Shower Beef Best In Town Rof Dee Ded
Siapa kat sini peminat makanan Thai? Pssst aku nak share dengan korang, 'port' baru untuk korang yang sukakan makanan Thai terutama mee dan masakan panas dari Thai. Rod Dee Ded Uptown Damansara menyajikan menu istimewa Thai noodle dan masakan panas Thailand . Dan untuk pengetahuan korang, ini adalah outlet pertama dibuka di Malaysia. Telah beroperasi sejak tahun 1965 di Bangkok, Thailand
Rod Dee Ded Uptown Damansara
No pork, No Lard
Rod Dee Ded bermaksud sedap ,lazat. Apa yang istimewanya ia berbanding restoran makanan Thai yang lain, kerana menyajikan menu utama seperti mee ( Thai noodle ) bersama kuah sup istimewa yang direneh selama 10-12 jam. Dan menu paling ' rare ' adalah ' shower beef
Hah macam tu tutorial nak serve Showe Beef.. Unik
Macam² pilihan menu
Shower Beef ni korang wajib cuba kalau berkunjung ke Rod Dee Ded. Kenapa ' shower ? ' Apa shower beef tu ? heheh... Shower beef ni hidangan daging yang di makan dengan cara ' mandikan ' hirisan daging tu dengan kuah sup yang panas. ..kuah sup dijirus² pada daging...
Pilihan daging wagyu yang Halal, fresh
Memang juicy, empuk sangat daging wagyu yang digunakan
Daging yang digunakan adalah Australian wagyu premium dan prime wagyu. Halal ke ??? Ya kesemua bahan masakan yang digunakan adalah halal.
First time makan ' shower beef ' agak unik cara penyajiannya..tapi serius...dagingnya sangat fresh, juicy, empuk....paling best makan dengan sup pedas dan dengan tambahan sayuran
Set Shower Beef lengkap dengan pilihan sayuran, mee, dan bebola daging
Wajib try Oysterblade sedap sesangat...Selain boleh cuba Striploin atau Rib eye yang sememangnya unik dari segi rasa, tekstur dan kualiti. Memang berbaloi dan sedap..
Kalau macam Hot Pot ' shower beef ' ni...agak makan masa nak makan,sebab kena shower kan daging, kalau korang nak cepat, rushing...boleh je order yang dah siap di shower....
Boleh order :1.Hotpot ( sup original / sup pedas 2. A la carte ( boleh pair dengan nasi / mee )
Sedap, crispy walau dah sejuk hehe
Fried Chicken Wings RM 9.80. Selain Hot Pot, Thai Noodles...ada juga chicken wing..sangat crispy, dan berempah...sedap cicah dengan sos Thai
Memang unik dan rasa masakan Thai original
Banyak lagi menu best² kat sini, antaranya Pad Ka Pow RM 13.80 .... wah rasa Thai 100% sebab kesemua bahan,even rempah ratus semuanya dibawa dari Thailand. Sedap , ada rasa Thai basil..kepingan daging ayam yang empuk
Rod Dee Ded Chicken Green Curry
Chicken Green Curry RM 18 , banyak porsinya. Kari Hijau Thai yang wangi...pekat huh sedap makan dengan nasi panas tu...even pekat..tapi tak memualkan. Ayam pun just nice....empuk...dan sesuai untuk anak² juga
Selain shower beef, ini adalah menu fav aku... Meriah weh semangkuk tu.. Heaven nya
Meat Ball, Beef Slices and Brisket RM 23.80 salah satu fav aku .serius !!! Aku prefer dengan sup pedas ..baru umphhhh..ketulan daging empuk..berjus pehhhh...glass noodle yang anjal...dapnya
Pad Kee Mao
Pad Kee Mao ni lagi satu wajib cuba, cuma RM 16.80. Serius...lain rasanya dari yang pernah aku try sebelum ni. Pure sangat rasa rempah² Thai. Pedas...yesss pedas sedap..tekstur ala² keaw teaw tu..dalamnya meriah dengan sayuran..daging
So kalau korang tercari² makanan Thai lain dari yang tipikal atau penggemar daging, thai noodle boleh lah cuba makan di sini.Harga pun ok....berbaloi..dan porsinya banyak juga paling penting Halal dan rasa masakan Thai yang pure
Rod Dee Ded SS21 15, Jalan SS 21/37,Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamadarwiish.com/2019/05/shower-beef-best-in-town-rof-dee-ded.html