Setiausaha Agung Pas Jangan Menipu









Semalam, 12 Januari 2025, Setiausaha Agung PAS telah menulis kenyataan media yang panjang bertele-tele mempertikaikan penjelasan PMX mengenai isu titah addendum terkait pengampunan Dato' Sri Najib Razak. 


Kenyataan media sepanjang 4 muka surat dengan 21 perenggan itu ada memetik dua kes mahkamah yang menjadi duluan dalam kes pengampunan diraja. Kes tersebut ialah Superintendent of Pudu Prison lawan Sim Kie Chon [1986] 1 CLJ 548 dan Karpal Singh lawan Sultan of Selangor [1987] 2 CLJ 342.


Setiausaha Agung PAS yang juga ahli parlimen Kota Bharu telah memetik penghakiman dari kedua-dua kes itu, kononnya mahkamah telah memutuskan bahawa "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan AGONG TIDAK WAJIB MENGIKUT NASIHAT TERSEBUT SEMASA MELAKSANAKAN KUASA PENGAMPUNAN BAWAH PERKARA 42 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN"


Merujuk kepada penghakiman asal kedua-dua kes tersebut, ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan" hanyalah rekaan Setiausaha Agung PAS sahaja. Diperturunkan di sini penghakiman asal dalam bahasa Inggeris dalam kes Sim Kie Chon yang kemudiannya diikuti oleh kes Karpal Singh. Kemudian bandingkanlah dengan apa yang 'diterjemahkan' secara curang oleh Setiausaha Agung PAS yang juga seorang peguam.


"The Pardons Board is only an advisory body and makes no decision whatsoever as such but only tenders advice to His Majesty for the purpose of the exercise of his powers of clemency under Article 42 of the Constitution." (per Eusoffe Abdoolcader SCJ)


Terjemahan bebas: "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan tidak membuat sebarang keputusan tetapi hanya menasihatkan Agong untuk tujuan baginda menjalankan kuasa pengampunan baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."


Ternyata ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat tersebut..." yang dipetik oleh Setiausaha Agung PAS hanyalah rekaan Setiausaha Agung semata-mata, dan memberi gambaran seolah-olah Agong boleh menolak nasihat Lembaga Pengampunan begitu sahaja. Tidak terdapat dalam mana-mana bahagian dalam penghakiman Sim Kie Chon atau Karpal Singh yang menyebut bahawa raja pemerintah tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan. Kalau Setiausaha Agung PAS membuat tafsiran dan kesimpulan sendiri berdasarkan pemahaman sendiri berdasarkan penghakiman tersebut, itu dia punya pasal, tapi menyebut bahawa mahkamah yang memutuskan Agong tidak wajib mengikuti nasihat Lembaga Pengampunan adalah satu penipuan atas darat kering bak kata orang Rusila. Apatah lagi petikan tersebut dibuka dan ditutup dengan tanda pembuka kata dan penutup kata, memberi gambaran bahawalah ungkapan itulah sebenarnya keputusan Mahkamah Agung sedangkan ungkapan tersebut tidak wujud. 


Kalau nak takwil kononnya disebabkan Lembaga Pengampunan hanya menasihat MAKA AGONG TIDAK WAJIB MENGIKUT NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN, ini juga tidak betul kerana status 'nasihat' oleh pihak eksekutif juga ada perbincangan panjang dari sudut undang-undang dan tidak boleh dirumuskan ikut seDAP tekak ahli parlimen Kota Bharu sahaja. Kalau mahkamah kata Lembaga Pengampunan hanya menasihat maka ambil yang literal sahajalah tak perlu tokok-tambah ungkapan lain. 


Jika hendak dikatakan budi bicara raja pemerintah dalam isu pengampunan merupakan isu yang tidak boleh diadili (non justiciable) sekali pun, ia membawa makna yang jauh berbeza dengan ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan".


Ternyata Setiausaha Agung PAS hanya mereka-reka penghakiman yang tidak wujud dan membuat kesimpulan untuk menyeDAPkan cerita dan naratif sendiri. Setiausaha Agung PAS janganlah jadi kaki lebong. Jangan kata apa yang orang tak kata. Menipu kan hukumnya haram.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/setiausaha-agung-pas-jangan-menipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Jangan Kurang Ajar Beri Gambaran Sebagai Biawak Kata Lokman Adam

Pas Jangan Kurang Ajar Beri Gambaran Sebagai Biawak Kata Lokman Adam

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 200 hits
HarapandailyJanuary 4 2025Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam menyelar sikap Pas yang mahu meneruskan perhimpunan derhaka dipercayai demonstrasi berhubung isu Titah Adendum pada 6 Januari depan Lokman menyifatkan Ketua P...
Semoga Terus Sukses Untuk Rakyat Dan Negara Hindari Pas Kerana Hanya Pentingkan Jawatan Dan Pangkat

Semoga Terus Sukses Untuk Rakyat Dan Negara Hindari Pas Kerana Hanya Pentingkan Jawatan Dan Pangkat

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 193 hits
CnP Infografik 2024 bakal melabuhkan tirainya memberi laluan 2025 yang akan mencipta sejarahnya tersendiri Sepanjang 2024 beberapa pencapaian telah diraih yang bakal mendorong banyak lagi kejayaan negara
East Malaysians Will Fear Pas More After Public Caning Say Analysts

East Malaysians Will Fear Pas More After Public Caning Say Analysts

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 277 hits
Public caning is incompatible with East Malaysian values and inconsistent with its ethos of inclusivity says Lee Kuok Tiung of UMS Terengganu s lead by introducing publicly caning to uphold and honour Islamic law However two Sarawakian acti...
Apa Dalil Pas Menentang Majlis Krismas Di Kpkt

Apa Dalil Pas Menentang Majlis Krismas Di Kpkt

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 168 hits
Tahun 2024 baru berlalu dan tahun 2025 menjelang tiba kini Ramai orang menyambutnya dengan resolusi pendamaian antara manusia tetapi PAS sebuah parti yang meraikannya dengan merenggangkan hubungan antara rakyat Malaysia Jumaat ini PAS menga...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk