Setiap Pembunuh Tidak Boleh Mewarisi Harta



SOALAN:
Saya ada soalan berkenaan harta pusaka. Saya pernah mendengar hadith bahawa pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka, bolehkah saya mengetahui adakah mutlak terhadap semua pembunuh atau pembunuh pemberi warisan sahaja? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا ﴿٧﴾
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).” [Surah al-Nisa’ (7)]

Melalui ayat ini, Allah SWT jelas menyatakan bahawa setiap waris mempunyai hak ke atas harta peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat mereka. Imam al-Tabari menukilkan bahawa Abu Ja’far berkata yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah bagi anak-anak lelaki ada bahagian mereka dari harta warisan tersebut, dan bagi anak-anak perempuan ada bahagian juga dari sumber yang sama, sama ada sedikit atau banyak, bahagian yang difardhukan, wajib, sedia maklum dan juga tertentu ke atas mereka (berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah). [Lihat: Tafsir al-Tabari; 7/597]

Namun, dalam hal perwarisan ini, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, antara ialah penghalang kepada perwarisan. Sebagaimana maklum, banyak disebutkan di dalam kitab-kitab Fiqh, bahawa penghalang kepada perwarisan adalah sebanyak tiga perkara iaitu:

PembunuhanPerbezaan AgamaPerhambaan
[Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 4/354-358]

Imam al-Rahabi menyatakan hal ini melalui matannya yang terkenal dalam bab faraid:

ويمنع الشخص من الميراث ... واحدة من علل ثلاث
رق وقتل واختلاف دين ...
“Dan menghalang seseorang itu daripada perwarisan, salah satu daripada tiga sebab, perhambaan dan pembunuhan dan perbezaan agama.” [Lihat: Matan al-Rahabiyyah; hlm.3]

Maka, berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, dalam hal pembunuhan menghalang kepada perwarisan, adakah ia mutlak kepada semua pembunuh sama ada pembunuh pemberi warisan atau pembunuh orang lain yang tiada hubungkait dengan harta warisan.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji mengatakan di dalam kitabnya bahawasanya pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada seseorang itu membunuh dengan niat atau sebaliknya, sama ada dengan hak atau tidak. Ini termasuklah jika beliau menjatuhkan hukuman bunuh ke atas si mati ataupun beliau memberi sokongan (tazkiah) kepada saksi tersebut.

Hal ini bersandarkan kepada hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

«القَاتِلُ لَا يَرِثُ»
“Pembunuh tidak akan mewarisi (harta pusaka).” [Riwayat Tirmidzi (2109)]

Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa hadith ini merupakan dalil kepada bahawasanya pembunuh tidak mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada pembunuhan tersebut dari jenis القتل الخطأ (pembunuhan tidak sengaja) atau القتل عمدا (pembunuhan secara sengaja) dan ini merupakan pegangan ramai ulama’. [Lihat: Tuhfat al-Ahwazi; 6/242]

Dalam riwayat yang lain pula, Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ لِلْقَاتِلِ شَيْءٌ
“Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (harta pusaka).” [Riwayat Abu Daud (4564)]

Hadith ini juga menjadi dalil kepada penyataan bahawa pembunuh tidak boleh mewarisi harta si mati (orang yang dibunuh). Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut di dalam kitabnya, sekiranya seorang waris membunuh pewarisnya maka dia terhalang daripada menerima harta pusaka, sama ada pembunuhan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung (penyebab) seperti menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya, atau menjadi saksi ke atasnya sehingga menyebabkan hukuman bunuh berlaku ke atasnya, sama ada secara pilihan atau terpaksa, sama ada pembunuh tersebut mukallaf ataupun tidak, berdasarkan keumuman hadith yang kami telah nyatakan di atas. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 4/355-356]

Antara sebab dan juga hikmah halangan perwarisan harta terhadap pembunuh adalah pembunuhan dianggap sebagai memutuskan hubungan persaudaraan dan hubungan ini merupakan salah satu sebab yang membolehkan pewaris mewarisi harta. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 5/78]

Selain itu, ia juga berdasarkan kepada satu kaedah yang masyhur:

مَنْ تَعَجَّلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوْقِبَ بَحُرْمَانِهِ
“Siapa yang gopoh dalam sesuatu sebelum tiba masanya maka dihalang untuk mendapatkannya.”

Kaedah ini menjelaskan bahawa oleh kerana pembunuh ingin segera mendapatkan harta warisannya, melalui cara pembunuhan ini, maka dia dihalang daripada menerimanya.

Penutup

Kesimpulannya, pembunuhan yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah pembunuhan yang terkhusus kepada pembunuhan yang mempunyai hubungkait dengan harta pewarisan yang boleh menyebabkan terputusnya hubungan. Maka, sekiranya seseorang itu digelar pembunuh atas sebab selain pembunuhan kaum kerabat, maka dia masih boleh mewarisi harta kaum kerabatnya sendiri. Lantaran itu, pembunuhan yang dimaksudkan dalam hadith ini mutlak kepada semua jenis pembunuhan sama ada secara sengaja atau tidak yang mempunyai hubungkait terhadap perwarisan harta.

Akhir kalam, kami mendoakan semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya, memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah, dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/setiap-pembunuh-tidak-boleh-mewarisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 301 hits
Akibat penularan wabak Covid 19 ramai rakyat Malaysia mula berasa bimbang dengan ekonomi diri dan negara Ada yang mula terjejas dan tidak bergaji malahan ada yang kehilangan kerja ketika ini Prihatin dengan situasi yang dialami negara Perda...
Ph Boleh Menang Ptu 15

Ph Boleh Menang Ptu 15

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 192 hits
Bob Kelanang Akhirnya PH mengucapkan selamat tinggal Tun DAN saya sangat setuju pendekatan terbaru PH Bagi saya sudah tiba masanya PH move on tanpa Tun PH berjaya dapat 5 negeri tanpa Tun Dapat undian popular lebih dari BN PRU 13 tanpa Tun ...
7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman Sayuran Di Rumah

7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman Sayuran Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 914 hits
Sejak tinggal di kawasan rumah yang di kelilingi tanah ini aku mulalah misi bercucuk tanam dan mencari idea untuk menambah tanaman di keliling rumah aku ini Selain itu aku seringkali mencari pelbagain informasi tanaman dan cara bercucuk tan...
Anak Boleh Buat Berat Badan Sekejap Je Lama Lama Dia Merangkak Laju Sendiri

Anak Boleh Buat Berat Badan Sekejap Je Lama Lama Dia Merangkak Laju Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 302 hits
Rupanya ada terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya Ia termasuk melihat anak boleh merangkak Sebenarnya kemampuan bay...
Ph Kini 3 Parti Tapi Masih Boleh Bincang Dengan Dr M Anwar

Ph Kini 3 Parti Tapi Masih Boleh Bincang Dengan Dr M Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 295 hits
Kow Gah Chie Low Choon Chyuan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan sekarang hanya mempunyai tiga parti berikutan pengunduran Bersatu daripada gabungan itu Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir Mohamad mas...
Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cirit Birit Ini Pendapat Saintis

Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cirit Birit Ini Pendapat Saintis

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Harapannya semoga masih sihat dan kalau rasa tak berapa sihat tu mungkin boleh segera buat check up di hospital atau klinik berhampiran Sekarang ini s...
Anda Boleh Buat Sendiri Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

Anda Boleh Buat Sendiri Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 369 hits
Kini anda blh makan corndog viral keju tarik dgn ikuti perkongsian resepi corndog dgn mudah Anda blh buat dan makan sendiri Sekarang ni dan viral
Mahkamah Tinggi Putus Sabah Sarawak Boleh Kenakan Cukai Jualan Ke Atas Produk Petroleum

Mahkamah Tinggi Putus Sabah Sarawak Boleh Kenakan Cukai Jualan Ke Atas Produk Petroleum

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 342 hits
Petronas mendakwa sebahagian daripada Ordinan Cukai Jualan Sarawak 1998 bercanggah dengan perlembagaan KUCHING Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak di bawah perlembagaan persekutuan untuk mengena...
Benarkah Seseorang Yang Pernah Kena Serangan Jantung Tidak Boleh Olahraga

Benarkah Seseorang Yang Pernah Kena Serangan Jantung Tidak Boleh Olahraga

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 144 hits
Konsultan Kardiologi Intervensi Rumah Sakit Awal Bros Bekasi Dasdo Antonius Sinaga menampik anggapan terkait serangan jantung dan olahraga Menurutnya anggapan yang beredar itu tidaklah benar Pasien bisa mulai melakukan aktivitas olah tubuh ...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Pet Expo Midvalley 2024

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation

Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya