal kembali dengan siri spin off yang berjudul Good or Bad Dong Jae Ianya akan menampilkan Lee Joon hyuk dan Park Sung woong sebagai pel...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir