Siapa Lim Kit Siang




Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit SiangPosted by SnapShot at 7/25/2019

LIM Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair... 
Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu, menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969, menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebagai pemimpin tokoh kanan DAP yang paling tua...
warisi perjuangan PAP yang diasasakan mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew, DAP memperjuangkan idealisma politik yang sama, mewujudkan sebuah negara demokratik yang sekular berteraskan gagasan 'Malaysian Malaysia'...
Kit Siang telah melalui jatuh bangun dalam politik, keluar masuk penjara sehingga terlalu mahir dengan sepak terajang politik Malaysia...Kit Siang bijak mengeksploitasi kedudukan kaum-kaum dalam negara untuk meletakkan DAP dipuncak kuasa setelah berkali-kali mencuba dengan syarat punya kuda-kuda tunggangan yang sedia untuk ditunggangi...
Jika puluhan tahun dahulu Kit Siang terpaksa berpuas hati sebagai tokoh pembangkang, tapi selepas memenangi Pulau Pinang sejak 2008, dan sejak setahun lepas beliau sudah menjadi orang penting dalam kerajaan hasil perancangan dan kolabrasi politiknya dengan pihak ketiga...Kini Kit Siang bukan lagi 'Mr Opposition' tetapi beliau mengetuai parti yang memiliki satu pertiga suara dalam kerajaan Pakatan Harapan yang kini memerintah di Putrajaya...
Tidak cukup dengan itu, parti beliau juga selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dengan 51% suara perwakilan, DAP juga dominan di Perak (60%), Negeri Sembilan (55%) dan Melaka (53%). Ini bermakna DAP punya suara majoriti dalam kerajaan negeri-negeri berkenaan (BACA DI SINI)...
Memecahkan parti-parti Melayu yang tidak sealiran dengannya khasnya PAS dan Umno selain mencaturkan PKR, PAN dan Bersatu di bawah Dr. Mahathir untuk ikut telunjuknya dan menceduk saki-baki undi dan sokongan Melayu, akhirnya dalam PRU ke 14 lalu, DAP di bawah Kit Siang berjaya mencipta 'upset'...
Apabila dengan sokongan padu lebih 90% pengundi bukan Melayu dan sekitar 25% undi Melayu kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri berjaya diruntuhkan...Selain kelicikkan Kit Siang, runtuhan berkenaan turut berjaya apabila PH juga dengan sumbangan beliau mengemukan janji-janji pilihanraya 'bulan dan bintang' yang sangat diyakini oleh rakyat kebanyakkan yang ketika itu sungguh tertekan dan terdesak...
Dengan sumbangan besar DAP pada kemenangan kerajaan PH Putrajaya selain kerajaaan negeri-negeri yang PH menangi, bermakna DAP begitu berkuasa dan dominan dalam kerajaan PH... Melalui kekuatan suara inilah DAP layak untuk melonjakkan dasar dan perjuangannya menjadi sebahagian dari dasar dan polisi kerajaan...
Dengan pengalaman luas, dan penat jerih yang ditempuhinya untuk naik ke mercu kuasa, Kit Siang perlu sentiasa bersikap licik dan penuh muslihat... Walaupun umum mengetahui bahawa beliau dan DAP lah hari ini merupakan tulang belakang kerajaan PH, namun Kit Siang lebih rela merendah diri dan menafikannya...
Dalam temuramah eksklusif di akhbar The New Sunday Times 14 Julai lalu, Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya bahawa orang-orang Melayu dan agama Islam terancam di bawah kerajaan PH kerana kononnya kehadiran besar DAP dalam kerajaan...
Beliau menyalahkan Umno dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan yang didakwanya tidak berasas... Sebenarnya bukan UMNO dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat, tetapi sikap DAP yang anti-Islam sangat-sangat membimbangkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia...
Sewaktu DAP berada di kerusi pembangkang lagi, DAP telah melakukan apa saja untuk memastikan Islam tidak didaulatkan di Malaysia walau pun mereka sedar termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah ugama rasmi Malaysia..



Sebelum pembentangan pindaan RUU 355 di dalam Dewan Rakyat, DAP mengenakan tekanan kepada PAS yang membawa usul agar pindaan RUU 355 dilakukan, walau pun pada ketika itu PAS dan DAP sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat di blok pembangkang..



Ketika usul hendak dibentangkan, DAP sekali lagi bertindak menghalang agar usul pindaan RUU 355 dibentangkan..
Walaupun pada hakikatnya, penganut ugama lain TIDAK TERLIBAT dan TIDAK AKAN TERJEJAS dengan pindaan yang dicadangkan...
Tapi bagi DAP, sebutlah apa saja penambahbaikan undang-undang atau kedaulatan Islam di Malaysia, DAP dengan pantas akan menjadi batu penghalang...
Kalau diblok pembangkang lagi DAP sudah berani menghalang kedaulatan Islam di Malaysia, apatah lagi kini DAP sudah menjadi kerajaan!!

Dengan kuasa dan pengaruh DAP yang dominan dan berkuasa dalam kerajaan Pakatan, apakah ianya bukan satu ancaman buat nasib dan masa depan orang-orang Melayu serta agama Islam dalam negara?

Sebagaimana dijelaskan di atas melalui kemenangan dan penguasaan besar mereka dalam kerajaan, sudah pasti DAP mahu menyuntik masuk fahaman dan idelogi mereka dalam kerajaan...

2 perkara besar yang menjadi asas perjuangan DAP adalah mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular selain memastikan negara ini mengamalkan gagasan Malaysian Malaysia, sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew di Republik berkenaan...

DAP bertekad mahu memastikan Malaysia tidak menjadi 'Negara Islam'... Sekularisma bermakna mendakap fahaman liberal dimana agama bukan penentu dasar dan keputusan tetapi sekadar 'ritual' atau amalan persendirian yang tiada kaitan dengan kerajaan dan pemerintah...

Tidakkah ini satu ancaman terhadap amalan dan 'status quo' yang ada? Jika Malaysia benar-benar dijadikan sebuah negara sekular, maka janganlah bercita-cita atau mengimpikan melihat sebarang usaha untuk memperkasakan pentadbiran mahkamah Syariah...

Malah kewujudan sistem keadilan Islam itu sendiri pasti akan dipertikaikan...

Keduanya adalah perlaksanaan gagasan 'Malaysian Malaysia'... Gagasan ini menidakkan sejarah dan kontrak sosial yang diusahakan oleh para pejuang kemerdekaan kita...

Pada gagasan ini, rakyat Malaysia semuanya setaraf dan sama haknya...

Mempertahan atau mewujudkan sebarang keistimewaan untuk satu-satu kaum contohnya Melayu dan Bumiputera dianggap sebagai satu diskriminasi dan mengancam kedudukan kaum-kaum lain... 

Segala hak dan kesitimewaan tiada tempat dalam Malaysian Malaysia... Ianya akan digantikan dengan amalan atau dasar meritokrasi sebagaimana di Singapura...

Jika pencapaian akademik anak bukan Melayu yang paling cemerlang contohnya, maka beliaulah yang layak untuk biasiswa atau pinjamanan kerajaan bukannya anak Melayu...

Begitu juga sistem kuota untuk penempatan di pusat-pusat pendidikan, tidak kiralah menengah atau IPT akan dihapuskan kerana ia menyekat peluang semua kaum...

Maka masing-masing perlu bersaing secara adil, siapa yang tangkas dan pintar maka dialah yang betuah dan berjaya... Tidakkah ini juga nanti satu ancaman?

Dalam tempuh satu tahun sahaja kehadiran DAP dalam kerajaan kita telah lihat betapa nekad mereka memperjuangkan kepercayaan mereka... Tidak menjadi rahsia lagi bahawa tuntutan ICERD dan Statut Rom yang ditolak sebelumnya didokong kuat oleh mereka, begitu juga usaha mengiktiraf sijil UEC...

Mereka berusaha memperkenalkan tanda-tanda jalan dalam Bahasa Cina di kawasan-kawasan PBT yang mereka berpengaruh, walaupun ditentang beberapa pihak termasuk istana...



Mereka sudah berani masuk ke masjid dan surau untuk mengagihkan bantuan zakat, sesuatu yang MCA dan MIC pun tidak berani sentuh semasa pemerintahan BN dahulu...


Mereka juga berjuang untuk amalan budaya dan seks songsang LGBT selain mempertahankan hak orang Melayu untuk murtad tanpa dihukum...

Pada waktu ini di Putrajaya, mereka menduduki portfolio dan jawatan kritikal dan penting dalam kerajaan termasuk Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan, Pertahanan, Komunikasi selain Perdagangan Antarabangsa...

Hampir semua portfolio EXCO PBT dikuasai oleh wakil-wakil DAP di negeri-negeri yang dikuasi PH...

Demikianlah kedudukannya dan tindak-tanduk Kit Siang, tidak menampakkan yang DAP akan menjadi pemain yang pasif dalam kerajaan, sebaliknya sedang dan akan memainkan peranan aktif mencorakkan dasar dan masa depan negara, semuanya nanti dengan menjuarai ideologi dan fahaman mereka yang asing itu...

Kerana itu orang-orang Melayu tidak bersalah untuk merasakan diri mereka terancam... Tiada cara lain buat mereka selain mengalih sokongan dan bersungguh mendukung usaha memartabatkan muafakat dan penyatuan ummah yang dipelopori PAS dan Umno...

Biar kuat dan bertenaga kembali kuasa politik Melayu dalam negara yang majoriti Melayu Islam ini... Tiada pilihan lain selain bersatu bawah panji-panji penyatuan ummah, bersama PAS dan Umno untuk menamatkan dominasi dan penguasaan DAP dan PH...

Kembalikan maruah agama, bangsa dan negara pada tempatnya... Jangan ulangi kesilapan kita yang lampau...
Kredit :
Roslan SMS


Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/siapa-lim-kit-siang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang

Bersatu Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 369 hits
BERSATU Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang Pendedahan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BERSATU ditubuh atas cadangan Lim Kit Siang suatu yang mengemparkan kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Tegas beliau maka in...
Lim Kit Siang Penipu Dan Pengampu

Lim Kit Siang Penipu Dan Pengampu

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 242 hits
MEMBACA laporan berita mengatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak pernah menuduh dan mengata Tun Mahathir seorang yang korup sepanjang Perdana Menteri ke 4 adalah suatu perkara jelek dan pendustaan kepada seluruh rakyat Malaysia Sikap lid...
Apandi Saman Lim Kit Siang Tuntut Ganti Rugi Rm 10 Juta

Apandi Saman Lim Kit Siang Tuntut Ganti Rugi Rm 10 Juta

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 342 hits
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap Lim Kit Siang berhubung kenyataan penasihat DAP itu tentang peranannya dalam skandal 1MDB Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Lim Menurut pe...
Lim Kit Siang Meraikan Sasterawan Negara

Lim Kit Siang Meraikan Sasterawan Negara

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 361 hits
DAP telah mengadakan majlis meraikan Sasterawan Negara pada 2 Julai 2019 yang lalu bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah di Sentul Dalam ucapannya Kit Siang berkata DAP menyokong perkembangan sastera kerana tanpa sastera bahasa akan layu
Lim Kit Siang Pulls Another Flaunt In Mkini

Lim Kit Siang Pulls Another Flaunt In Mkini

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 306 hits
1 WOW Lim Kit Siang pulls another flaunt in Mkini today by echoing Dr M s labeling dumb and dumber of those sticking with Umno hitting at party president Zahid Hamid for giving a response that awed him and DAP 2 In his counter attack Zahid ...
Lim Kit Siang Sah Sakit Otak

Lim Kit Siang Sah Sakit Otak

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 270 hits
Lim Kit Siang said Malaysia has transformed into a nation of integrity Kit Siang must be suffering from some sort of swine fever that has affected his brain How can he come to that conclusion when the Attorney General the Inspector General ...
Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang

Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 418 hits
Lim Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969 menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebaga...
Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 451 hits
Jangan ada sesiapa yang cuba sanggah kenyataan Azmin ini kerana dia sedang luka Azmin hanya sedang sediakan lubang jerangkap samar untuk yang mencuba YB Kapar sudah jadi mangsa pertama Beranikah parti mengambil tindakan disiplin ke atasnya ...
Kit Siang Bukan Sahaja Bacul Berdebat Dengan Najib Dengan Rakyat Pun Sama

Kit Siang Bukan Sahaja Bacul Berdebat Dengan Najib Dengan Rakyat Pun Sama

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 301 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Penasihat Dap Lim Kit Siang yang bukan sahaja bacul untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak malah kini juga bacul untuk berdebat deng...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes