Sg Golok Semakin Surut Akibat Cuaca Panas Di Kelantan


Bernama 
   
Cuaca panas yang berlaku di Kelantan sejak kira-kira dua minggu lepas menyebabkan paras air Sungai Golok yang menjadi ‘batu sempadan’ antara Malaysia dan Thailand di negeri ini, semakin susut.

Tinjauan Bernama ke Rantau Panjang mendapati keadaan itu menyebabkan pembentukan beting pasir di tengah sungai sekali gus menyebabkan kesukaran kepada pengusaha bot penambang melakukan aktiviti mereka.

Selain itu, tinjauan Bernama dekat Kampung Jeram Perdah pula mendapati jarak antara Malaysia dengan Thailand menjadi ‘lebih dekat’ berikutan sungai tersebut menjadi seperti parit dengan jarak kira-kira 4 meter.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan boleh menyeberang ke negara jiran secara berjalan kaki sahaja kerana batu yang berada di tengah sungai sudah timbul dan rapat ke negara jiran.

Seorang pengendali bot penambang, Din Mamat, 50, berkata berikutan fenomena itu, pemandu bot perlu lebih berhati-hati ketika mengendalikan bot mereka kerana bimbang terlanggar bongkah kayu atau batu yang berada di dasar sungai yang semakin cetek.

Beliau berkata malah ada juga bot yang tersangkut pada pasir kerana dasar sungai yang terlalu cetek sehingga menyebabkan ia terpaksa ditolak kerana enjin galah juga tidak mampu berfungsi.

“Namun keadaan itu juga menarik perhatian penduduk setempat terutama kanak-kanak dari kedua-dua negara yang tinggal di tebingan sungai untuk mandi-manda di sungai berkenaan terutama pada waktu petang.

"Sekiranya air semakin mengering saya jangka keadaan di sungai ini akan menjadi seperti ‘pesta’ sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lepas sehingga ada yang datang berniaga di sungai ini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Seorang penduduk Kampung Jeram Perdah, Ismail Awang, 60, berkata fenomena cuaca panas menyebabkan pengendali bot tidak serancak seperti biasa kerana penduduk boleh melintasi kawasan sempadan dengan berjalan kaki sahaja.

"Sebelum ini kawasan ini menjadi tumpuan penduduk memasang pukat dan memancing tetapi sekiranya air semakin surut mungkin menyukarkan usaha nelayan darat mencari rezeki," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menunjukkan paras air Sungai Golok berada pada paras 3.58 meter berbanding paras normal 5 meter.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula menurun kepada 7.30 meter berbanding paras normal 10 meter manakala Sungai Kelantan di Air Mulih, Pasir Mas menurun kepada 1.57 meter berbanding paras normal 4 meter.

Bagaimanapun, paras air di kebanyakan sungai di Hulu Kelantan seperti Gua Musang dan Kuala Krai masih dalam keadaan normal.

Kelantan kini dilanda cuaca panas walaupun masih berada dalam monsun Timur Laut.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/sg-golok-semakin-surut-akibat-cuaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Panas Melampau Paras Sungai Tembeling Surut Luar Biasa

Cuaca Panas Melampau Paras Sungai Tembeling Surut Luar Biasa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 563 hits
Jerantut 4 3 2019 Cuaca panas melampau sejak beberapa minggu lalu menyebabkan paras air di Sungai Tembeling surut luar biasa Dibeberapa kampung di Ulu Tembeling penduduknya menyuarakan kerisauan mereka berikutan kepayahan perhubungan Rata r...
Doa Ketika Cuaca Panas Melampau

Doa Ketika Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 2140 hits
Usah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan Ertinya Wahai sekalian orang orang yang beriman Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahy...
Cuaca Panas Cecah 36 9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak Kedah Amp Perlis

Cuaca Panas Cecah 36 9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak Kedah Amp Perlis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 364 hits
Cuaca panas melampau kian hari kian terasa Keluar sahaja rumah bahang haba yang terasa sungguh membuatkan aktiviti harian kita sedikit terbatas Negara kita kini mengalami cuaca panas yang berterusan push
Waspada Lakukan Aktiviti Luar Ketika Cuaca Panas

Waspada Lakukan Aktiviti Luar Ketika Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 369 hits
Waspada lakukan aktiviti luar ketika cuaca panas Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 25 Feb 2019 8 37PM
Laporan Cuaca Panas Oleh Mmd Mestecc

Laporan Cuaca Panas Oleh Mmd Mestecc

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1203 hits
Lagi pasal cuaca panas bak hang Moga kita semua dilindungi Allah S W TKredit MMD MESTECC
Inilah Cara Paling Senang Buat Air Katira Yang Sangat Sesuai Diminum Terutamanya Cuaca Yang Sangat Panas Sekarang

Inilah Cara Paling Senang Buat Air Katira Yang Sangat Sesuai Diminum Terutamanya Cuaca Yang Sangat Panas Sekarang

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1020 hits
Minuman ini popular terutamanya di negeri Johor Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan India Selatan dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air kat...
Isi Minyak Dalam Cuaca Panas Tak Rugi Pun Lelaki Ini Bongkar Mitos Tentang Waktu Terbaik Isi Minyak

Isi Minyak Dalam Cuaca Panas Tak Rugi Pun Lelaki Ini Bongkar Mitos Tentang Waktu Terbaik Isi Minyak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 389 hits
Sebagai pengguna kenderaan anda pastinya pernah dengar tentang hal tentang waktu terbaik untuk isi minyak agar lebih menguntungkan Katanya isi minyak pada dalam cuaca yang panas akan merugikan kerana kononnya ia lebih meruap lalu buat kita ...
Cuaca Panas Mula Berbekas 2

Cuaca Panas Mula Berbekas 2

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 285 hits
CUACA PANAS MULA BERBEKAS 2HARIAN METRO SETEMPAT 28 02 2019 M S 3
Cuaca Panas Bawa Kesan Kepada Penjual Kelapa Di Penang

Cuaca Panas Bawa Kesan Kepada Penjual Kelapa Di Penang

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 350 hits
GEORGE TOWN 27 Feb Keadaan cuaca panas terik yang berlarutan di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini bagai menambahkan lagi rezeki untuk seorang penjual air kelapa muda di sini M Joel Jeyachandran 34 yang telah menjalankan perniagaan air kel...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah