Setia Dengan Kebenaran


 Judul : SETIA DENGAN KEBENARANPenulis : Hasrizal Abdul JamilPenerbit : Jejak TarbiahTahun terbit : Cetakan ke-5, 2020Jumlah halaman : 346
Sebuah lagi naskhah hasil penulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang selesai saya nikmati. Saya meminati penulisan beliau yang membawa pemikiran pembaca supaya berfikir secara kritis. Kita membaca, kita berfikir dan mula menganalisa kejadian-kejadian di sekitar lingkungan kehidupan kita. Sering kali juga saya temukan jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran. Membaca penulisan beliau membuat fikiran saya lebih jelas tentang satu-satu hal dan memberi rasa tenang untuk terus menghadapi ujian demi ujian dalam meniti kehidupan

SETIA DENGAN KEBENARANBuku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel yang disampaikan dalam bentuk travelog santai tetapi membawa persoalan yang serius dan rumit. Penulis memberi penjelasan, kritikan, pandangan serta solusi berkaitan persoalan yang dibawa

Kandungan buku ini terbahagi kepada lima bahagian dengan bab kecil di bawahnya :Kebenaran Ilmu dan AkalKebenaran AkhlakKebenaran PendidikanKebenaran Gerakan IslamTamadunAntara bab yang menarik perhatian saya - Masih Ada Betul yang Betul dan Salah yang Salah. Bab ini  menjawab persoalan yang timbul dalam pemikiran saya apabila terbaca hantaran atau komentar di media sosial. Ketika kita tahu perkara tersebut adalah salah lalu ada yang menyuarakannya, namun ia dibalas dengan kata-kata seperti berikut :
“Biarlah dia nak pakai macam mana pun, bukan beli pakai duit kau!”“Alah…serius sangat grup ni! Gurau-gurau je pun tak boleh ke?”“Setiap manusia ada pendapat berbeza, kita lapang dada jelah dengan apa dia kata.”
Semuanya jadi betul dan boleh dibuat. Tak ada yang salah. Sungguhkah begitu? Memetik kata-kata penulis di halaman 184 :“Mungkin ada kebenarannya tetapi kesan besarnya adalah seperti langsung tiada apa yang muktamad dalam kehidupan ini hingga tidak tahu apa yang hendak dipegang sebagai “pegangan” dalam hidup ini. Hidup tanpa panduan. Semuanya betul belaka.”Pegangan. Itulah kata kuncinya. Kita mesti ada pegangan hidup. Berkelakuan dan bercakap selari dengan pegangan hidup kita. Kita Muslim maka pegangan hidup kita berpandukan ajaran Islam. Perbezaan di antara kita bukanlah alasan untuk kita bebas melakukan apa saja atau bercakap apa saja atas nama perbezaan. Masih ada perkara yang betul dan ada perkara yang salah

Isi buku Setia Dengan Kebenaran.
ANTARA PETIKAN MENARIK DI DALAM BUKU INI :Agama kita hanya ritual. Bukan sahaja ritual pada sujud dan rukuk, malah dalam segala-galanya. Tanpa makna. Kita solat, berpuasa, berzakat dan berhaji tetapi sejauh mana solat menjadikan kita ini sujud dan tunduk di luar solat? Sejauh mana puasa membebaskan diri daripada perhambaan kepentingan peribadi atau kepada mengutamakan kepentingan Yang Maha Tinggi? Sejauh mana zakat kita menjadikan komuniti Muslim sebagai komuniti yang saling menjaga kebajikan si miskin yang tiada status sosial? Sejauh mana haji kita menjadi kemuncak Freedom, Equality dan Fraternity? Kita berusaha keras untuk menyahihkan penampilan luaran ibadah kita tetapi pedulikah kita kepada roh ibadah itu sendiri? - bab Meninjau Eropah : Beragama Tanpa Tuhan.Sesungguhnya, setinggi-tinggi falsafah dan pemikiran adalah dalam membawa kepala seorang hamba sujud di atas tanah menyerah diri kepada Tuhan. - bab Takutilah Fitnah Ilmu dan Tahu.Bagi mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan nama Allah, dia melakukannya dengan kualiti tertinggi. Dia melakukannya dengan prinsip yang tinggi. Dia melaksanakannya dengan penghormatan yang tinggi kerana dia membawa nama Tuhannya. - bab Risalah Al-Nur : Teladan Basmallah.Kita memuliakan masa kerana memuliakan masa itu ialah ibadah kita kepada Allah. Tanda keimanan kita kepada-Nya. Ibadah-ibadah kita sangat banyak yang disandarkan kepada masa. Lima waktu solat, permulaan puasa dan berbuka, Ramadan dan Syawal, hawl untuk zakat, musim haji, dan amalan-amalan sunat yang disandarkan kepada masa-masa yang tertentu ialah modus operandi Islam agar sensitiviti terhadap masa adalah dengan dorongan iman. - bab Perlukah Jepun kepada Wal-Asr?Dengan berbahasa secara betul, kita akan berfikir dengan betul. Oleh sebab berbahasa itu amat dekat dengan soal berfikir, kita perlu menertibkan cara berbahasa dan cara berfikir. - bab Qawlan Sadida : Menyelamatkan Perkataan daripada Kebengkokan.Lisan itu banyak mengundang sesalan. Apabila lisan mengungkapkan sesuatu, kadang-kadang teratur dan lurus, namun sering juga terbabas hingga diumpamakan oleh cerdik pandai kita bahawa “lidah itu tidak bertulang”. Sukar lurus. Sering terpesong ke sana sini. Malah apabila terpesong disengajakan dan jadi biasa, lidah tidak bertulang bertukar menjadi “lidah bercabang”. - bab Tulisan dan Lisan : Tangan Menjadi Lidah pada Akhir Zaman.Perbaiki hati agar ada ukhuwah, ada empati. Dengan hati yang mahu berkomunikasi, kita lebih sabar dalam mendengar. Lebih berisi. Mendengar secara salah bukan penyakit telinga. Ia penyakit hati. Akibatnya, kita gagal memahami. - bab Salah Mendengar Bukan Akibat Sakit Telinga.Andai ilmu itu diumpamakan seperti air, maka sudah tentu tanah yang paling rendah bakal menakung air terbanyak. Rendahkanlah diri, nescaya rahmat Allah akan berpihak kepada kita. Rahmat beroleh kurnia ilmu yang membentuk akhlak. - bab Mengadabkan Orang Mengaji.Apabila kita mahu menghormati, memuliakan dan beradab sopan dengan guru, kita hilang keseimbangan lalu menjadi taasub tok guru. Kita memuja mereka dan menjadi pahlawan-pahlawan membentengi mereka daripada kritikan yang hakikatnya diperlukan oleh semua manusia. Apabila kita mahu berfikiran kritis, memuliakan kebenaran dan mengamalkan keberanian dalam berpendapat, kita sekali lagi hilang titik keseimbangan lalu menjadi biadab, bermulut celopar, mengutip jargon-jargon longkang dan menggambarkannya sebagai manifestasi kebebasan diri daripada belenggu status quo. Mengapa begitu? - bab Pemberontak yang Seimbang.Mempertahankan kewarasan akal ialah prasyarat untuk kekal setia dengan kebenaran. - bab Mempertahankan Kewarasan Akal.
Petikan di atas saya kongsikan bukanlah kerana ia menarik pada keindahan bahasa semata, tetapi ia menarik untuk kita fikir-fikirkan dan dijadikan sebagai nasihat yang baik dalam meniti kehidupan. Pun begitu, apa yang saya kongsikan ini terlalu ringkas dan sedikit. Sebaiknya bacalah dan hadamkan sendiri buku ini untuk mendapat kefahaman yang lebih menyeluruh dan lebih jelas

Setia dengan Kebenaran - bacaan bagus yang membawa pembaca untuk berfikir dengan akal yang baik demi setia dengan kebenaran. Walaupun mungkin ada bahagian yang tidak mudah untuk saya faham, tetapi pada keseluruhannya saya amat menikmati pembacaan naskhah ini. Semoga apa yang terkandung di dalamnya memberi kebaikan buat diri saya dan orang di sekeliling


Buku ini bukanlah jawapan kepada “Apakah itu kebenaran?”, buku ini hanya memberi kunci kepada persoalan-persoalan akal supaya berfungsi penuh demi mencari kebenaran. Kerana kebenaran akan lumpuh dengan akal yang tumpul. - petikan kata pengantar oleh Hafizul Faiz.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/11/setia-dengan-kebenaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengaruh Dzikir Meditasi Pada Otak Dan Perilaku Manusia Salah Satu Bukti Kebenaran Al Qur An Direvisi 29 Nov 2022

Pengaruh Dzikir Meditasi Pada Otak Dan Perilaku Manusia Salah Satu Bukti Kebenaran Al Qur An Direvisi 29 Nov 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 511 hits
PENGARUH DZIKIR MEDITASI PADA OTAK DAN PERILAKU MANUSIA Salah satu bukti kebenaran Al Qur an direvisi 29 Nov 2022 Dr H MAMAN SW SpOG www slideshare net drmaman www drmamanspog blogspot com Otak manusia terdiri dari Otak besar otak kecil unt...
Takkan Nak Sembunyikan Kebenaran Ustazah Afifah Maafkan Netizen Yang Mengecam Anggap Tak Cukup Ilmu Pengetahuan

Takkan Nak Sembunyikan Kebenaran Ustazah Afifah Maafkan Netizen Yang Mengecam Anggap Tak Cukup Ilmu Pengetahuan

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 168 hits
Pendakwah bebas Ustazah Siti Afifah yang ditemui mStar Online memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan netizen yang menghina dan mengecamnya di media sosial gara gara video dakwah antaranya mengenai isu suami membenarkan doktor lelaki menyamb...
Cafe Purple Di Sugirl Desserts Setia City Mall

Cafe Purple Di Sugirl Desserts Setia City Mall

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 380 hits
Macam yang kak ana cerita di entri OBJET yang lepas kak ana sekeluarga kerap ke Setia City Mall ni untuk shopping atau makan makan hujung minggu Beberapa kali kami ke sini Adik nak sangat singgah makan dessert di cafe bawah pokok purple yan...
Mee Hoon Goreng Datin Setia Nursinah

Mee Hoon Goreng Datin Setia Nursinah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 184 hits
Saya seperti ramai orang lain yang begitu tertunggu tunggu apa kesudahannya penantian gabungan parti mana yang akan membentuk kerajaan dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri yang ke 10 Sementara DYMM Yang Dipertuan Agong membuat keputu...
Kekuatan Seorang Suami Kerana Ada Isterinya Yang Setia Dan Sentiasa Membantu

Kekuatan Seorang Suami Kerana Ada Isterinya Yang Setia Dan Sentiasa Membantu

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 84 hits
Kasihan DSAI Kesan fitnah berjenerasi sehingga skrng pun masih org memfitnah semua datang drp mulut org melayu islam sendiri yg dah tak kenal hormat org tua yg lebih mulia drp kamu yg telah berkorban untuk rakyat dan negara selama ini
Jom Try Pelbagai Menu Sedap Di Luna Luna Setia City Mall

Jom Try Pelbagai Menu Sedap Di Luna Luna Setia City Mall

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 143 hits
Kalau ke mana mana mall sekarang ni nak nak hujung minggu atau cuti umum kebanyakan restoran mesti kena queue nak masuk Waktu kami ke Setia City Mall Setia Alam nak cari baju untuk reunion kak ana dalam tema pink putih tu perut dah berkeron...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment