Siapa Dia Dahulunya Bagaimana Kita Sekarang Dan Akan Datang


SIAPA DIA DAHULUNYA BAGAIMANA KITA SEKARANG DAN AKAN DATANG. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Adalah sangat penting dan perlu ada rasa bersyukur dalam diri setiap insan. Siapa pun kita. Malahan haiwan dan tumbuhan pun tahu mensyukuri nikmat cuma kita sahaja yang tidak memahami cara dan gaya bahasa mereka mengungkapkan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Setiap makhluk ada cara masing-masing juga. Cuma Allah swt yang Maha Mengetahui.
Semalam. hari ini. Esok. Tidak sama ceritanya. Berbeza segenapnya apa yang akan kita telah, sedang dan akan lalui. Kalaupun kita sudah mempersiapkan sesuatu itu sebagaimana yang kita mahu atau rencanakan, bukan bererti ianya akan tetap begitu juga kerana bila Allah swt mahu mengubah atau menjadikan ianya lain dariapda apa yang kita mahukan tentu sahaja bukan suatu yang aneh dan sangat-sangat tidak mustahil.
Bertemu sesaat. Berbicara seminit. Bersua muka seharian. Itu belum cukup untuk saling mengenali seseorang siapa di hadapan kita. Begitu juga orang lain terhadap diri kita. Bagaimana kisah silamnya. Apakah sejarah manis dan pahit sepanjang perjalanan hidupnya sehingga dia atau kita berada di hadapan satu sama lain. Sedangkan hidup berpuluh tahun tetap sahaja masih berlaku pertengkaran dan bercanggah buah fikiran serta terkadang tidak sehaluan pendapat, kerana manusia itu bila-bila masa sahaja boleh berubah hati, fikiran dan tingkahlakunya.
Bila kita bertemu atau berada dilingkungan baharu tidak kiralah di mana sahaja dan dengan siapa sahaja juga, kena ingat dan sentiasa sedar diri bahawa kita semua sama. Pada pandangan Allah swt yang membezakan adalah hati kita sahaja. Daripada hati itulah terpamir melalui lisan dan tingkahlaku atau tindakan seterusnya yang bakal dilakukan. Tidak pernah rugi orang yang sentiasa rendah hatinya dan sopan lisannya ketika menyantuni orang lain yang baik yang kita kenali atau baru kenali dan tidak kenali. Selagi mana kita boleh layan dengan baik, layanlah dengan baik dengan syarat kita tidak berada dalam keadaan tertindas atau sengaja ditindas oleh orang lain. Sekiranya kita berada dalam keadaan tertindas atau ditindas oleh pihak atau orang lain bangkitlah membela diri atas landasan kebenaran.
Banyak kebenaran yang kita tidak ketahui. Siapa dia dahulu. Orang yang baharu kita kenali atau temui, kita tidak kenal dia. Dia pun tidak kenal kita. Kenal itu ada dua alurnya, kenal cuma sekadar kenal-kenal sahaja atau kenal memang sesungguhnya benar-benar mengenali. Dua alur yang berbeza. Jauh berbeza. Mesti kena pandai bezakan. jangan suka hati bantai semacam macam tahu semua dan segala-galanya. Andai kita berdiri dengan segala kesenangan dan kemudahan yang telah kita usahakan dan miliki, ingat yang semua itu adalah pinjaman daripada Allah swt. Bila pinjam bererti sementara sahaja boleh diambil bila-bila masa. 
Kalau dengan berjaya atau kayanya kita hari ini membuatkan kita pandang kecil terhadap orang lain dan berasa sudah cukup besar ketika mahu menghulurkan bantuan adalah lebih baik tidak melakukannya kerana semua akan menjadi dan berubah kepada perbuatan yang paling sia-sia. Membangga diri itu tidak semata-mata dengan kata-kata, boleh jadi dengan perbuatan juga. Atau tidak dengan perbuatan tapi dengan kata-kata atau lisan seperti memperkecilkan dan mempermalukan orang lain itu pun sama juga hujungnya. 
Sangat perlu belajar menghormati dan menghargai orang lain. Awak tidak kenal siapa yang mahu awak bantu. Atas dasar mahu membantu cukup lunaskan niat mahu memberi bantuan itu sebagaimana yang telah awak niatkan. Jangan cuit kisah silam orang lain. Jangan membandingkan antara diri sendiri dengan orang lain. Siapa dia dahulunya kita tidak pernah tahu boleh jadi dulunya dia sangat lebih baik segenap sudut dalam sejarah hidupnya juga sangat jauh tinggi prestasinya dibandingkan kita. Kalau hari ini kita sudah berasa pada satu tahap yang mapan, adakah pernah kita bayangkan bagaimana kita di masa akan datang nanti. Bagaimana kita sekarang dan akan datang boleh sahaja berubah tempat dengan nasib yang berbeza jauh. Boleh jadi hari ini kita mampu dan membantu, satu masa kita pula yang menerima dan menagih bantuan daripada orang lain. Siapa tahu.
Jaga lisan. Hati-hati selalu. Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤Siapa Dia Dahulunya  Bagaimana Kita Sekarang Dan Akan Datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/09/siapa-dia-dahulunya-bagaimana-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulakan Persiapan Pru 15 Lawan Umno Bn Sekarang

Mulakan Persiapan Pru 15 Lawan Umno Bn Sekarang

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 226 hits
Kerajaan BN Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu segera menjalin kerjasama dengan pembangkang bagi melicinkan strategi melawan pandemik Covid 19 Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang Yah...
Manusia Sekarang Telah Banyak Mengunakan Kemahiran Teknologi Untuk Berhubung

Manusia Sekarang Telah Banyak Mengunakan Kemahiran Teknologi Untuk Berhubung

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 244 hits
Hari ini zaman telah berubah manusia sekarang telah banyak mengunakan kemahiran teknologi untuk berhubung berniaga pelajaran pekerjaan dan jugak keagamaan janganlah kita menyalahi kegunaan kemudahan ini dengan teknologi ini dengan menyebark...
Ella Sekarang Jual Burger Meletop Nabil Ahmad

Ella Sekarang Jual Burger Meletop Nabil Ahmad

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 263 hits
Subscribe Astro MeleTOP http bit ly ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go http bit ly meletophd
Eur Usd Perkara Utama Untuk Euro Sekarang Adalah Bertahan Sehingga Isnin Jika Tentu Saja Kenyataan Powell Tidak Akan

Eur Usd Perkara Utama Untuk Euro Sekarang Adalah Bertahan Sehingga Isnin Jika Tentu Saja Kenyataan Powell Tidak Akan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 343 hits
Setelah menyaksikan sedikit ketidaktentuan indeks Wall Street utama terus berkembang dan mengemas kini puncak rekod mereka pada Rabu Aliran menaik boleh mengatakan bahawa kenaikan di pasaran didorong oleh laporan korporat yang kuat dan peni...
Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan Video

Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan Video

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 231 hits
Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan Berlin Dulu beliau menteri sekarang jadi penghantar makanan Itu kehidupan baharu bekas Menteri Komunikasi dan dan Teknologi Afghanistan Syed Ahmad Shah Saadat yang kini mendapatkan perlindungan ...
Hiburan Video Perspektif Pandemik Dari Kaca Mata Kanak Kanak Sedih Pula Part Ayah Dulu Kerja Sekarang Duduk Di Rumah

Hiburan Video Perspektif Pandemik Dari Kaca Mata Kanak Kanak Sedih Pula Part Ayah Dulu Kerja Sekarang Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 252 hits
Setelah hampir 2 tahun masyarakat seluruh di seluruh dunia hidup dalam belenggu virus Covid 19 Kini kita mula dibiasakan dengan kehidupan norma baharu Bekerja dari rumah pembelajaran atas talian dan membeli belah secara maya kini dilihat se...
Tolong Tag Dia Naa Mamu Tunggu Nak Makan Jemput Datang Lauk Lebih Ni Caprice Sharnaaz Ahmad

Tolong Tag Dia Naa Mamu Tunggu Nak Makan Jemput Datang Lauk Lebih Ni Caprice Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 190 hits
Melalui sesi IG Live malam tadi pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya telah membuatkan netizen terhibur apabila Sharnaaz dilihat mengenakan filter yang berpakaian seperti pak arab dengan berlatar belakangkan padang pasir Dalam perbualan i...
Cara Mengatasi Masalah Hidup Yang Datang Bertubi Tubi

Cara Mengatasi Masalah Hidup Yang Datang Bertubi Tubi

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 403 hits
Hidup manusia tidak akan pernah lepas dari masalah dan ujian Karena dari sanalah kualitas seorang manusia bisa terlihat Perbedaannya ia bisa mengatasi masalah dengan baik aJtau justru semakin terbenam bersama masalah tersebut Besar kecilnya...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas