Siang Jadi Isteri Malam Jadi Gundik


 
Mohsin Abdullah -September 29, 2022 
Muhyiddin Yassin kata Abdul Hadi Awang kata (sila rujuk artikel saya semalam), PAS “dalam tempoh terdekat akan buat keputusan muktamad ‘to cut off ,they will have nothing to do with Umno’”. Menurut Muhyiddin, begitulah “gambaran” yang diberikan presiden PAS itu kepadanya dalam pertemuan tempoh hari.
Bukan menganggap Muhyiddin tersalah tafsir. Bukan menuduh beliau dan juga Hadi tidak bercakap benar atau tidak menceritakan kisah lengkap, cuma ingin bertanya adakah PAS akan melakukan apa yang Muhyiddin kata PAS akan lakukan? Perlu diingat, Muhyiddin tidak berkata PAS dalam waktu terdekat akan buat keputusan muktamad – sama ada nak pilih Umno atau Bersatu. Tidak beliau berkata demikian.
Sebaliknya, Muhyiddin mengumumkan gambaran yang diberi kepadanya oleh Hadi ialah PAS dalam tempoh terdekat akan buat keputusan muktamad untuk putus hubungan dengan Umno. Noktah. Sekali gus, PAS tidak akan “ada kena-mengena” lagi dengan Umno. Itu kesimpulan Muhyiddin dengan jelas dan yakin.
Persoalan sama ada itu yang akan PAS lakukan, saya timbulkan berdasarkan realiti dan situasi politik tanah air serta pilihan yang ada pada PAS masa kini.
“Saya tidak yakin PAS akan tolak Umno begitu saja. Masalah 27 kerusi kritikal bermain dalam kepala PAS,” kata Mohd Sayuti Omar, penulis politik yang mengikuti perkembangan PAS lebih 50 tahun.
Kerusi kritikal yang Sayuti maksudkan ialah kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, dan Sabah. Peratus pengundi Melayu di kawasan berkenaan dianggarkan 50% hingga 60%. Semua kerusi itu dimenangi Pakatan Harapan menerusi calon PKR, Amanah, dan DAP pada PRU14.
“Kalau masalah kerusi kritikal tidak diselesaikan, harapan untuk menang pada pilihan raya akan datang sukar,” kata Sayuti. Kata beliau lagi, PAS akan terus berusaha “menggunakan alasan perpaduan ummah untuk berbaikkan Umno dengan Bersatu”.
Menurut Sayuti, PAS “sangat memahami” jika Umno dan Bersatu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan antara mereka di 27 kerusi kritikal itu, “harapan kelompok bernuansa Melayu-Islam menang tidak akan tercapai”.
Bagi Sayuti, gara-gara 27 kerusi yang dikategorikan sebagai kritikal itu menyebabkan Umno, PAS, dan Bersatu “seperti sedang meroyan” dan ketiga-tiganya masih tercari formula terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Walaupun mendakwa semua dibuat atas landasan perpaduan ummah “demi bangsa dan agama”, hakikatnya seperti kita semua maklum, tujuannya ialah untuk menang pilihan raya, meskipun bak kata Sayuti, dasar itu boleh dilihat bersifat “rasis” dalam konteks masyarakat Malaysia. Namun, itu modal besar PAS.
Kita kerap diberitahu akar umbi PAS dan Umno mahu parti mereka berbaik-baik demi perpaduan saudara seagama. Namun bagi saya, PAS dan Umno semasa menubuhkan Muafakat Nasional (MN) pada 2019 percaya, malah yakin, kemenangan PRU15 akan mereka perolehi, jika kedua-dua parti bersatu. Kalau tidak bergabung, bekerjasama paling tidak.
Tetapi, saya berpendapat PAS lebih selesa duduk dalam gabungan yang dianggotai Bersatu. Lantas, Perikatan Nasional (PN) kerana parti pimpinan Muhyiddin lebih “mudah” atau lebih “lembut” apabila soal agihan kerusi dibincangkan, berbanding Umno yang pasti akan “keras kepala” dan tidak berganjak apabila membuat tuntutan.
Dari sudut lain, PAS bersama Umno dalam MN akan menyaksikan Umno dominan. PAS bersama Bersatu dalam PN, PAS lah dominan.
Selepas pertemuan Muhyiddin dan Hadi pada 26 Sept lalu, presiden Bersatu itu memberitahu: “Kita (maksudnya Bersatu dan PAS) bersetuju rundingan kerusi untuk PRU15 dimuktamadkan segera. Ini akan disegerakan, maknanya sudah sampai tahap pembahagian kerusi.” Ertinya semua sudah atau hampir beres. Begitu?
Ertinya, soal siapa bertanding di mana digunakan sebagai “bargaining chip” untuk Bersatu dan PAS mencapai matlamat masing-masing.
Berbalik kepada soalan adakah PAS akan meninggalkan Umno seperti yang Muhyiddin faham gambaran yang diberikan Hadi kepadanya?
Kata Sayuti, PAS “benar-benar jadi ‘mediator’ untuk selamatkan keadaan.” Saya melihat “selamatkan keadaan” ialah “selamatkan diri sendiri”. Apa pun, bagi Sayuti, dalam keadaan tertentu, PAS sedia membahagi-bahagikan dirinya untuk Umno dan Bersatu. “Siang jadi isteri (kepada Umno), malam jadi gundik (kepada Bersatu),” kata beliau.
Lagi satu persoalan penting, kata Sayuti: “Pokoknya, sejauh mana Umno dan Bersatu meyakininya (mempercayai PAS)?”
Seorang pemerhati politik – cukup berpengalaman yang pernah terbabit dalam percubaan mendamaikan Umno-PAS ketika kedua-dua parti itu berperang sengit pada 1990-an melontar pendapat sinis: “Elok semua parti Melayu duduk dalam bumbung teguh. Adakan tiga jawatan timbalan perdana menteri. Parti menang kerusi terbanyak dilantik perdana menteri.” Tetapi kata beliau lagi: “Kena buat perjanjian bertulis.”
Jika saya boleh mencelah – Persoalan yang timbul, adakah ini hanya membabitkan PAS, Umno, dan Bersatu? Bagaimana pula Gerakan Tanah Air yang juga berwajah Melayu-Islam?
Namun, menempatkan semua parti Melayu bawah satu bumbung akan menyaksikan “segregation”, yakni “kami” orang Melayu dan “mereka” orang bukan Melayu. Melayu di sebelah pihak, orang bukan Melayu di satu pihak lain (yang pasti ada juga orang Melayu-Islam bersamanya).
Mengambil kira peranan (kuasa?) Sabah dan Sarawak sebagai penentu siapa boleh bentuk kerajaan pusat, formula itu pada hemat saya, tidak akan mengukir kejayaan. Sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat.
Maka, mungkin “terpaksalah” PAS meneruskan peranan (meminjam kata-kata Sayuti) siang jadi isteri, malam jadi gundik. Besar pengorbanan itu.
 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/siang-jadi-isteri-malam-jadi-gundik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perangkap Makan Diri Si Pelacur Di Malam Gelap Gundik Di Siang Bolong

Perangkap Makan Diri Si Pelacur Di Malam Gelap Gundik Di Siang Bolong

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 130 hits
Akhirnya percaturan politik parti agama bulan gerhana yang membawa slogan politik sejahtera memakan diri sendiri Hasrat parti agama itu untuk jadi king maker dan menajakan projek perpaduan ummah dah jadi King Kong Zahid Hamidi mendedahkan p...
Kita Tambah 1 Lagi Warga Malaysia Isteri Hamil Datuk Lee Chong Wei Bakal Timang Anak Ketiga

Kita Tambah 1 Lagi Warga Malaysia Isteri Hamil Datuk Lee Chong Wei Bakal Timang Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 165 hits
Perkongsian bekas atlit badminton negara yang cukup disegani Datuk Wira Lee Chong Wei di Instagramnya tidak pernah sama sekali menghampakan kita Ada sahaja ayat spontannya yang menyuntik semangat dan kekitaan dalam hati rakyat Malaysia Berb...
Salah Faham Agihan Wang Jual Tanah Suami Tergamak Tembak Isteri

Salah Faham Agihan Wang Jual Tanah Suami Tergamak Tembak Isteri

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 146 hits
Gara gara tidak berpuas hati dengan agihan wang jual tanah pergaduhan sepasang suami isteri warganet emas berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila kedua duanya maut dengan kesan tembakan Kejadian tersebut berlaku di Kampung Labu Jerant...
Pesara Bunuh Diri Selepas Tembak Isteri

Pesara Bunuh Diri Selepas Tembak Isteri

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 169 hits
SEORANG pesara Pejabat Perhutanan Jerantut nbsp ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu Jerantut dekat Kuantan hari ini Ketu...
Masa Hamil Isteri Suka Sayur Berdaun Hijau Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Kira

Masa Hamil Isteri Suka Sayur Berdaun Hijau Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Kira

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 152 hits
Kebolehan luar biasa Siapa sangka anak yang baru berusia 2 tahun mempunyai kebolehan untuk membaca mengira dan mengetahui planet Kalau diikutkan di usia ini anak anak sedang dalam proses untuk bercakap dan belajar bersosial Namun bagi pasan...
Lepas Pantang Dah Macam Anak Dara Raikan Isteri Baru Lepas Pantang Hafiz Mahamad Di Puji

Lepas Pantang Dah Macam Anak Dara Raikan Isteri Baru Lepas Pantang Hafiz Mahamad Di Puji

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 136 hits
Suami mana yang tidak merindui isterinya selepas berpantang lama di kampung Bukan hanya rindukan anak bahkan isteri yang ditinggalkan lama bagi memberi peluang untuk berehat panjang Suami kepada usahawan dan influencer Syafiqah Aina Hafiz M...
Makan Tengah Malam Dengan Syukor Burger

Makan Tengah Malam Dengan Syukor Burger

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 417 hits
Makan Tengah Malam dengan Syukor Burger Hal malam semalam Me and my sisters tengok circus kat Aeon Bandar Dato Onn Johor semalam Balik dari show perut terasa lapar Aku nak elak makan tengah malam sebenarnya tapi disebabkan jarang jarang dat...
Percutian 3 Hari 2 Malam Di Ames Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Di Melaka

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Ames Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 242 hits
hai assalammualaikumPercutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Bila anak anak dah seru mommy bila kita nak tidur hotel terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap Anak ...
Ekoran Kanak Kanak Cuba Terjun Tingkat Empat Kondo Suami Isteri Ditahan Disyaki Mendera Anak Saudara

Ekoran Kanak Kanak Cuba Terjun Tingkat Empat Kondo Suami Isteri Ditahan Disyaki Mendera Anak Saudara

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 219 hits
BernamaBomba berkata kanak kanak lelaki berusia lapan tahun yang diselamatkan itu dipercayai didera KUALA LUMPUR Polis menahan suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudara mereka di sebuah kondominium di Taman Cahaya Ampang petang t...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Utilizing Crowdfunding For Business

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak