Mahkamah Tinggi Putus Sabah Sarawak Boleh Kenakan Cukai Jualan Ke Atas Produk Petroleum


Larissa LumandanPetronas mendakwa sebahagian daripada Ordinan Cukai Jualan Sarawak 1998 bercanggah dengan perlembagaan. (Gambar Bernama)
KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak di bawah perlembagaan persekutuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum.

Hakim Azahari Kamal Ramli menolak pemohonan Petronas untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan cukai jualan Sarawak tidak sah dan terbatal.

Petronas mendakwa bahagian tertentu Ordinan Cukai Jualan 1998 negeri itu, yang menghendaki syarikat minyak negara membayar 5%cukai jualan ke atas produk petroleum kepada Sarawak bercanggah dengan perlembagaan.

Peguam Petronas, Malik Imtiaz Sarwah berhujah bahawa atas sebab itu notis taksiran yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak kepada Petronas bagi mendapatkan cukai ke atas produk petroleum adalah tidak sah.
“Kuasa untuk mengenakan cukai jualan hanya terpakai ke atas perkara yang terdapat dalam senarai negeri, sedangkan petroleum berada dalam senarai persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun Azahari berkata, kuasa negeri untuk membuat undang-undang bagi mengenakan cukai jualan berpunca daripada Perkara 95B (3) perlembagaan.

Katanya, tidak disebut bahawa kuasa itu terbatas kepada perkara yang terdapat dalam senarai negeri.

Beliau berkata, notis taksiran itu juga dikeluarkan secara sah oleh pengawal cukai jualan negeri.

“Defendan pertama (pengawal cukai jualan negeri) juga bertindak secara munasabah ketika mengeluarkan notis tersebut kerana pemohon membuat pendirian bahawa ia tidak boleh dicukai dan gagal menyerahkan taksiran cukai seperti dikehendaki oleh defendan pertama,” katanya.

Justeru Azahari berkata, semakan kehakiman, termasuk permohonan penangguhan adalah ditolak dengan kos RM50,000 kepada responden tertakluk kepada pembayaran fi alokatur.

Pegawai undang-undang SarawakJC Fong berkata, beliau berharap Petronas akan menerima keputusan itu dan tidak memfailkan rayuan terhadapnya.

“Saya berharap Petronas bersama-sama Petros dan kerajaan negeri akan bekerjasama bagi merangsang industri minyak dan gas yang kini berdepan cabaran susulan harga minyak dan pemintaan dunia lebih rendah,” katanya ketika ditemui di komplek mahkamah Kuching di sini, hari ini.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek negeri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai “kemenangan” bagi negeri.

“Kita harap Petronas akan membayar cukai jualan kepada negeri, Ini hak perlembagaan kita.

“Kita mempunyai hak di bawah perlembagaan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk mengenakan cukai jualan (ke atas produk petroleum).

“Susulan penolakan semakan kehakiman hari ini, peluang kita dalam saman sivil adalah lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu Malik berkata, beliau telah memberitahu Petronas mengenai keputusan itu dan mereka akan mengkaji isu berkenaan sekali lagi sebelum membuat perbincangan lanjut mengenainya.

“Buat masa ini kami menerima arahan mengenai perkara ini dan kita lihat perkembangan berikutnya,” katanya.

Sarawak mengenakan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum pada 1 Jan tahun lepas di bawah Ordinan Cukai Jualan 1998 negeri.

Ia juga memfailkan saman terhadap Petronas bagi mendapatkan hasil cukai negeri yang tidak dibayar serta penalti berjumlah RM1.3 bilion.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/mahkamah-tinggi-putus-sabah-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Sukan Covid19 Pelajar Sabah Sarawak Terkandas Tak Boleh Pulang

Bekas Menteri Sukan Covid19 Pelajar Sabah Sarawak Terkandas Tak Boleh Pulang

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 301 hits
Bagi mahasiswa yang mengutarakan masalah kerana dipaksa balik dan tiada tempat tinggal jangan risau Saya sudah hubungi UMUTMUIAUPMSemua tidak mewajibkan pelajar balik ada alternatif yang disediakan Bagi Mahasiswa UITM yang terkesan Hubungi ...
Isteri Juara Da I Akan Didakwa Di Mahkamah Esok Atas Tuduhan Menipu Pelanggannya

Isteri Juara Da I Akan Didakwa Di Mahkamah Esok Atas Tuduhan Menipu Pelanggannya

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 655 hits
Isteri juara Da i akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan menipu pelanggannyaIsteri kepada juara program Da i yang ditahan semalam akan didakwa esok lapor Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata wanita beru...
Lip Service Dpm From Sabah Sarawak Won T Do Putrajaya Told

Lip Service Dpm From Sabah Sarawak Won T Do Putrajaya Told

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 273 hits
The Sabah legislative assembly building in Kota Kinabalu There has been a proposal to appoint a Sabahan or Sarawakian as a deputy prime minister under the new Muhyiddin Yassin government KOTA KINABALU An indigenous people s group here welco...
Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung ...
Lawan Intoleransi Tak Boleh Ada Kekerasan Atas Nama Apapun

Lawan Intoleransi Tak Boleh Ada Kekerasan Atas Nama Apapun

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 180 hits
Solidaritas kemanusiaan pesan utamanya adalah berbuat baik pada sesama
Anak Bawah 2 Tahun Jangan Sesekali Lambung Tinggi Tinggi Boleh Berlaku Pendarahan

Anak Bawah 2 Tahun Jangan Sesekali Lambung Tinggi Tinggi Boleh Berlaku Pendarahan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 332 hits
Lambung anak tinggi tinggi pastu tangkap balik dan anak pun ketawa suka Ibu bapa mesti biasa buat begini kan Niatnya hanya nak eratkan bonding dengan anak Memang betul ini antara bonding moment bapa dan anak Lupakan gajet sementara dan main...
Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 318 hits
Annuar Musa menggesa semua pihak menghormati sistem pengasingan kuasa antara eksekutif legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur adukkannya dengan kepentingan politik Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengingatkan kerajaan persekutuan...
Terkini Produk Pinklady Boleh Cod Terus Ke Rumah Anda

Terkini Produk Pinklady Boleh Cod Terus Ke Rumah Anda

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 346 hits
Salam dan Hi Korang pernah kena tipu dengan seller Serik nak beli barang online Dah bayar mahal mahal tapi barang tak sampai sampai Open COD untuk anda yang masih takut nak pergi bank atau transfer online untuk buat pembayaran Kini anda han...
Ph Failkan Injuksi Di Mahkamah Tinggi Esok

Ph Failkan Injuksi Di Mahkamah Tinggi Esok

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 281 hits
1 PH failkan injunksi di Mahkamah Tinggi esok untuk menghalang PM 8 daripada masuk ofis PM berdasarkan dua keadaan i PM8 sebenarnya memang tak ada majoriti at the first place Berdasarkan duluan kes Nizar PM8 telah hilang majoriti sama ada s...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs