Siapa Curi Rm46juta Duit Najib



KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disimpan di sebuah unit di Pavilion Residences di sini, dicuri.
Muhammad Shafee berkata, kecurian harta berkenaan dikesan selepas pihak polis hanya menemui RM114 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta seperti yang dimaklumkan Najib.
Beliau berkata, ketika membuat serbuan pada 17 Mei 2018, pihak berkuasa tidak mengira wang yang didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Maka katanya, timbul persoalan apabila harta itu tidak dikira di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, sebaliknya di lokasi lain.
“Najib memaklumkan ada RM160 juta, bukannya RM114 juta, maka ada seseorang yang mencuri wang tersebut.
“Polis juga tidak beritahu bagaimana wang ditemui itu dibungkus dan tidak menyerahkan senarai barang rampasan kepada penghuni premis,” katanya selepas prosiding keputusan kes lucut hak harta di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.
Muhammad Shafee berkata, serbuan itu lebih kepada ‘smoking gun’ iaitu sekadar mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pesalah dalam kes 1MDB.
Sedangkan beliau berkata, mahkamah telah memutuskan harta yang dirampas itu tidak diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) atau menggunakan dana penyelewengan 1MDB. “Najib sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu dan kita minta pihak berkuasa untuk menyiasat anggota yang hadir dalam serbuan tersebut,” katanya.
Dalam prosiding kes pada Isnin, kerajaan Malaysia gagal untuk melucut hak 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita ketika serbuan di Pavilion Residences, empat tahun lalu, yang didakwa milik Najib dan Rosmah.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta tersebut.
Pada 25 Julai 2020, Najib dan Rosmah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.
Ia susulan pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings Sdn Bhd bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata, 306 beg tangan, serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Najib dan isterinya Rosmah adalah pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas serta jam tangan dalam permohonan pelucuthakan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki ahli perniagaan, Tan Sri Bustari Yusof.
Barangan yang disita oleh polis dari premis milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018 telah dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Pada 26 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sebanyak 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita ketika serbuan di sebuah premis milik Obyu Holdings di Pavilion.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada penyandang kerusi Parlimen Pekan itu ada membuat permohonan kepada Jabatan Penjara untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya tidak tahu mengenainya, tidak pasti jabatan itu membenarkan banduan untuk keluar mengundi,” katanya lapor Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/siapa-curi-rm46juta-duit-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Najib Dakwa Rm46 Juta Duit Najib Di Kondo Dicuri

Peguam Najib Dakwa Rm46 Juta Duit Najib Di Kondo Dicuri

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 130 hits
Faris Fuadfaris fuad bh com myKUALA LUMPUR Peguam Datuk Seri Najib Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri itu yang disimpan di sebuah unit kondominium Pavilion Residence di sini dicuri Muhammad...
Saravanan Why Didn T You Tell Najib He Was A Problem

Saravanan Why Didn T You Tell Najib He Was A Problem

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 227 hits
From Clement StanleyM Saravanan the MIC deputy president now says that Barisan Nasional might have won in 2018 without former prime minister Najib Razak Among the reasons Saravanan mentioned were the former prime minister s image the 1MDB s...
Najib Nafi Dibebaskan Segera Jika Bn Menang Pru15

Najib Nafi Dibebaskan Segera Jika Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Najib Razak menafikan sekeras kerasnya dakwaan mengatakan akan dibebaskan segera menerusi pengampunan diraja sekiranya Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke 15 Peguam Najib Shafee Abdullah berkata beka...
Bn Might Have Won 2018 Without Najib Says Saravanan

Bn Might Have Won 2018 Without Najib Says Saravanan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 130 hits
MIC deputy president M Saravanan says support from the Indian community is now reverting to Barisan Nasional TAPAH Barisan Nasional might have remained in power in 2018 if Najib Razak had sat out the elections according to MIC deputy presid...
Tanpa Najib Bn Mungkin Boleh Menang Pada 2018 Kata Saravanan

Tanpa Najib Bn Mungkin Boleh Menang Pada 2018 Kata Saravanan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com November 14 2022 9 30 AMTimbalan Presiden MIC M Saravanan berkata sokongan daripada masyarakat India kini berbalik kepada Barisan Nasional TAPAH Barisan Nasional mungkin akan kekal berkuasa pada 2018 jika Najib Razak t...
Kit Siang Discovers Someone Worse Than Najib

Kit Siang Discovers Someone Worse Than Najib

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 144 hits
For the longest time Lim Kit Siang had trained all his guns on one individual Najib Abdul Razak With the former premier now behind bars the DAP veteran has set his sights on a new target whom he claims is worse for Umno and BN than Najib Si...
Kerajaan Melayu Islam Najib

Kerajaan Melayu Islam Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 204 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Apabila Najib kalah dalam PRU 14 ia dengan serta merta mencadang kerjasama dengan musuhnya PAS untuk diri kononnya Kerajaan Melayu Islam 2 Sebabnya ialah kerana Kerajaan PH tidak punyai dominasi Melayu Islam De...
Mana Duit Suami Aku Isteri Minta Duit Konsert Sekali Ini Jawapan Padu Penganjur Konsert Doa Buat Zamani

Mana Duit Suami Aku Isteri Minta Duit Konsert Sekali Ini Jawapan Padu Penganjur Konsert Doa Buat Zamani

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 200 hits
Luahan hati isteri kepada penyanyi popular Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani di status WhatsApp baru baru ini yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani mengundang persoalan dalam kalangan pemina...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor