Shazliey Lee Terus Mengaum Dalam Bidang Seni
Menemubual pemilik bernama Shazliey Lee atau nama asalnya Sharma Azli Bin Ramli adalah misi yang mudah buat penulis kerana beliau memberikan kerjasama yang baik. Walaupun sering memegang watak antagonis di kaca tv, hakikatnya di luar Shazliey adalah seperti lelaki budiman yang lain
Beliau merupakan anak kelahiran Serian Sarawak pada Mei 1982 dan kini menginjak usia 37 Tahun. Beliau adalah anak ke-2 dari 7 adik beradik. Ibu Bapa beliau adalah kelahiran Perlis Indera Kayangan dan oleh kerana Bapa Shazliey Lee adalah seorang Anggota Polis DiRaja Malaysia yang merantau, menyebabkan beliau lahir di tanah Bumi Kenyalang tersebut
Pengalaman Shazliey Lee dalam seni bermula lebih kurang dalam awal 90an apabila beliau di bangku sekolah rendah dimana beliau mula berjinak dalam pementasan teater, tarian kebudayaan, musik dan nyanyian melalui program-program anjuran sekolah rendah sehingga menjurus penglibatan beliau bersama JKKN Pulau Pinang dalam program-program peringkat kebangsaan seperti perkampungan teater kebangsaan, citrawarna malaysia serta beberapa ekspo kebudayaan anjuran kerajaan negeri seluruh malaysia
Tidak cukup dengan itu, Shazliey Lee bersama rakan - rakannya melalui Kumpulan “Anak Mutiara” telah menyertai program pentas realiti “Sinaran Passport Kegemilangan” anjuran sebuah televisyen swasta tempatan pada tahun 2000
Bertitik tolak dari itu, Shazliey Lee mengembangkan lagi pengalamannya dalam Pengacaraan Pentas, Nyanyian serta bermain alat musik dengan bersama JKKN Pulau Pinang dan beberapa Pihak Pengurusan Pentas Kerajaan dan Swasta. Antara program2 pentas yang di ceburi adalah seperti “Gema Boria Semutiara Pulau Pinang, Roadshow “Citrawarna Kebangsaan” seluruh negara, Pementasan bersama Duli2 Yang Maha Mulia Pemimpin2 Negeri dan Negara
Pada tahun 2003 Shazliey Lee telah berhijrah ke pantai timur dan dalam masa yang sama masih aktif dalam acara-acara pentas. Pada kali ini beliau telah melangkah setapak kehadapan dengan menjadi pengacara pentas sukan antarabangsa seperti “Monsoon Cup Challenge, Kenyir International Iron Man Challenge, Kenyir International Extreme Games (MTB/BMX) dan banyak lagi. Di samping itu beliau juga masih aktif dengan program2 anjuran pengurusan pentas swasta tempatan serta kerajaan negeri terengganu sehingga 2008 kerana beliau berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung pengajian pendidikan di UiTM Shah Alam dalam pengajian Sains Sukan
Di Kuala Lumpur, Shazliey Lee tidak menghentikan aktiviti seninya dimana beliau masih lagi menjadi pengacara pentas, penyanyi dan pemusik sambilan. Cuma, beliau tidak begitu aktif oleh kerana kekangan masa antara Komitmen Kerja, Pengajian dan Minat sehinggalah beliau tamat pengajian dalam 2012
Bermula dari 2014, Shazliey Lee mengorak langkah sekali lagi apabila dari Layar Pentas beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang dalam Layar Filem dan Drama dimana beliau telah muncul sebagai koncho pailang lakonan pelakon lelaki otai Aman Graseka dalam filem “Abang Long Fadhil” dimana aksi lagak ngeri “STUNT” pun turut dilakukan sendiri oleh beliau dalam filem tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau muncul lagi dalam telefilem “Dendam Roh Alia” dengan memegang watak sebagai Salim bersama-sama pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Fouziah Gouse dan ramai lagi
Sehingga sekarang, Shazliey Lee masih aktif sebagai Pelakon, Penyanyi, Pemusik, Pengacara Pentas, serta Penulis Lirik (LAGU RUNUT BUNYI FILEM OPERASI X NYANYIAN DATO AWIE WINGS - LARI). Sebagai pelakon, sehingga kini beliau telah muncul dengan memegang beberapa buah watak dalam lebih 10 filem, lebih 20 telefilem, lebih 50 siri drama tempatan dan beliau masih mempelajari bidang lakonan bagi memantapkan pengalaman serta mematangkan dirinya dalam bidang yang diminatinya semenjak kecil ini
Bercakap tentang watak beliau dalam filem terbaru terbitan Millionaire Films Production "Amukan Kuntilanak" sebagai watak pembantu iaitu Jai bersama sama (Faiz Zulkifli @ KATEK) yang merupakan orang kanan Wak Yanto (Kamarul Hj Yusuf)
"Perasaan ketika menerima tawaran ini sudah tentunya dengan penuh kesyukuran walaupun acapkali diberi peranan antagonist saya tetap terimanya kerana ini adalah tuntutan kerja dan ianya merupakan rata-rata pilihan produksi yang mungkin lebih selesa memberi saya watak antagonist berbanding watak protagonists.""Yang penting, saya akan terus explore dan explore ruang-ruang yang ada supaya saya tidak menjadi begitu selesa dengan pencapaian yang ada...Jadi apa pula cita-cita dan harapan tentang filem ini
"Cita-cita saya dan harapan tentang filem ini adalah doa dan usaha agar filem ini menjadi pesaing yang hebat dikalangan filem-filem seram tanahair mahupun seantero nusantara ini..."
Selain itu, apa perancangan lain di masa akan datang
"Terus kembangkan bakat yang ada dan cuba sedaya mungkin untuk dapat kepercayaan produksi bagi mendapat tawaran watak-watak utama dalam projek-rpohejk yang akan datang... Insha’Allah..."
Begitulah sedikit sebanyak temubual Media Viral dengan Shazliey pelakon berkaliber ini. Kami doakan agar perjalanan seni Shazliey terus sukses!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/08/shazliey-lee-terus-mengaum-dalam-bidang.html