Sia Sia Pertahankan Zahid Hamidi Umno Wajar Adakan Pemilihan Semula




Ada dua pendapat berhubung kedudukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi selepas beliau didakwa di mahkamah atas 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram.


Satu pendapat mahukan beliau diberi cuti atau jawatannya sebagai Presiden UMNO digantung sehingga beliau menyelesaikan kesnya di mahkamah.


Ini adalah amalan biasa yang dilakukan UMNO sejak sekian lama di mana siapa saja pemimpin parti yang didakwa di mahkamah, jawatannya akan digantung dan dipangku oleh pemimpin yang berada di bawahnya.


Peraturan itu dilakukan bagi menjaga nama baik UMNO agar tidak terkait dengan mana-mana pemimpin yang didakwa di mahkamah.


Satu lagi pendapat mahukan Zahid Hamidi terus memegang jawatan Presiden UMNO atas alasan segala pertuduhan yang dihadapinya itu adalah bermotif politik semata-mata.


Kata mereka, selain pendakwaan itu lebih bertujuan untuk melemahkan UMNO, Zahid Hamidi juga baru saja memegang jawatan Presiden UMNO beberapa bulan yang lalu.


Dengan itu, tambah mereka, memberi cuti atau menggantung jawatan Zahid Hamidi adalah tidak logik kerana beliau terlalu baru memegang jawatan itu.


Jadi, apa yang sebaiknya?


Beri cuti dan gantung jawatan Presiden UMNO yang dipegang oleh Zahid Hamidi atau biarkan beliau terus memegang jawatan tersebut dan pergi ke kandang orang salah di mahkamah selaku Presiden UMNO?


Dari segi pertuduhan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi, dapat dilihat bahawa ia adalah kes yang jelas, mudah dan sama sekali tidak sukar, tetapi barangkali susah untuk membela diri.


Lantaran itu, sukar untuk mengatakan pertuduhan itu semata-mata bermotif politik atau bertujuan untuk melemahkan UMNO, kecuali jika Zahid Hamidi benar-benar dapat membuktikan beliau tidak terlibat sama sekali dalam semua pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram itu.


Dari segi UMNO pula, adalah membuang masa saja jika mereka terus berpendirian mahu mempertahan dan membela Zahid Hamidi kerana masyarakat secara umumnya lebih mudah mempercayai apa yang terkandung dalam pertuduhan itu berbanding apa jua pembelaan di kemudian hari.


Hakikatnya, tiada ada lagi yang dapat dipertahankan tentang Zahid Hamidi berkaitan 45 pertuduhan yang sedang dihadapinya itu.


Meskipun memberi cuti atau menggantung jawatan adalah amalan yang biasa dilakukan UMNO sebelum ini, tetapi dalam kes Zahid Hamidi dan dalam usaha membawa UMNO keluar daripada imej buruk berkaitan rasuah dan mengumpul kekayaan, langkah itu jelas tidak lagi memadai.


Ini kerana jika Zahid Hamidi digantung jawatannya, pemimpin yang akan memangku jawatan Presiden UMNO ialah Mohamad Hassan yang sekarang adalah Timbalan Presiden UMNO.


Seperti mana yang bukan rahsia lagi, Mohamad Hassan masih ada kes terdahulu di SPRM berkaitan tindakannya beberapa tahun sebelum ini menghantar wang tunai RM10 juta ke London melalui pengurup wang untuk tujuan membeli hartanah di sana.


Jika dulu kes beliau dilindungi kerana BN yang memerintah negara, apakah tidak mustahil ia kini akan dibuka semula selepas ini dan beliau juga bakal dibawa ke mahkamah untuk diadili?


Apa akan jadi kepada UMNO jika selepas memangku jawatan Presiden parti, Mohamad juga akhirnya dibawa ke mahkamah atas dakwaan rasuah atau pengubahan wang haram?


Tidakkah sekali lagi UMNO akan menerima nasib malang?


Dengan itu, memberi laluan kepada Mohamad Hassan memangku jawatan Presiden UMNO bukanlah langkah yang selamat untuk masa depan parti itu.


Lagi pula, Mohamad Hassan hanyalah seorang Adun dan tidak pernah dalam sejarah UMNO selama ini seorang yang bukan Ahli Parlimen menjadi Presidennya.


Realitinya UMNO mesti dipimpin oleh seorang yang menjadi Ahli Parlimen kerana percaturan utama yang diperjuangkan ialah untuk mentadbir negara melalui jawatan Perdana Menteri.


Langkah yang paling praktikal dan tepat ialah selain Zahid Hamidi mesti diundurkan daripada jawatannya, MT UMNO juga wajar membuat keputusan agar pemilihan pucuk pimpinan diadakan semula sebagaimana yang disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.


Melalui pemilihan semula itu, perwakilan UMNO boleh memilih seorang pemimpin yang benar-benar bersih, berwibawa dan diyakini sebagai Presiden dengan matlamat untuk membina dan menjulang semula nama parti.


Calon yang sesuai boleh jadi Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin, Hishammuddin Hussein atau sesiapa saja yang dirasakan layak, berwibawa serta bersih untuk menerajui UMNO.


Tetapi awas, bagi pemimpin yang tuan punya badan tahu ada pekung, kurap dan kudis berselerakan di badan sendiri ketika menjadi menteri sebelum ini, lebih baik awal-awal tidak menawarkan diri kerana jika jenis itu yang menerajui UMNO,  ia pasti akan  sekali lagi mengundang petaka kepada parti itu.


UMNO wajib memilih pemimpin yang benar-benar bersih yang tidak ada kes lampau yang buruk untuk menerajui parti itu jika ingin diterima semula oleh rakyat pelbagai kaum dan lapisan di negara ini. (ShahbudinHusin 21/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/sia-sia-pertahankan-zahid-hamidi-adakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Akan Ditahan Sprm Esok

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Akan Ditahan Sprm Esok

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 358 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini petang esok sebelum didakwa di mahkamah sehari selepas itu Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis...
Zahid Hamidi Memalukan Melayu Perlu Dipecat Sebagai Presiden Umno

Zahid Hamidi Memalukan Melayu Perlu Dipecat Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 977 hits
TOPIK perbualan paling popular di kalangan pemimpin Umno ialah perlukah Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden Umno berikutan dakwaan rasuah dan pecah amanah melibat RM114 juta Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan...
Anak Zahid Hamidi Buat Perkara Bodoh Dan Sia Sia

Anak Zahid Hamidi Buat Perkara Bodoh Dan Sia Sia

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 564 hits
Anak Zahid Komedi kata berdemo satu kerja buang masa tidak relevan sia sia dan KERJA BODOH OGOS 2015 Demo kerja buang masa tidak relevan sia sia dan KERJA BODOH OKTOBER 2018 Anjur demo di ibu pejabat SPRM itu kerja apa Maknya pula nak demo ...
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 420 hits
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut
Ds Zahid Hamidi Masih Mengungguli Carta

Ds Zahid Hamidi Masih Mengungguli Carta

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 386 hits
Sekiranya 3 tokoh kleptokrat di atas didapati bersalah atas semua pertuduhan ke atas mereka itulah hukumannya Masuk jel cuma keluar sebagai jenazah DS Zahid masih ranking champion diikuti rapat oleh Rosmah Mansur Amat mengejutkan Najib Raza...
Zahid Hamidi Mengadakan Pertemuan Sulit Presiden

Zahid Hamidi Mengadakan Pertemuan Sulit Presiden

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 412 hits
Pertemuan sulit diantara Zahid Hamidi selaku presiden UMNO bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti lain dikatakan menjadi persoalan setiap anggota parti adakah ianya pertemuan sulit yang membincangkan hala tuju yang lebih jelas selepas ka...
Dakwaan Seleweng Dana Umno Akan Bincang Kedudukan Zahid

Dakwaan Seleweng Dana Umno Akan Bincang Kedudukan Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan membincangkan kedudukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu terlibat dalam kes penyelewengan dana sebuah yayasan Naib Presi...
Former Malaysia Dpm Zahid Hamidi Arrested By Anti Graft Agency

Former Malaysia Dpm Zahid Hamidi Arrested By Anti Graft Agency

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 285 hits
Malaysia s former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi was arrested by the country s anti graft agency on Thursday He faces several charges linked to the alleged misappropriation of funds from a welfare foundation that he chairs Dr Ahma...
Ahmad Zahid Sahkan Dipanggil Sprm Minta Tidak Adakan Perhimpunan

Ahmad Zahid Sahkan Dipanggil Sprm Minta Tidak Adakan Perhimpunan

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 337 hits
Ahmad Zahid HamidiPresiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya tiada sebarang perhimpunan diadakan pada Rabu ini di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Katanya kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game