Siapa Dahulu Yang Cetuskan Provokasi Menteri Atau Rakyat Biasa Dap Mujahid Atau Moorthy



Sekolah Cina dan India tiada dalam Perlembagaan kenapa DAP dan PH semua diam? Mereka TIDAK JUJUR malah berniat jahatCatatan Parlimen: Apabila Menteri Perpaduan Bertukar Menjadi Menteri Perpecahan
1. Suhu atmosfera politik tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.

Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding Ahli Parlimen Bukan Muslim seramai 66 orang.
2. Antara kesilapan besar dalam pembentukan Kabinet PH ialah apabila Perdana Menteri melantik Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri melalui pintu belakang.

Dia tidak pun dipilih oleh rakyat pada PRU 14 yang lalu.

P. Waytha Moorthy merupakan pengasas dan pemimpin utama Hindu Rights Action Force (HINDRAF), kumpulan ekstrem menuntut hak penganut Hindu yang kononnya ditindas oleh kelompok Muslim di Malaysia.

Sebagai penghargaan kepada HINDRAF kerana membantu PH memperoleh sokongan undi masyarakat India maka P. Waytha Moorthy dianugerahkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).3. Pemimpin HINDRAF yang kerjanya menghasut perpecahan rakyat dilantik sebagai Menteri untuk agenda perpaduan, sungguh melucukan bukan Kabinet PH ini.?

Sepertimana PH melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh Wilayah KL sebagai Menteri Industri Utama untuk menjaga hal ehwal penoreh getah, pekebun dan peladang sawit.4. Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: " Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD" anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS).

Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan”.
5. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah setelah dilantik sebagai Menteri ialah pada 02 Julai 2018 , beliau menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6 konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.
6. Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan UMNO memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH sendiri.

Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.
7. PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.

PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, Presiden senyap sepi, Timbalan Presiden menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang ICERD.

DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di portal Roketkini yang bertajuk "DAP harus sokong ICERD" sepertimana yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.8. Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.
Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.
P. Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.

Latar pendidikan Mujahid ialah sastera Pak Arab (ijazah sarjana muda). Kemudian untuk sarjana, dia belajar bidang pengurusan sumber manusia. Manakala untuk doktor falsafah, bidang sains politik.Dia bukan sahaja tidak layak untuk bicara soal agama; bahkan juga sangat jahil selok-belok perundangan dan keperlembagaan negara. Dia mungkin baca cedok sana, cedok sini; dengar sikit-sikit apa yang dibisikkan oleh DAP — tetapi dia tidak mengaji secara berdisiplin.Mujahid berlagak lebih pandai dari Mantan Ketua Hakim Negara.
"4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved."9. Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD ini diwujudkan iaitu menyamaratakan hak kesemua kaum tanpa ada diskriminasi.
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini sehingga dia sendiri tidak dapat meneruskan sesi penggulungan akibat asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.

Yang anehnya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH yang berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan menghadapi serangan demi serangan Pembangkang
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri sendiri
10. Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan kewarganegaraan kepadanya.

Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang dia pernah lakukan ketika bergelar Timbalan Menteri pada zaman BN dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014
Seandainya PM sedar akan kemarahan rakyat yang sedang meluap sekarang, sepatutnya sudah tiba masanya P. Waytha Moorthy ini digugurkan terus daripada jawatan menteri.

Lagipun dia bukannya dipilih oleh rakyat pada PRU 14 lepas
Catatan oleh;Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
19 November 2018



ICERD hapus hak istimewa Melayu, bumiputera - Mantan Ketua Hakim NegaraMeratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi dilakukan bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.
“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.Abdul Hamid mendakwa, alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk memansuhkan Perkara 153 walaupun tidak pernah menyatakannya secara jelas adalah peruntukan tersebut menghalang kepada perpaduan dan pemansuhannya mampu merealisasikan usaha tersebut.“Dalam kata-kata lain, hapuskan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud. Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Semua pihak perlu sedar,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/siapa-dahulu-yag-cetuskan-provokasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 644 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri senator P Waytha Moorthy melakukan pembohongan bila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara Aktivis Semboyan 1Malaysia Yusuf Azmi kerajaa...
Moorthy Tak Perlu Minta Maaf Bukan Kenyataan Mujahid

Moorthy Tak Perlu Minta Maaf Bukan Kenyataan Mujahid

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 242 hits
Wartawan Sinar HarianDatuk Seri Dr Mujahid Yusof Foto Bernama KUALA LUMPUR Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan laporan sebuah portal yang bertajuk Isu video rasis Waytha Moorthy tak perlu mohon maaf Mujahid Menurutnya Datuk...
Wayta Moorthy Menteri Perpecahan Nasional Utusan Online

Wayta Moorthy Menteri Perpecahan Nasional Utusan Online

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 314 hits
Wayta Moorthy menteri perpecahan Nasional Utusan Online Wayta Moorthy menteri perpecahan 23 November 2018 12 23 AM Hishamudin Rais pada forum Apa Perlunya ICERD untuk Malaysia di UIAM Gombak malam tadi UTUSAN ONLINE SHAIFUDIN MOHD NOR KUALA...
Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 336 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Bukan mahu kembali memegang jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri sebaliknya Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya mahu memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Justery itu katanya beliau bertanggungjawa...
Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 220 hits
Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusoff today issued an apology to Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Rawa Yusof and retracted a statement he made on Facebook describing the Parit Buntar MP as a liberal and ...
Waytha Moorthy Dituduh Menteri Bersikap Perkauman

Waytha Moorthy Dituduh Menteri Bersikap Perkauman

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Sesi Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang menggelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy sebagai menteri racist Kekecohan itu berlaku apabila Waytha Moorthy yang sedang menggulung...
Najib Menteri Ph Hidup Senang Bajet Besar Tapi Bantuan Rakyat Dikurang Ditarik

Najib Menteri Ph Hidup Senang Bajet Besar Tapi Bantuan Rakyat Dikurang Ditarik

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 349 hits
Datuk Seri Najib Razak melabel kerajaan hari ini mempunyai kerangka jawapan sama iaitu menyalahkan Umno dan dirinya Foto Sinar Harian Eh salah Umno pula Saya rasa kerajaan hari ini ada template jawapan Kalau dah tak tahu nak buat atau cakap...
Menteri Perpaduan Moorthy Wajar Didakwa Di Bawah Sosma Khairuddin

Menteri Perpaduan Moorthy Wajar Didakwa Di Bawah Sosma Khairuddin

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi da...
Menteri Dap Rasis S Kulasegaran Sila Letak Jawatan

Menteri Dap Rasis S Kulasegaran Sila Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR 30 Julai Selepas mengguris perasaan orang Melayu dengan ucapan yang mengandungi sentimen perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia hari ini Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran memohon maaf di atas ketelanjurannya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025