Setiap Anak Berhak Berjaya Inilah Rahsia Saya


Setiap Anak Berhak Berjaya, Apakah Rahsianya? Walau anak seorang, dua atau lebih semua mereka berhak berjaya. Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Ada yang bijaknya memang gifted sejak lahir dan ada pula yang nakalnya masya Allah, menguji kesabaran kita. Ada juga anak yang bijak kerana diasuh dan dididik oleh ibu bapa untuk berjaya.

Sebagai ibu bapa, kitalah rahsianya bagaimana anak-anak boleh berjaya. Berjaya dalam pelajaran, pekerjaan, kehidupan dan semuanya walau kejayaan tersebut sekecil semut hitam sahaja..


Setiap Anak Berhak Berjaya, Apakah Rahsianya?
Ingin saya sentuh di sini adalah bagaimana hak anak yang kurang bijak dan nakal untuk menjadi pandai dan berjaya. Kitalah yang mencorakkanya.

Bagaimana kita nak "mendidik" dan "memantau" minda anak-anak yang kurang berjaya pada awalnya bertukar kepada anak yang berjaya? Inilah rahsianya...

Kongsikan harapan kita padanya. Jangan simpan impian anda sendirian. Contohnya anak kita menduduki tempat corot dalam kelas pada tahun 2019. Jangan marahi dia. Duduk bersamanya dan kata, jom kita bina harapan bersama. "Tahun 2020 ni ibu nak adik dapat jadi top ten dalam kelas. Ibu nak tolong adik. Jadi, ikut nasihat ibu dan kita belajar sama-sama.. okay!"

Seterusnya.. semak buku dan kerja rumahnya setiap hari. Saya akan jadualkan buku anak-anak saya. Saya jadi guru besar di rumah. Kerja rumah mesti kena siapkan. Sambil tengok anak buat kerja rumah, sambil ingatkan dia apa harapan kita bersama. Pesan kat anak-anak, enjoy your study!

Bayangkan yang dia telah berjaya. Apa akan jadi? Ajak anak anda membayangkan perkara yang seronok iaitu jika dia telah berjaya nanti. Apa akan jadi? Contohnya berjaya jadi doktor. Bayangkan yang dia boleh bantu ramai orang susah dan fakir miskin. Bayangkan dengan kejayaannya itu, dia boleh merawat ibu, bapa atuk neneknya yang sakit. Bantu dengan percuma. Dapat pahala yang berganda-ganda. Saya kerap cerita macam ini dengan kedua-dua anakanda saya.  Alhamdulillah, impian untuk berjaya semakin kukuh untuk digapai.


Doa dengan terperinci apa harapan kita kepada Allah SWT. Ajari anak-anak kita yang pandai atau sebaliknya.. Berdoalah dengan terperinci. Doa dengan impian yang serupa tetapi mintak Allah tunjukkan jalannya. Contohnya, hari ini ada exam Matematik Tambahan. Minta kepada Allah semoga lulus Add Math dengan keputusan A- dan ke atas. Jadi, minta dengan jelas kepada Allah. Allah Maha Kaya, mengapa takut-takut untuk meminta? Mintalah dengan lebih...


Berikan supplemen minda seawal anak berusia 8 tahun. Ia memang berkesan. Iya, memang berkesan kerana saya dah buat kat kedua-dua anak saya. Ramai orang yang tidak percaya makan supplement untuk otak. Tak mengapa, tapi saya tetap nak bagi minda anak saya "makanannya", terutama supplement berasaskan makanan sunnah. Beri kismis setiap hari dengan disertai dengan doa-doa tertentu. Insya Allah... anak anda akan lebih bijak dari semasa ke semasa. Contohnya anak kecil saya yang agak nakal dan kurang fokus pada pelajaran, dari kelas tercorot dalam darjah 1, berjaya naik ke kelas A dan jadi top ten dalam darjah 6. Lagi sekali, jelaskan kenapa dia kena ambil supplement tersebut. Insya Allah.. anak kita boleh berjaya.

Muliakan dan hormati para guru. Yang ini namanya ambil berkat belajar daripada guru-guru. Saya pesan kat anak saya, dengar dan hormat cakap ibu dan guru. Insya Allah anda berjaya! Alhamdulillah.. Begitulah anak-anak saya melalui hari-harinya di sekolah. Cikgu redha dengan ilmunya, maka berjayalah kamu. Semoga semakin tinggi ilmu anak-anak ini, semakin tinggi akhlaknya.

Selamat mencuba. Semua anak berhak berjaya, kita lah rahsianya. Kitalah ibu bapa yang main peranan utama dan kemudian barulah cikgu di sekolah. Anak-anak yang cemerlang sebenarnya bermula dari rumah.

Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/03/setiap-anak-berhak-berjaya-inilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Bezakan Result Anak Kita Dengan Anak Orang Lain Setiap Anak Ada Kelebihannya

Tak Perlu Bezakan Result Anak Kita Dengan Anak Orang Lain Setiap Anak Ada Kelebihannya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 609 hits
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumukan hari ini di seluruh sekolah di Malaysia Pasti ibu bapa orang yang paling berdebar menanti keputusan peperiksaan anak anak Tapi walauapa pun keputusan peperiksaan anak raikanlah m...
Setiap Ayat Keluar Dari Mulut Ibu Ayah Doa Yang Sangat Power Untuk Anak

Setiap Ayat Keluar Dari Mulut Ibu Ayah Doa Yang Sangat Power Untuk Anak

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 526 hits
Doa yang tidak disengajakan Percayakah anda kata kata anda sebagai ibu ayah ada suatu power yang tidak dapat digambarkan Percayakah anda dengan kata kata sahaja mampu mengubah sebuah kehidupan Perkongsian dari ini boleh mengambarkan dengan ...
Solat Awal Waktu Rahsia Anak Tukang Jahit Dapat 9a Spm

Solat Awal Waktu Rahsia Anak Tukang Jahit Dapat 9a Spm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 470 hits
Nur Amieysha Zainuddin menunjukkan keputusan 9A yang diperolehinya hari ini Foto BernamaKOTA BARU 5 Mac Anak seorang tukang jahit berjaya memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari ini Nur Ami
Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 587 hits
Rezeki tak salah alamat Itulah yang dapat digambarkan buat seorang anak yatim Mohamad Nur Firdaus Zulkifli selepas mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 11A dalam semua mata pelajaran yang diambil Difahamkan sejak sekolahnya ditubuhkan pada...
Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 315 hits
Mungkin anda hanya berfikir masalah stress hanya akan berlaku pada orang dewasa sahaja Tahukah anda gejala stres juga boleh mempengaruhi kanak kanak juga tanpa anda sedari Mungkin masalah seperti ini jarang sekali kita dengar dan berlaku Je...
Cukuplah Isteri Hormat Jaga Suami Elok Elok Rahsia Dia Jatuh Cinta Setiap Hari

Cukuplah Isteri Hormat Jaga Suami Elok Elok Rahsia Dia Jatuh Cinta Setiap Hari

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 595 hits
Seperti mana kita mahukan suami melayan kita dengan baik isteri juga harus melakukan perkara yang sama pada mereka Tidak susah pun dengan menyediakan segala keperluan dan menghormati mereka sudah cukup untuk membuat suami jatuh cinta pada k...
Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 592 hits
Hati anak mana yang tak sedih apabila melihat seorang ibu menanggung kesakitan Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook Nurul Shafina Mazani bahawa ibunya menghidap kanser lidah tahap 4 sejak bulan Mei tahun lalu Baru baru...
Anak No 2 Ni Kalau Bercinta Dia Tak Pandai Memujuk Tapi Dia Sangat Setia

Anak No 2 Ni Kalau Bercinta Dia Tak Pandai Memujuk Tapi Dia Sangat Setia

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 449 hits
Bedasarkan penelitian disimpulkan bahwa urutan kelahiran seorang anak sangat menentukan kepribadiannya setelah melewati penelitian ini maka sudah jelas seringkali banyak psikologi yang mengambil posisi anak dalam sebuah keluarga menjadi pen...
Tular Mee Segera Kurma Kismis Berkhasiat Untuk Anak Anak

Tular Mee Segera Kurma Kismis Berkhasiat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 702 hits
Ramai Yang Tahu Mymee Minda yang viral baru baru ini telah mengejutkan Malaysia di mana seorang lelaki telah mencipta produk makanan segera yang bebas daripada bahan kimia merbaya Lelaki yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Ilyas Zulkiffli ...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada