Siapa Kata Wanita Melayu Tak Hebat


 
Bagi kaum wanita, dikhianati cinta, dijanji kahwin yang tidak menjadi dan seterusnya ditinggal pergi adalah pengalaman universal yang dilalui oleh semua bangsa di dunia ini.
Sebagai mangsa, ada yang sekadar menyimpan rasa kecewa di dalam hati, meski terpaksa bertahun menanggungnya dan tidak kurang yang akhirnya jadi pendendam kepada kaum lelaki, terutama jika hubungan itu terjalin dalam tempoh yang lama.
Tidak kurang yang memilih membunuh diri dengan terjun bangunan, minum racun dan sebagainya.
Dengan peredaran zaman, terutama apabila kebendaan bertakhta di mata dan di hati, ramai pula kaum wanita akhirnya menjadi bijaksana dengan menuntut pelbagai pampasan atau ganjaran sebagai balasan kerana cinta dikhianati, terutama terhadap pasangan yang sudah bergelar suami orang atau golongan berada.
Di negara maju, tuntutan berjuta-juta adalah perkara biasa kerana mangsa bukan saja rasa dikhianti dan masa menuju tua terbuang begitu saja, bahkan sebagai pampasan kerana telah menyerahkan tubuh badan secara percuma bak pasangan suami isteri sepanjang hubungan terjalin.
Tetapi, di negara kita, jarang-jarang ada yang berani membuat tuntutan berjuta, apa lagi dengan membuat ugutan terhadap salah laku pasangan yang diketahuinya jika permintaan tidak dipenuhi.
Yang biasa kita dengar, ramai yang sekadar beralah, berlalu pergi dan menyimpan sendiri kekecewaan dengan lama serta menganggap sudah takdir Tuhan begitu jadinya.
Selebihnya, mungkinlah ada yang sekadar diberikan sedikit wang tunai, sebuah kereta terpakai serta barang-barang keperluan lain untuk menjalani kehidupan seterusnya.
Amat jarang kedengaran ada yang berani menuntut diberikan rumah, hartanah mewah atau wang dengan jumlah berjuta.
Sebab itu, bila ada wanita Melayu didedahkan sudah berani menuntut sebuah kediaman berharga RM41 juta di London untuk pampasan hubungan yang diputuskan, sambil menggunakan ugutan mendedahkan salah laku pasangannya sebagai senjata untuk memenuhi kehendak di hati, ini benar-benar suatu kemajuan, malah kehebatan yang luar biasa.
Lebih hebat lagi, cerita berkenaan didedahkan di mahkamah di Amerika Syarikat dan tentu saja berita itu menjadi bualan ramai semua bangsa di seluruh dunia.
Maka, siapa kata wanita Melayu tidak hebat?
Bagi yang mengejar dan gila kepada kebendaan, cerita ini tentu saja suatu inspirasi yang amat mengujakan buat mereka.
Selepas ini, mungkin lebih ramai yang tidak takut lagi untuk menjalin hubungan dengan sesiapa saja, bahkan tidak akan teragak-agak membuat tuntutan pampasan serta ugutan jika hubungan diputuskan untuk menjadi penawar kepada kekecewaan gagal menaiki pelamin.
Kalau putus cinta dan ditinggalkan, tetapi akhirnya dapat habuan sebuah kediaman semewah RM41 juta atau setara dengannya, barangkali rasa kecewa dan pedih hati yang dirasa tidak akan lebih setengah jam mendekam dalam jiwa.
Setengah jam selepas itu, pasti girang gembira dan cerialah kembali kehidupan seolah-olah di alam kayangan.
Inilah cerita motivasi sebenarnya.
Lebih daripada itu, dengan ganjaran yang diperolehi itu juga, mencari cinta baru yang benar-benar setia pasti lebih mudah selepas itu dan tidak lagi sesukar seperti sebelum ini.
Pasti ada lelaki biasa yang sedia mencurahkan kesetiaan dengan sepenuh hati asal saja dapat berkongsi kemewahan yang memang mereka idam-idamkan selama ini.
Atau kalau susah-susah, wanita berkenaan boleh saja enjoy seorang diri menikmati kehidupan dan kemewahan sehingga ke hari mati.
Sebagai peneman kesunyiaan, ada banyak pilihan boleh dilakukan, sama ada membela anak angkat atau hidup dengan binatang peliharaan untuk dijadikan teman.
Yang penting, tiada lagi kemungkinan untuk dikecewa atau dikhianati.
Kepada kaum lelaki, cerita ini juga inspirasi buat mereka – kalau tidak kaya dan gaji sekadar cukup makan saja, lebih baik memilih jadi pasangan yang setia hingga ke hujung nyawa. – ShahbudinHusin 25/02/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/siapa-kata-wanita-melayu-tak-hebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kukuhkan Hak Melayu Bukan Hingga Remehkan Kaum Lain Kata Anwar

Kukuhkan Hak Melayu Bukan Hingga Remehkan Kaum Lain Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 168 hits
Diterbitkan Feb 18 2022 Memperkukuhkan kedudukan orang Melayu bukan sehingga meremehkan atau meminggirkan kaum kaum lain kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Dia berkata demikian ketika melancarkan beberapa judul buku oleh allahyarham bekas pres...
Hebat Wanita Penjual Nasi Di Tepi Jalan Hidang Minuman Latte Seperti Barista Pro

Hebat Wanita Penjual Nasi Di Tepi Jalan Hidang Minuman Latte Seperti Barista Pro

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 170 hits
Seorang ibu menjual nasi rames baru baru ini menjadi perbualan hangat netizen Ini kerana walaupun bekerja sebagai penjual makanan di tepi jalan namun dia mampu menghidangkan minuman kopi seperti di kafe ternama Video itu menjadi tular selep...
Kata Hebat Sangat Siap Ada Bulan Kesiapsiagaan Lah Lantik Menteri Yang

Kata Hebat Sangat Siap Ada Bulan Kesiapsiagaan Lah Lantik Menteri Yang

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 188 hits
Menurut Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai beliau telah banyak kali membawa masalah penduduk di kawasan berkenaan namun berakhir dengan jawapan belum ada kajian dilakukan berkenaan masalah banjir Banjir kilat bukan perkara luar biasa ia...
Enggan Terima Kenyataan Cintanya Ditolak Lelaki Nekad Kelar Leher Wanita

Enggan Terima Kenyataan Cintanya Ditolak Lelaki Nekad Kelar Leher Wanita

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 178 hits
Berang cintanya ditolak seorang lelaki bertindak kejam dengan mengelar wanita yang juga rakan sekolejnya pada Sabtu lepas Memetik laporan Utusan TV kejadian yang dilaporkan berlaku di Surat India dimana lelaki yang berusia 22 tahun itu menj...
Lelaki Warga Iraq Didakwa Bunuh Wanita Somalia

Lelaki Warga Iraq Didakwa Bunuh Wanita Somalia

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 166 hits
Ali Ahmed Abdullah Al Maghazachi 25 didakwa membunuh Dahabo Omar Ali di hadapan sebuah premis di Jalan Memanda 1 Taman Dato Ahmad Razali di sini pada 11 46 pagi 13 Feb lalu KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga Iraq dihadapkan ke Mahkamah Majis...
Wanita Larikan Honda City Ditahan

Wanita Larikan Honda City Ditahan

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan sebuah kereta milik sepasang suami isteri yang ditinggalkan tanpa mematikan enjin kenderaan di Jalan Genting Klang di sini petang tadi Suspek berusia 38 tahun dan memiliki 14 reko...
Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 Kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai Video

Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 Kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai Video

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 193 hits
Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai VIDEO CUBAAN melarikan sebuah kereta oleh seorang wanita yang dipercayai penghisap gam tidak berjaya Rakaman yang menjadi tular menunjukkan wanita ini memandu...
Wanita Dirantai Dalam Kesejukan Tular Di Media Sosial Buat Orang Ramai Marah

Wanita Dirantai Dalam Kesejukan Tular Di Media Sosial Buat Orang Ramai Marah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 204 hits
Wanita Dirantai Dalam Kesejukan Tular Di Media Sosial Buat Orang Ramai Marah BEIJING Pentadbiran wilayah Jiangsu di China berjanji akan membuat siasatan menyeluruh berhubung kes seorang wanita yang dirantai di leher menurut media kerajaan p...
Isteri Meninggal Di Depan Mata Saya Wanita Sarat Mengandung Maut Dalam Kemalangan Bayi Terkeluar Dari Kandungan

Isteri Meninggal Di Depan Mata Saya Wanita Sarat Mengandung Maut Dalam Kemalangan Bayi Terkeluar Dari Kandungan

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 790 hits
Isteri meninggal di depan mata saya Wanita sarat mengandung maut dalam kemalangan bayi terkeluar dari kandunganSeorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan pen...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded