Siapa Layak Ganti Ahmad Yakob Sebagai Mb


 RENCANA KHAS

Antara mereka bertiga siapa lebih layak
jadi pengganti Ahmad Yakob.KEPIMPINAN Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus membayangi hegemoni Pas Kelantan. Walaupun sudah enam tahun beliau tiada dan meninggalkan perjuangan Pas yang diterus oleh rakan-rakan, sahabat dan anak didiknya, tetapi wangiannya masih dirasai dan seakan beliau masih  bersama. 
Kerinduan kepadanyalah yang menjadikan demikian. Bagi setengah yang terkesan dengan tarbiyah dan syaksiahnya merasakan seperti beliau sedang memantau kerajaan peninggalannya dari tabir sana. Tokguru meninggalkan Kota Darulnaim secara rasmi selepas Piraum 2013.  Walaupun beliau masih menang di Dun Chempaka tetapi beliau tidak lagi menjadi MB. Dua tahun kemudian beliau meninggal dunia, 12 Februari 2015. 
Ahmad Yakob yang sebelumnya menjadi Timbalan Menteri Besar (TMB) menggantinya sebagai MB. Beliau angkat sumpah sebagai MB ke - 18 tanggal 6 Mei 2013. Dari hierarki parti memanglah Ahmad Yakob berhak sebab beliau merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan kedua tertinggi selepas Pesuruhjaya yang dipegang oleh Tokguru

Belum terpandang.
Kehebatan Tokguru serta tempoh beliau menjadi MB 23 tahun, menyebabkan Ahmad sebagai MB masih belum terpandang. Sementelahan pula beliau baru memimpin Kelantan yang kepimpinannya belum diuji sepenuhnya. Pengambilahlihan jawatan itu pun mungkin tidak pernah difikirkan oleh Ahmad kerana ada sosok lain yang ditaggangkan untuk mengganti Tokguru
 Justeru tidak adil kalau hendak jadikan Tokguru sebagai perbandingan kepada Ahmad. Jarak atau beza beliau dengan Tokguru sangat ketara terutamanya sifat dan fiil tawaduk sebagai pemimpin. Bahkan sesiapa pun untuk 50 tahun akan datang belum pasti ada tokoh Pas setanding dengan Tokguru. 
Beliau sendiri pun mengambil ruang dalam kepimpinan dalam Pas untuk dilihat berwibawa setelah hampir 10 tahun ia dikosong oleh Mohd Asri Muda. Sepanjang Asri ada tidak terserlah kebolehan Nik Aziz ketika itu. Pamor kehebatannya terselindungan di sebalik ketersohoran Asri. Bahkan Nik Aziz tidak pernah pun difikirkan akan mengambil alih tempat Asri apa lagi sebagai Menteri Besar Kelantan. 
Sebenarnya tugas dan tanggungjawab Ahmad mengambil alih jawatan daripada Tokguru suatu tugas berat. Ia bukan calang-calang orang juga mampu menanggungnya. Satu cabaran besar dimana beliau akan tetap menjadi perhatian dan perbandingan. Apa yang bakal dilakukan oleh Ahmad akan dipadankan dengan apa yang Allahyarham Tokguru lakukan sebelum itu dan dimasa mendepan

Pilihan raya umum ke-14 (Mei 2018) adalah ujian besar kepada Ahmad Yakob. Ujian menentukan apakah beliau mampu dan berdaya untuk memikul beban besar itu sebagai komandar Pas Kelantan. Apa lagi sepeninggalan Tokguru banyak agenda baik untuk pembangunan fizikal dan rohani tidak dilaksanakan. Ia masih dalam perancangan. Salah satu ialah hasrat dan impian utama Pas untuk melaksana Hukum Hudud.
Sebab itulah Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan beliau akan berhenti menjadi MB sekiranya gagal untuk melaksanakan Hudud. Kenyataan itu sebagai menunjukkan agenda Hudud itu sangat penting

Kebimbangan dan persoalan segera ketika itu bukan melaksanakan agenda perjuangan Pas, tetapi adalah untuk menghadapi Piraum ke- 14 yang hadir ketika Ahmad baru lima tahun menjadi MB dan Tokguru telah tidak bersama lagi. 
Makanya ramai yang menaruh kebimbangan sejauh mana kemampuannya untuk menghadapi pilihan raya itu. Piruam ke-14, Tokguru tidak lagi bersama. Sedang sebelum ini kekuatan dan semangat Pas dalam menghadapi pilihan raya terletak kepada Tokguru. Tokgurulah yang dijadikan modelnya

Apabila dalam Piraum itu Tokguru tidak bersama, jadi Ahmad kena menghadapi dengan kesendirian bersama rakan-rakan. Inilah cabaran besar dan menjadi tanggungjawab utama Ahmad Yakob. 
Dengan situasi dan kondisi itu ramai yang menanti hasil pilihan raya yang pertama kali dipimpin oleh Ahmad itu. Ia menjadi pertarungan hidup mati bukan sahaja buat Ahmad tetapi Pas sendiri. Apa lagi Umno sudah lama membuat perhitungan mereka akan berjaya mengambil Kelantan selepas ketiadaan Tokguru. Nah pada Piraum itu Tokguru sudah tidak ada ini membuka peluang dan harapan kepada Umno

Bukan itu sahaja menjadi hambatan kepada Ahmad, perpecahan dalam Pas juga menjadi sebahagian masalah dan beban. Perpecahan Pas menyebabkan wujud parti sopek bernama Parti Amanah Negara (Amanah), dilihat oleh pemerhati sebagai cabaran buat Ahmad dan Pas. 
Orang memperhitung Pas tidak mungkin dapat mempertahankan kerajaannya. Ini kerana Pas bukan sahaja kena berhadapan dengan musuh tradisinya UBN tetapi dengan rakan sendiri yang menjadi musuh. 
Alhamdulilah apa yang dijangka tidak tepat. Ahmad lulus dalam ujian menghadapi pilihan raya ke-14 itu. Pas bukan sahaja berjaya mengekalkan kerajaan peninggalan Tokguru, tetapi secara tidak langsung menjadikan harapan Umno kesekian lama terus kempunan dan parti sopek pula hampir semua calonnya hilang wang deposit

Memadai.
Ahmad perlu berhenti sebelum 
ditolak.Kini sudah lapan (8) tahun Ahmad menjadi MB Kelantan. Ertinya beliau sudah memasuki penggal
kedua. Sudah tidak ada apa-apa lagi yang beliau perlu terkilan kerana pencapaiannya dikira cemerlang dari seorang wakil rakyat biasa yang tidak pernah mengimpikan jawatan MB, tiba-tiba memperolehinya, sesuatu yang perlu disyukuri sedalam-dalamnya. 
Atas pencapaian dan banyak tugas berat yang beliau kena hadapi selepas ketiadaan Tokguru, saya kira sudah sampai untuk beliau berihat. Sudah 26 tahun beliau kecimpung dalam politik dengan menjadi wakil rakyat mewakil Dun Pasir Pekan sejak tahun 1995. Usianya juga sudah menjauh, Februari lepas genap 71 tahun usia Ahmad Yakob. Saya mengira dengan pencapaian dan rekod-rekod yang beliau catat sangat sesuai kalau beliau berundur

Bagaimana pun soal untuk berundur atau tidak itu keputusan beliau sendiri dan parti. Tetapi apa yang hendak diperhitungkan disini sekiranya Ahmad mengambil keputusan untuk berundur siapakah yang layak atau tepat menjadi penggantinya

Dari hierarki parti tentu timbalannya kini Mohd Amar Nik Abdullah dikira akan menakhtai jawatan itu. Secara logiknya begitulah. Tetapi dalam politik yang bergerak dinamika sukar diukur dengan logik. Logikal tidak boleh dipakai dalam politik. 
Ada contoh beberapa bekas TMB Kelantan berakhir dengan tidak menjadi MB. Antara mereka Hussein Ahmad dan Ariffin Said, menjadi timbalan menteri besar ketika Mohamad Yaacob menjadi MB, Wan Ismail Wan Ibrahim jadi TMB ketika Mohamad Nasir jadi MB, Abdul Halim Abdul Rahman menjadi TMB semasa Tokguru Nik Aziz jadi MB. Kedua-duanya terlepas dari merasai jawatan itu. 
Berpandukan kepada sejarah itu, tidak semestinya Mohd Amar Nik Abdullah yang menjadi TMB sekarang ini secara mutlak akan mengganti Ahmad Yakob. 
Kerusi MB terbuka.
Sebenarnya kerusi MB Kelantan daripada Pas masih terbuka. Selain Mohd Amar ada sekurang-kurang dua nama atau sosok yang dilihat sesuai untuk menjadi MB. Kelayakan itu tentulah dilihat kepada senioriti dalam parti dan juga track record perkhidmatan masing-masing serta kelulusan iktisad dan juga populariti menurut capaian undian dalam pilihan raya dan dalam kalangan rakyat

Mereka yang dilihat setanding dengan Mohd Amar adalah Dr Mohamad Fadzli Hassan yang ini merupakan Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi yang juga Adun Temangan. Dalam parti beliau adalah Timbalan Persurujaya III dan Pengerusi Lujnah Undang-undang Pas Malaysia. Fadzli mula menjadi Adun Temangan 2008 sebagai mengganti tempat ayahnya Hassan Mohamad yang juga bekas Anggota Exco Kelantan. 
Seorang lagi yang dikira layak Che Abdullah Nawi yang kini merupakan Timbalan Menteri Pertanian, ahli Parlimen Tumpat. Kedudukan Che Abdullah dalam parti kini sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, satu kedudukan atau jawatan penting. Selaku Setiausaha Badan Perhubungan, segala pergerakan dan agenda parti berada dibawah jabatannya. 
Baik Fadzli dan Che Abdullah kedua-duanya mempunyai latar belakang akademik yang baik, setanding dengan Mohd Amar. Che Abdullah merupakan graduan dari luar negara (Amerika Syarikat), sama seperti Mohd Amar pemegang sarjana muda Pendidikan Islam UKM dan Phd (Theological Studies) dari University of Birmingham, UK

Dari segi pengalaman dan pendidikan ketiga-tiga mereka ini setaraf, "otok oyok" sahaja. Cuma yang agak berbeza dari segi usia Mohd Amar lebih tua 6 atau 8 tahun. Mohd Amar kini 61 tahun Che Abdullah 59 manakala Fadzli 52 tahun. Bersambung. ANTARA MEREKA BERTIGA SIAPA LEBIH LAYAK?  [wm.kl.8:38 pm 16/02/2021]
Glosorri.Otok ayok = lebih kurang, setanding, setaraf. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/02/siapa-layak-ganti-ahmad-yacob-sebagai-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Chong Yee Fatt Ganti Mehmed Durakovic Sebagai Jurulatih Perak

Terkini Chong Yee Fatt Ganti Mehmed Durakovic Sebagai Jurulatih Perak

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 224 hits
Selepas desas desus berkeliaran baru baru ini Perak akhirnya membuka mulut mengenai isu mereka dengan Mehmed Durakovic Hal ini berlaku apabila pasukan tersebut mengesahkan yang jurulatih dari Australia itu tidak akan mengendalikan Perak sel...
Selain Raffi Ahmad 10 Artis Ini Juga Dikenal Sebagai Presenter Kondang Nan Profesional Luwes

Selain Raffi Ahmad 10 Artis Ini Juga Dikenal Sebagai Presenter Kondang Nan Profesional Luwes

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 171 hits
Mampu menguasai acara para artis ini selalu menyesuaikan diri saat membawakan acara formal ataupun non formal
Bimbang Kerajaan Mahu Hapus Peranan Ayah Sebagai Pembangkang Nooryana Najib

Bimbang Kerajaan Mahu Hapus Peranan Ayah Sebagai Pembangkang Nooryana Najib

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 170 hits
SHAH ALAM Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najib bimbang matlamat kerajaan dalam perbicaraan pertuduhan ayahnya bertujuan menghapuskan peranan beliau sebagai suara pembangkang Menurutnya Najib kini dilihat seba...
Jet Pejuang Rsaf Dikerah Sebagai Respons Terhadap 039 Potensi Ancaman Udara 039

Jet Pejuang Rsaf Dikerah Sebagai Respons Terhadap 039 Potensi Ancaman Udara 039

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 169 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Jet jet pejuang tentera Singapura dikerah sebagai respons terhadap potensi ancaman udara pada pagi Sabtu menurut Angkatan Tentera Udara Singapura Ada di antara anda yang
Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 197 hits
February 15 2021 PETALING JAYA Wabak Covid 19 mendedahkan kerajaan Perikatan Nasional sedang terumbang ambing dalam melaksanakan fungsi asasnya iaitu mentadbir negara kata ahli politik veteran Daim Zainuddin Beliau berkata walaupun Malaysia...
Ceo Huawei Mengatakan Iphone 12 Sebagai Telefon Pintar Terbaik Dunia

Ceo Huawei Mengatakan Iphone 12 Sebagai Telefon Pintar Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 239 hits
Huawei sejak sekitar dua tahun kebelakangan ini telah diberikan tekanan yang hebat oleh pihak Amerika Syarikat sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran dan pemasaran telefon pintar mereka Perkara ini sekaligus membuatkan jenama berke...
Presiden Akan Melantik Zainal Yansen Sebagai Gubernur Wagub Kaltara

Presiden Akan Melantik Zainal Yansen Sebagai Gubernur Wagub Kaltara

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 215 hits
Masuk ke Istana harus tes PCR hal ini agar tidak ada indikasi COVID 19 kata Zainal dalam keterangan tertulis diterima di Tarakan
Din Dilaporkan Sebagai Tokoh Radikal Muhammadiyah Ancam Gar Itb

Din Dilaporkan Sebagai Tokoh Radikal Muhammadiyah Ancam Gar Itb

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 261 hits
Tuduhan yang disampaikan oleh kelompok Gerakan Anti Radikalisme Alumni ITB terhadap Din Syamsuddin sebagai tokoh radikal tak diterima oleh Muhammadiyah Bahkan Ketua Hukum dan HAM Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah mengancam GAR ITB agar seg...
Mungkinkah Usd Diganti Sebagai Mata Wang Rizab Dunia

Mungkinkah Usd Diganti Sebagai Mata Wang Rizab Dunia

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 304 hits
Pada awal minggu perdagangan dolar AS mengalami kerugian Oleh itu pada hari Selasa 9 Februari dolar AS masih lemah di tengah peningkatan selera risiko dan kebimbangan pelabur mengenai pemulihan awal ekonomi AS Pada hari Selasa dolar AS jatu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord