Siapa Bakal Mengisi 3 Naib Presiden Ditentukan Esok


 
Esok, 18 Mac adalah hari pemilihan bagi memilih kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan bahagian-bahagian di seluruh negara.
Semua 191 bahagian UMNO akan mengadakan mesyuarat masing-masing secara serentak.
Bagi peringkat MT, disebabkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diputuskan tiada pertandingan, persaingan paling menjadi perhatian tentunya ialah untuk jawatan Naib Presiden.
Seramai kira-kira 160,000 perwakilan seluruh negara akan memilih tiga Naib Presiden daripada lapan calon yang menawarkan diri.
Bagi merebut jawatan Ahli MT pula, seramai 95 calon menawarkan diri untuk merebut 25 kerusi tersebut.
Siapakah paling mungkin dipilih bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini?
Tinjauan dengan sejumlah ahli dan pemimpin UMNO di beberapa negeri mendapati, bagi jawatan Naib Presiden, calon paling menjadi pilihan setakat ini ialah Johari Ghani, Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan serta bekas Menteri Kewangan Kedua dan Hasni Mohammad, bekas Menteri Besar Johor dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.
Rata-rata yang ditinjau pendapat mereka kelihatan lebih cenderung untuk memberikan undi mereka kepada kedua-dua pemimpin terbabit berbanding calon-calon lain.
Johari menjadi pilihan kerana beliau dilihat pemimpin yang ada nilai tambah kepada parti susulan banyak pandangan yang dilontarkannya berkaitan permasalahan ekonomi negara dilihat relevan dengan hakikat isi poket rakyat.
Baru-baru ini juga beliau dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lantikan beliau diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat selepas bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.
Hasni pula menjadi pilihan atas kewibawaannya selaku “poster boy” PRN Johor sehingga BN mencapai kemenangan dua pertiga yang kemudian disusuli rasa simpati lantaran beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas itu.
Ini bermakna, jika kecenderungan itu benar-benar diterjemahkan pada hari pengundian esok, Johari dan Hasni dilihat berada dalam kedudukan paling selesa untuk mengisi dua kerusi Naib Presiden kali ini.
Ini sekaligus bermakna, bagi satu lagi kerusi Naib Presiden yang tinggal, ia akan menjadi persaingan yang sengit antara enam calon yang berbaki.
Mereka ialah Khaled Nordin, Mahadzir Khalid iaitu penyandang Naib Presiden sedia ada, Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Wan Rosdy Wan Ismail dan Yusof Musa Jamaluddin.
Dapatan secara umum melalui tinjauan dengan perwakilan negeri-negeri mendapati tidak ada ketentuan yang ketara siapa yang bakal memperolehi undi selesa bagi mengisi satu lagi kerusi Naib Presiden itu.
Ini kerana perwakilan didapati mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza tentang siapa pilihan mereka.
Ada perwakilan dilihat cenderung untuk memberi undi kepada Azalina berikutan beliau merupakan calon wanita tunggal yang bertanding bagi jawatan itu.
Kemenangan Dr. Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO minggu lalu dilihat mampu memberi sedikit kelebihan kepada Azalina.
Ada juga perwakilan cenderung untuk memberi undi kepada Wan Rosdy atas kedudukannya sebagai satu-satu calon yang berjawatan Menteri Besar.
Selebihnya, perwakilan didapati ada yang mahu memberi undi kepada Khaled atau Mahadzir atas kedudukan mereka sebagai penyandang jawatan tersebut.
Terutama Khaled yang berjawatan menteri dan penyokong kuat Presiden UMNO, beliau dipercayai akan mendapat sokongan yang lebih daripada kelompok tersebut.
Namun, kemampuan Mahadzir dalam memberi cabaran tidaklah boleh dipandang ringan, meskipun beliau kalah dalam PRU15 baru-baru ini dan tidak menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Beliau dikatakan mempunyai rangkaian yang meluas dalam parti, selain keperibadiannya yang mudah mesra dan pemurah sejak dulu lagi.
Dalam pada itu, bagi kerusi MT, agak susah dijangka siapa pemenangnya kerana terlalu ramai calon yang bertanding dan sehingga ini beberapa cai juga turut tersebar di media sosial.
Meskipun begitu, adalah dijangka ia adalah kombinasi yang seimbang antara yang pro Presiden UMNO dengan mereka yang tidak begitu sebulu dengannya.
Peringatan Zahid Hamidi malam tadi agar perwakilan tidak memilih calon proksi dalam barisan kepimpinan baru UMNO di peringkat pusat adalah petanda kebimbangan itu dan beliau nampaknya menyedari hakikat tersebut sedang berombak dalam UMNO menjelang hari pengundian esok hari. – ShahbudinHusin 17/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/siapa-bakal-mengisi-3-naib-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Umno Wan Rosdy Dan Khaled Nordin Kini Sah Menang Naib Presiden

Pemilihan Umno Wan Rosdy Dan Khaled Nordin Kini Sah Menang Naib Presiden

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO Sehingga pukul 11 00 malam Wan Rosdy mendapat 71 manakala Mohamed Khal...
Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 199 hits
Keputusan Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini dilihat satu tindakan yang tepat dan matang Biar pun pengumuman tentang hasratnya untuk berta...
Naib Presiden Umno Khaled Nordin Johari Ghani Paling Popular

Naib Presiden Umno Khaled Nordin Johari Ghani Paling Popular

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 148 hits
Berikutan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tumpuan paling utama bagi pemilihan UMNO pada 18 Mac ini tentunya bagi jawatan Naib Presiden Melihat kepada lapan nama yang mengemukakan pencalonan tidak dapat dapat p...
Presiden Jokowi Bakal Menutup Musra Di Gbk 13 Mei

Presiden Jokowi Bakal Menutup Musra Di Gbk 13 Mei

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 190 hits
Forum mencari Capres dan Cawapres 2024 idaman publik Musyawarah Rakyat Indonesia memasuki babak akhir Ketua Umum DPP Projo Budi Arie Setiadi mengatakan penutupan Musra akan digelar di Jakarta pada Sabtu 13 Mei 2023
Wan Rosdy Hampir Pasti Menjadi Naib Presiden Raih 1 3 Daripada 189 Undian

Wan Rosdy Hampir Pasti Menjadi Naib Presiden Raih 1 3 Daripada 189 Undian

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 106 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hampir pasti menjawat Naib Presiden UMNO selepas meraih satu pertiga daripada 189 undian pada pemilihan parti itu setakat ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu yang juga Ahli Majlis Ker...
Saingan Naib Presiden Dan Mkt

Saingan Naib Presiden Dan Mkt

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 115 hits
Persaingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bagi sesi 2023 2026 dilihat semakin sengit ketika ini Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan menerusi papan markah di Auditorium Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dun...
Pemilihan Wan Rosdy Menang Jawatan Naib Presiden Umno Sesi 2023 2026

Pemilihan Wan Rosdy Menang Jawatan Naib Presiden Umno Sesi 2023 2026

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului saingan tujuh calon lain untuk meraih kemenangan bagi mengisi slot jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini Beliau yang juga Menteri B...
Gianni Infantino Menang Penggal Baharu Sebagai Presiden Fifa

Gianni Infantino Menang Penggal Baharu Sebagai Presiden Fifa

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 150 hits
PRESIDEN Fifa Gianni Infantino 52 mengekalkan penggal baharu empat tahun jawatan itu sehingga 2027 tanpa bertanding Beliau berkata ia merupakan suatu penghormatan untuk memenangi penggal baharu sambil menegaskan ia tanggungjawab besar lapor...
Presiden Singapura Lawat Malaysia Minggu Depan

Presiden Singapura Lawat Malaysia Minggu Depan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 240 hits
Presiden Singapura Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Isnin hingga 22 Mac Ini adalah lawatan balas Halimah selepas merima undangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yan...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun