Sewa Tapak Setahun Berniaga 3 Hari Sahaja


Wan Noor Hayati Wan Alias Salah seorang peniaga pasar malam di Seksyen 9, Bangi menunjukkan plakad rasa tidak puashati dengan MPKj semalam. BANGI – Kira-kira 300 peniaga di tapak Bazar Malam, Seksyen 9, di sini hanya ‘dibenarkan’ berniaga selama tiga hari oleh Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKj) walaupun sewa tapak perniagaan berkenaan selama setahun.
Perkara itu didedahkan susulan demonstrasi yang dilakukan para peniaga di tapak bazar tersebut semalam.
Difahamkan, tapak berkenaan keluasan 6,000 meter kaki persegi itu disewakan oleh anak syarikat Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), PI Brilliant kepada pihak penganjur Eta Global Resources Sdn Bdn dengan kontrak selama setahun bermula November 2019 lalu hingga Oktober ini.
Peniaga kecil-kecilan terbabit hanya berniaga tiga hari sahaja pada 15 Mac hingga 17 Mac lalu sahaja sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menyebabkan seluruh operasi ditutup sehingga kini.
Bagaimanapun setelah kerajaan membenarkan semua sektor perniagaan dibuka pada 10 Jun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk pasar malam, peniaga-peniaga di tapak berkenaan masih tidak dibenarkan beroperasi semula walaupun lesen mereka masih hidup.
Penganjur merangkap Pengarah Urusan Eta Global Resources Sdn Bhd, Datuk Mohd Shah Taib berkata, situasi itu membimbangkan para peniaga kerana mereka sudah kerugian besar khususnya keuntungan yang diharapkan sepanjang menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Kini mereka berharap untuk menebus semula kerugian dengan berniaga semula menjelang Hari Raya Haji tetapi MPKj masih belum memberikan memberikan kelulusan berniaga.
“Isunya, lesen sudah diberi tetapi MPKj mula memberi pelbagai alasan seolah-olah cuba melengahkan pembukaan tapak seperti contoh, kami diminta menyerah laporan mendapat kelulusan membina parit dan longkang daripada Jabatan Pengairan dan Saliran.
“Jika benar tidak cukup syarat, janganlah diberi lesen pada awalnya dan kami tidak perlu membayar sewa terlebih dahulu sehinggalah syarat dipenuhi.
“Ini tidak. Setelah lesen diberi bermacam-macam helah pula untuk meminta berbagai bayaran lagi namun tetap juga tidak dibenar berniaga.
“Kami juga sudah menyerahkannya ke Jabatan Kejuruteraan MPKj serta sudah dapat kelulusan dengan bayaran penalti RM25,000, bayaran cagaran RM25,000, wang proses RM401, wang cagaran penganjuran Bazar Malam RM3,000 dan cagaran pengurusan RM500.
“Setelah bayaran dibuat MPKj kata akan membenarkan operasi tetapi selepas bayaran dijelaskan Jabatan Kawalan Bangunan MPKj pula mempersoalkan tentang binaan bangunan sementara oleh peniaga di mana notis amaran diberi saat akhir sehari sebelum mesyuarat perlesenan, membuatkan kami tidak sempat melakukan persediaan.
“Sebulan sebelum itu seorang pegawai MPKj datang melawat ke tapak kami menyatakan tiada binaan kekal yang ada hanyalah binaan sementara tetapi tidak meminta kami menyerahkan kelulusan arkitek ke Jabatan Kawalan Bangunan,” katanya ketika ditemui semalam.
Pihak penganjur tapak pasar malam Eta Global Resources
Sdn Bhd sedang ditemubual oleh wartawan berhubung isu
peniaga di Seksyen 9 Bangi yang belum dibenarkan
beroperasi di Bangi semalam.Beliau mengulas tindakan sekumpulan peniaga berdemonstrasi di tapak Bazar Malam Seksyen 9 di sini dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka ekoran masalah yang dihadapi dengan pihak berkuasa tempatan.
Rata-rata mereka memegang plakad dan ada antaranya tertulis “Benarkan kami berniaga, jangan tambah susah kami’ dan sebagainya.
Turut hadir meninjau situasi peniaga adalah Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonom Islam Malaysia.
Tambah Mohd Shah, anehnya, lesen sudah diberi dan peniaga sudahpun berniaga selama tiga hari tetapi kenapa selepas PKP mereka tidak dibenarkan berniaga pula.
“Apa yang rakyat Selangor mahu adalah tempat untuk berniaga mencari rezeki, ramai yang hilang punca pendapatan takkan nak tunggu mereka berniaga di tepi jalan dan dihalau pula.
“Di mana ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sungai Ramal Mazwan Johar dan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang sepatutnya membela nasib peniaga bumiputera dan Melayu di daerah ini, hak mereka kian tertindas saban hari.
“Harapan kami agar Pejabat Menteri Besar Selangor campur tangan kerana merekalah yang memberi sokongan kepada kerajaan negeri pada pilihan raya yang lal, dan bakal menjadi pengundi pilihan raya akan datang.
“Jika benar ada ‘tangan ghaib’ yang melengah-lengahkan pembukaan tapak ini itu adalah di bawah kuasa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasatnya dan bukan kami,” tegasnya.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/sewa-tapak-setahun-berniaga-3-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah To Ki Akhirnya Pindah Rumah Baharu Tak Perlu Bayar Sewa Setahun

Alhamdulillah To Ki Akhirnya Pindah Rumah Baharu Tak Perlu Bayar Sewa Setahun

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 364 hits
To ki terima kunci rumah sewa baharunya SYUKUR tak terhingga Itu luahan yang diungkap berkali kali penyanyi dan komposer terkenal To ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat To ki atau Mohd Zaki Mansur 53 berkata dia t...
10 Hari Kebenaran Berniaga Tak Pulang Modal Salmah

10 Hari Kebenaran Berniaga Tak Pulang Modal Salmah

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 222 hits
Salmah Othman BANGI Tarikh 21 Julai terpahat sejarah kepada 300 peniaga Bazar Malam Seksyen 9 di sini diberi kebenaran berniaga semula selepas enam bulan tidak dibenarkan dan lesen mereka hampir tamat pada 31 Julai ini Bagaimanapun setelah ...
Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 453 hits
Seteleh bergelut dengan beberapa kontroversi membabitkan anak anak dan rumah tangga kini hidup To ki lebih terurus apabila dia telah menerima sebuah rumah kediaman baru untuk dia dan isterinya Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ustaz A...
Hiburan Dah Penat Berniaga Usahawan Kosmetik Aliff Syukri Rasa Nak Duduk Rumah Sahaja

Hiburan Dah Penat Berniaga Usahawan Kosmetik Aliff Syukri Rasa Nak Duduk Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 466 hits
Walaupun bergelar jutawan hasil perusahaan kosmetik dan barangan kecantikan Datuk Aliff Syukri mengakui dirinya berasa penat dan letih untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakannya selama ini Sentiasa berdepan dengan cabaran dalam p...
Doktor Beritahu Yang Bukaan Sudah 2cm Bella Astillah Tetap Sambut Hari Lahir Ayden

Doktor Beritahu Yang Bukaan Sudah 2cm Bella Astillah Tetap Sambut Hari Lahir Ayden

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pelakon Bella Astillah mencuri tumpuan apabila mengesahkan beliau hamil anak kedua sebelum ini Bella tetap mahu adakan sambutan ulang tahun kelahiran Ayden Selain itu beliau juga telah kembali menjadi isteri kepada Aliff Aziz ketika masih d...
Dbp Sokong Keputusan Kerajaan Jadikan Jumaat Hari Jawi

Dbp Sokong Keputusan Kerajaan Jadikan Jumaat Hari Jawi

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 505 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bahasa Dan Pustaka menyokong penuh keputusan kerajaan menjadikan Jumaat sebagai Hari Jawi kata Pengerusi Lembaga Pengelolanya Awang Sariyan Katanya keputusan kerajaan itu memberikan ruang untuk tulisan Jawi diletakkan pad...
6101 Perjumpaan Ketua Menteri Melaka Bersama Malakat Mall Dan Ppim Melaka Hari Ini 06 07 2020

6101 Perjumpaan Ketua Menteri Melaka Bersama Malakat Mall Dan Ppim Melaka Hari Ini 06 07 2020

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 440 hits
Ketua Menteri Melaka Datuk Haji Sulaiman Md Ali mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn Bhd Mohd Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan di Pejabat Ketua Menteri di...
Covid 19 13 Kes Baru Hari Ini

Covid 19 13 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 321 hits
PUTRAJAYA 13 kes jangkitan baru Covid 19 dilaporkan hari ini yang mana 8 daripadanya kes import Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata 5 kes lain adalah penularan tempatan Perkembangan ini menjad...
Hari Jumaat Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini Dr Zulkifli Menteri Jpm

Hari Jumaat Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini Dr Zulkifli Menteri Jpm

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 393 hits
Perkasa tradisi kebudayaan Dr ZulkifliKUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan hari Jumaat sebagai Hari Jawi bermula hari ini dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini M...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya