Setiap Ibu Ada Sisi Garang Tersendiri Kalau Tak Garang Macam Gempa Bumi Rumah Jadinya


Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik? 

Peranan ibu bapa Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
Maaf dan terima kasih Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
Lakukan secara sukarela Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
Mengawal penggunaan media dan gajet Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
Rasai kegagalan Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
The post Setiap Ibu Ada Sisi ‘Garang’ Tersendiri, Kalau Tak Garang Macam Gempa Bumi Rumah Jadinya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/setiap-ibu-ada-sisi-garang-tersendiri-kalau-tak-garang-macam-gempa-bumi-rumah-jadinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Macam Olahraga Ringan Untuk Ibu Hamil Bisa Dipraktikkan Di Rumah

Macam Macam Olahraga Ringan Untuk Ibu Hamil Bisa Dipraktikkan Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 215 hits
Saat hamil aktivitas fisik dan olahraga ringan tidak boleh dilewatkan Untuk menjaga kesehatan tubuh dan perkembangan janin berikut macam macam olahraga ringan yang bisa dilakukan ibu hamil di rumah
Rakyat Malaysia Di Jepun Kongsi Detik Cemas Dikejut Gempa Bumi Ketika Tidur

Rakyat Malaysia Di Jepun Kongsi Detik Cemas Dikejut Gempa Bumi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 423 hits
Pada jam 1 07 pagi satu gempa bumi sekuat 5 3 magnitude telah menggegarkan sehingga 2km daripada bandar Tsukubamirai Ibaraki Jepun Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan ibu negara Jepun iaitu Tokyo Dalam sebuah group Road To Japan rak...
Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 521 hits
Bila anak menolak nasi mama perlulah usahakan sesuatu agar anak berselera kembali dengan menu nasi Nasi pastinya buat perut anak lebih kenyang berbanding pilihan makanan lain yang tidak sihat Cara kreatif ibu ini yang dikongsikan di faceboo...
Kesal Utang Ditagih Ibu Rumah Tangga Di Bandung Hantam Rentenir Pakai Tabung Gas

Kesal Utang Ditagih Ibu Rumah Tangga Di Bandung Hantam Rentenir Pakai Tabung Gas

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 212 hits
Saat itu Taruli yang diduga seorang rentenir menagih hutang dengan cara berteriak teriak Tidak terima dengan perlakuan itu S langsung membawa tabung gas di dapur dan menghantamkannya sebanyak empat kali ke Taruli
Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 482 hits
Ibu bapa perasan tak setiap perkataan NO atau TAK BOLEH yang kita cakap pada anak kita tak bagi jawapan yang tepat pada mereka atau hanya tergantung begitu sahaja Akhirnya anak memang akan hentikan apa yang dia lakukan tapi selepas itu past...
Program Gojek Swadaya Beri Penghasilan 2 300 Ibu Rumah Tangga Hingga Rp 20 Juta

Program Gojek Swadaya Beri Penghasilan 2 300 Ibu Rumah Tangga Hingga Rp 20 Juta

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 309 hits
Program Gojek Swadaya disebut telah meningkatkan penghasilan lebih dari 2 300 keluarga mitra dengan kisaran Rp 1 sampai 4 juta per bulan Bahkan di Tasikmalaya salah satu anggota bisa mencetak omzet mencapai Rp 20 juta per bulan
Rahsia Anak Kita Hebat Al Fatihah Perlu Meniti Di Bibir Ibu Ayah Setiap Hari

Rahsia Anak Kita Hebat Al Fatihah Perlu Meniti Di Bibir Ibu Ayah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 602 hits
Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak anak Bila anak dah semakin besar harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tah...
Mulakan Dengan Bismillah Setiap Kali Masak Confirm Masakan Ibu Sedap Berkat

Mulakan Dengan Bismillah Setiap Kali Masak Confirm Masakan Ibu Sedap Berkat

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 297 hits
Biasanya anak anak kita ni apa yang ibu masak semua sedap Walaupun hanya goreng telur mata dengan kicap saja Betul tak Walaupun lauk ringkas boleh bertambah makannya Itu belum lagi masak yang sedap sedap Rasanya lagi berselera Kadang tu ram...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah