Siapa Kenal Ijam Bekas Penyanyi Kumpulan Medicine

Saya pernah sepentas ceramah selepas dia berhijrah.
Seronok dengar kisahnya.
"14 hari sebelum meninggal ayah saya berpesan.
Ijam, walau macam mana keadaan kau. Sibuk macam mana pun, jangan lupa ke masjid."
Ayahnya sebut lagi,
"Pergi masjid. Masjid ada berkat, hidayah dan tenang. Kau tahu? Ada 3 tempat Allah bagi hidayah :
1. Masjid
2. Hospital
3. Penjara
Ijam, kau pilih mana satu kau nak?
Ijam sebut, dia pilih pergi masjid asbab nak dapat tenang dan hidayah untuk kekal istiqamah.
Kata Ijam lagi,
"Saya ni tak tahu, Allah ampunkan tak dosa saya yang lama-lama.
Bayangkan 45 ribu orang datang show tiket RM40.
Jumlah kutipan tiket RM900 ribu!
Bahagi dengan penganjur 50% - 50%.
Disebabkan duit tunai, kecil-kecil tak larat nak kira.
Saya biarkan je, tidur atas duit!
Dulu, mata duitan.
No money no talk.
Dulu, 1 lagu RM15k
Itu dulu.
Hari ni, saya nak istiqamahkan hijrah.
Allah tukar cara berfikir.
Bayangkan, 45 ribu orang datang, pakwe makwe datang berpelukan sebab nak dengar lagu saya.
Dosa orang-orang tu disebabkan nak dengar lagu saya.
Banyaknya dosa yang saya perlu tanggung.
Ini yang 24 jam berputar dalam fikiran saya setiap hari.
Allah ampunkan ke dosa saya.
Asbab hidayah, almarhun Ustaz Ishak Baharom bekas mufti Selangor nasihat pada saya.
Dosa, sebesar zarah Allah akan hisab.
Sebab tu saya dekatkan diri dengan masjid dan pilih untuk amalkan sunnah Nabi."
Ini antara petikan ceramah Ijam. Saya dengar penuh perhatian.
Begitulah apabila orang yang nak jaga hati dan dirinya untuk istiqamah dengan hidayah.
Ijam ingatkan dirinya untuk duduk dalam majlis dan suasana agama. Katanya dekatlah diri dengan masjid.
Dia ikut apa yang Allah dan Rasul suruh.
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (sunnah/petunjukku), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Surah Ali Imran : 31
Hijrah Ijam ni bukan terhenti setakat pergi masjid, dia pergi mengaji sambung belajar agama. Sampaikan Timbalan Mufti sebuah negeri panggil untuk dia datang temuduga tauliah ngajar di surau masjid.
MasyaAllah.
Sekarang dia istiqamah berdakwah ajak umat kembali kepada hidup beragama.
Ada lima H bila kita nak berhijrah:
1. HATI.
Nak hijrah mesti bermula daripada kehendak nak berubah atau tak nak. Hati kena kuat, jangan serapuh tisu tandas.
2. HAMPIRI
Dekati orang-orang soleh. Masuk dan ikut orang-orang yang soleh. Ikut jemaah yang baik. Tanda kumpulan yang baik, tidak tinggal solat.
3. HINDARI
Jauh dan hindari kawan-kawan yang negatif. Jangan sampai kerosakan mereka menjadi penyebab anda rosak juga.
4. HAJAT
Hajat ni sebabkan kita ada sasaran dalam hidup. Contoh tahun ni aku nak belajar Quran. Aku nak solat cukup 5 waktu sehari. Selawat 100 kali sehari. Sedekah RM1 setiap hari. Bila ada matlamat, kita akan fokus dan tak sibuk dengan benda lain.
5. HIJRAH
Ada sahabat nabi sebut, dalam hidupnya Nabi selalu cerita mengenai kisah orang yang bunuh 99 orang. Rupanya kisah tu nak tunjukkan sifat Allah Maha Pengampun. Bila berdosa, bertaubat dan hijrah.
Tuan puan, sekarang dah akhir zaman.
Kurangkan atau berhenti aktiviti-aktiviti lagha.
Mulakan langkah kaki ke surau masjid
Jumpa orang yang suka kepada ilmu.
Boleh mulakan hari ni ke surau masjid kawasan rumah ya.
Jom kita berubah dan istiqamah sebelum Allah 'rotan' kita di akhirat sana.
#UstazHanafiMalek
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/siapa-kenal-ijam-bekas-penyanyi.html