Setup Paling Murah Untuk Rakaman Audio Di Rumah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak tahun lepas, aku banyak mencuba untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik berbanding rakaman terus daripada mikrofon laptop ini. Ada beberapa jenis mikrofon yang aku cuba, dan ada juga yang dah hilang disebabkan aku tercicir semasa membawa mikrofon itu keluar buat kerja di sebuah kedai kopi.
contoh studio profesional yang menggiurkan Setelah begitu banyak cubaan, akhirnya aku dapat penyelesaian untuk rakaman audio yang lebih baik daripada biasa. Cuma kalau tempat tu ada banyak angin daripada kipas dan sebagainya, mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti rakaman audio.
Kali ni aku nak kongsi beberapa jenis mikrofon yang aku dah cuba dan apakah komponen yang diperlukan untuk memastikan semua mikrofon ini dapat berfungsi dengan baik.
Memilih mikrofon mengikut keperluan Mikrofon ni ada banyak jenis di pasaran, aku banyak belajar daripada youtubers luar negara yang berkongsi mengenai pelbagai cara untuk setup home studio dengan bajet yang rendah.
Aku bukanlah nak buat home studio pun, cuma dalam perancangan yang dah lama tertangguh ni, aku nak buat akademi online untuk sesiapa berminat, belajar mengenai web development, data management, analytics dan sebagainya.
Akademi ini aku akan kongsikan dalam bahasa melayu sahaja, mudahlah untuk sesiapa yang mungkin tak berapa mahir english untuk belajar kemahiran-kemahiran ini.
Dalam perkongsian kali ini, aku akan beritahu, mikrofon yang aku guna untuk rakaman di rumah, dan setakat ni, bagaimana prestasi mikrofon tersebut.
BM-800 Condenser Microphone Mikrofon ni aku beli dah lama, cuma tak berjaya nak dapatkan rakaman dengan kualiti yang baik disebabkan sebelum ni, meja kerja aku di ruang tamu. Memang terlalu banyak noise jika buat rakaman, tapi itu pun aku sempat jugalah rakam beberapa tutorial untuk group coaching yang aku kelolakan.
Mikrofon ini tak mahal harganya, tak sampai RM100 kalau tak silap waktu aku beli dulu, sekarang ni aku tengok, ada yang RM70-80 jer. Memang murah. Cuma kalau nak guna mikrofon ni dengan komputer, kena tambah phantom power (alat warna hitam atas kanan dalam gambar).
BM-800 ni didatangi lengkap dengan pemegang, kabel, air filter dan sarung mikrofon, tapi dia sangat sensitif dan mudah betul nak rekod bunyi-bunyi di sekeliling. Memang mencabar nak rakam guna mikrofon ni kalau berada di ruangan terbuka.
Kalau ada bilik tertutup, barulah sesuai untuk buat rakaman tanpa gangguan yang teruk.
Boya by-mm1 Mikrofon ni sebelum ni aku try guna kat luar dengan telefon, tapi pelik sebab kualiti bunyinya sangatlah teruk. Ini adalah mikrofon jenis short-gun yang boleh digunakan bersama laptop mahupun telefon tanpa perlu penambahan kuasa phantom seperti mikrofon BM-800 sebelum ni.
Pakejnya kecil sahaja, dan harganya pun tak berapa mahal. Boleh dapat dalam harga RM75-85 gitu dalam pasaran sekarang. Ada lengkap dengan beg, kabel, shortgun mic dan penapis udara untuk mikrofon tu (yang bulu-bulu tu).
Sebenarnya mikrofon ni pun power juga, cuma aku tak ada satu benda lain untuk menjadikannya power, benda tu aku nak share seterusnya ni.
Audio splitter Lama juga aku baru bertemu dengan penyelesaian ni, padahal sebelum ni dah pernah guna. Aku siap beli usb audio splitter tapi tak berkesan. Akhirnya 3.5mm Jack Aux Extension Cable Headphone+Mic Audio Splitter ni yang menyelamatkan aku daripada kumpul duit untuk beli mikrofon lebih mahal.
Lama juga aku buat research pasal setup ni, akhirnya barang yang harga RM8.90 ni akhirnya menyelesaikan segala permasalahan. Memanglah seronok bila masalah dah selesai kan.
So kalau anda nak buat rakaman di rumah, aku syor untuk beli 2 benda sahaja.
Mikrofon boya by-mm1 tu dan kemudian tambah audio splitter ni, terutama jika laptop anda ada 1 sahaja lubang 3.5mm jack ni. Kalau memang dah ada dua lubang berasingan tak ada keperluan untuk guna audio splitter ni.
Dengan kos tak sampai RM100 anda akan dapat buat rakaman audio yang lebih berkualiti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eizil.com/setup-paling-murah-untuk-rakaman-audio-di-rumah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=setup-paling-murah-untuk-rakaman-audio-di-rumah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 Cara Beli Rumah Pertama Paling Mudah

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 Cara Beli Rumah Pertama Paling Mudah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 464 hits
Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 Cara Beli Rumah Pertama Paling Mudah Adakah saya layak untuk memohon Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Skim Jaminan Kredit Perumahan dengan mudah dan pantas
Audio Books Buku Cerita Kanak Kanak Murah Di Ninso

Audio Books Buku Cerita Kanak Kanak Murah Di Ninso

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 733 hits
Mrs Pip beli buku cerita murah di Ninso Ya murah memang murah barang barang di Ninso satu barang dijual pada harga RM2 30 sahaja pandai pandailah memilih sesuai dengan harga Dalam banyak banyak barang book section memang menjadi perhatian M...
Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 354 hits
Satu rakaman audio telah dikongsikan di Twitter yang membuktikan Johnny Depp tidak bersalah atas tuduhan mendera Amber Heard Dalam rakamn audio tersebut dapat didengari Amber mengaku dirinya melakukan kekerasan terhadap Johnny Depp Rakaman ...
Najib Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio Sprm

Najib Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio Sprm

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 314 hits
Pagi tadi kira kira jam 11 40 pagi Datuk Seri Najib Razak Bekas Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor baru saja memberi keterangan di Bukit Aman Mereka dikatakan tiba di Bukit Aman melalui pintu belakang pada jam 10 15 pagi...
Tanpa Dp Dan Harga Terjangkau Ini Sederet Rumah Murah Sekitar Jabodetabek

Tanpa Dp Dan Harga Terjangkau Ini Sederet Rumah Murah Sekitar Jabodetabek

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 394 hits
Sejalan dengan program pemerintah yang lewat program 1 juta rumah pihak pengembang perumahan kini tengah gencar menyediakan rumah tapak bersubsidi tipe 30 60 yang ditawarkan dengan harga jual kisaran Rp 100 juta
Lokman Mengaku Rakaman Audio Zahid Tulen

Lokman Mengaku Rakaman Audio Zahid Tulen

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 305 hits
Datuk Lokman Noor Adam KUALA LUMPUR Datuk Lokman Nor Adam mengaku bertanggungjawab merakam sendiri ucapan Presiden UMNO sebelum ditularkannya Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membantah niat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwany...
5 Cara Membuat Seblak Dengan Kreasi Baru Yang Bisa Dicoba Di Rumah

5 Cara Membuat Seblak Dengan Kreasi Baru Yang Bisa Dicoba Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 353 hits
Bagi anda yang ingin mencoba membuat seblak dengan kreasi sendiri di rumah berikut merdeka com merangkum resep yang bisa anda coba
9 Cara Alami Mengobati Jerawat Yang Bisa Dilakukan Sendiri Di Rumah

9 Cara Alami Mengobati Jerawat Yang Bisa Dilakukan Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 242 hits
Ketika kegiatan semakin padat di usia dewasa melakukan perawatan aman dan terpercaya di klinik memerlukan waktu luang dan tidak murah Berikut merupakan 10 cara alami mengobati jerawat yang bias dilakukan sendiri di rumah
Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala Iphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Penyemangat Terbesar Untuk Beribadah

Yuran Ahli Rm60

Gav Mar Beachfront Mansion By A Cero Iconic Coastal Luxury In Catalonia

Perikatan Mp Wants Madani Govt To Suspend Ruling On Commercial Lpg Cylinders