Setelah Seminggu Kempen Berjalan Kedudukan Setakat Ini 4 2






Macam mana PRN 12 Ogos ini?


Berapa negeri PH boleh menang dan berapa negeri pula untuk PN?


Sejak dua tiga hari lalu, ke mana saja saya pergi dan terjumpa dengan kawan-kawan, inilah antara soalan yang paling kerap mereka tanyakan.


Mereka yang menghubungi saya melalui telefon atau menghantar pesanan tulisan, itulah juga selalunya pertanyaan mereka.


Untuk itu, sesuai dengan tempoh kempen PRN enam negeri sudah berjalan kira-kira seminggu sejak penamaan calon pada 29 Julai lalu, saya dengan langkah pro bono mengambil peluang untuk menghubungi beberapa kenalan di negeri berkenaan, sementara di Selangor dan Negeri Sembilan, saya sendiri dua tiga kali turun padang membuat tinjauan.


Secara kasar, setelah seminggu kempen berjalan, dapatan yang diperolehi menunjukkan PH masih mendahului di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.


Di ketiga-tiga negeri berkenaan, PH diyakini mampu mengekalkan pemerintahannya, walaupun majoriti kerusi yang diperolehi dijangka akan berkurangan.


Rata-rata mereka yang ditemui dan ditanya boleh dikata berpuas hati dengan pemerintahan PH selama ini dan tiada isu yang mengguris hati atau boleh menyebabkan mereka marah, lalu terdetik keinginan menukar kerajaan kepada PN.


Dalam pemahaman mereka, keghairahan PN untuk menang hanya semata-mata kerana ingin melonjakkan lagi kerakusan terhadap kuasa, sama ada untuk menjadikannya sebagai landasan menjatuhkan kerajaan selepas ini atau untuk mendepani PRU16 akan datang.


Dengan itu, PH lebih menjadi pilihan pengundi untuk meneruskan khidmat kepada rakyat, tambahan lagi prestasi kerajaan perpaduan di peringkat pusat yang memuaskan dan kedudukannya yang selari dengan kerajaan negeri, turut merupakan perkiraan yang banyak melekat dalam hati.


Dalam masa yang sama, isu calon kitar semula, penguasaan calon kem Azmin Ali yang terlalu menonjol dan percikan dalaman antara Pas dan Gerakan berkaitan pencalonan Presiden Gerakan, Dominic Lau diletakkan bertanding di kawasan Melayu di Pulau Pinang, adalah antara hambatan utama yang menipiskan lagi peluang PN di Selangor.


Bagi Negeri Sembilan, masalah utama PN ialah mereka dilihat tidak menampilkan pemimpin yang benar-benar ada merit berbanding PH dan BN untuk menerajui dan mengambil alih kerajaan negeri.


Memang ada sedikit masalah dalaman di sana sini di dalam PH berkaitan pemilihan calon dan terkait hubungannya dengan BN, khusus dalam pembahagian kerusi, tetapi ia tidak sampai menggugat jumlah perolehan kerusi yang dijangka dimenangi.


Meskipun UMNO bertanding lebih banyak kerusi dan berkemungkinan PH, khususnya PKR dan Amanah bakal tewas satu dua kerusi disebabkan masalah dalaman tadi, bagaimanapun adalah dijangka kerusi Menteri Besar akan terus kekal dipegang oleh Aminudin Harun.


Selain Aminuddin dikekalkan kerana ia sudah dijanjikan dan beliau memang sudah pun menduduki kerusi itu, formula sokongan PH kepada Menteri Besar Perak dan Pahang selepas PRU15 lalu, dirasakan akan menjadi pegangan untuk membina kestabilan politik di Negeri Sembilan selepas PRN nanti.


Ertinya, walaupun kerusi yang mungkin dimenangi UMNO adalah lebih, ia tidak menjadikan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan berpindah kepada calon parti itu.


Tambahan lagi, Mohamad Hasan atau Tok Mat yang bertanding kerusi Dun Rantau sudah berada dalam kabinet kerajaan perpaduan di peringkat pusat sebagai Menteri Pertahanan sekarang ini.


Takkan Tok Mat nak jadi Menteri Besar semula?


Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang bertanding di Dun Pertang dan turut dilihat berminat untuk kerusi Menteri Besar, rasa-rasanya cukuplah sekadar jadi Exco saja.


Di Pulau Pinang, di sebalik ada kemungkinan majoriti kerusi akan berkurangan, kemampuan PH/BN mengekalkan kekal memerintah lagi tidak pernah diragukan.


Bersama perbalahan Pas dan Gerakan dijangka berlarutan sehingga ke peti undi, semua ini adalah elemen yang akan meningkatkan lagi kemampuan PH memenangi lebih banyak kerusi.


Bagi tiga negeri yang kini ditadbir PN, meskipun ada peningkatan sokongan dan arus perubahan mula kelihatan kepada PH, tetapi yang paling berpotensi untuk bertukar kerajaan ialah Kedah.


Dengan pelbagai isu melingkari Sanusi Md Nor, Menteri Besar berciri pelawak dan kerjanya hanya mengata orang tanpa menampilkan tawaran untuk rakyat sebagai ketua sebuah kerajaan negeri, kebarangkalian untuk perubahan dilihat cerah sekali.


Jumlah boleh menang bagi PH/BN setakat ini di Kedah ialah 16 kerusi.


Tetapi, dengan PH/BN bakal meningkatkan lagi serangan kempen mulai minggu depan, 19 hingga 20 kerusi diyakini dapat ditakluki, sekaligus dengan jumlah itu bakal menghantar Sanusi sebagai Ketua Pembangkang semula di Dun Kedah selepas 12 Ogos nanti.


Untuk Kelantan dan Terengganu, tidak dinafikan turut bertiup angin perubahan dan peningkatan sokongan, tetapi PN melalui kekuatan akar umbi Pas, hampir pasti kekal lagi menguasai kedua-dua negeri tersebut.


Kesimpulannya, setelah seminggu kempen berlangsung setakat ini, kedudukan semasa ialah 4-2. – ShahbudinHusin 06/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/setelah-seminggu-kempen-berjalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Saja Hamzah Mahu Dedah Surat Saifuddin Ketika Kempen Prn Ini

Buang Masa Saja Hamzah Mahu Dedah Surat Saifuddin Ketika Kempen Prn Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 182 hits
Selain tidak mampu menambah sebarang undi kepada PN mendedahkan surat itu hanya mendedahkan lemahnya Hamzah ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI Walaupun sudah ...
Hiburan Keluar Berjalan Satu Keluarga Watie Shuib Dikritik Tak Pegang Tangan Anak Nak Romantik Tak Kena Gaya Tempat

Hiburan Keluar Berjalan Satu Keluarga Watie Shuib Dikritik Tak Pegang Tangan Anak Nak Romantik Tak Kena Gaya Tempat

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 253 hits
Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga Menerusi rakaman itu Shuib bersama isterinya Watie membawa tiga anak mereka keluar b...
Umum Peruntukan Kempen Prn Ahmad Zahid Langgar Larangan 3c Bersih

Umum Peruntukan Kempen Prn Ahmad Zahid Langgar Larangan 3c Bersih

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 219 hits
satuberita myBy July 30 2023Gambar hiasanTINDAKAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu telah melanggar dua daripada tiga larangan 3C iaitu No Conditions No...
Menteri Mahasiswa Bebas Kempen Tanding Dalam Prn

Menteri Mahasiswa Bebas Kempen Tanding Dalam Prn

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 123 hits
BernamaKUALA NERUS Kementerian Pengajian Tinggi bukan polis untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu kata menterinya Mohamed Khaled Nordin Katanya kemen...
Kempen Sebar Manfaat Emas

Kempen Sebar Manfaat Emas

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 388 hits
Berikut adalah syarat dan terma bagi kempen pelanggan memperkenalkan pelanggan ini Kempen ini khas bagi pelanggan Public Gold dibawah kumpulan G100 sahaja Syarat Dan Terma 1 Terbuka kepada pelanggan Public Gold di bawah rangkaian saya yang ...
Hassan Tidak Setuju Ahmad Zahid Umum Peruntukan Pada Kempen Prn

Hassan Tidak Setuju Ahmad Zahid Umum Peruntukan Pada Kempen Prn

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 273 hits
satuberita myBy July 31 2023Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul KarimOleh ABU UBAIDILLAH RAHMAHAHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim tidak bersetuju tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukankepada Maj...
Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 170 hits
Seorang suami tidak menyangka hasrat isterinya yang menyatakan ingin pergi ke tempat yang sangat jauh menjadi kenyataan apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 375 8 Lebuhraya Pantai Timur Dua berhampiran Bukit Besi petang semalam ...
Sejak Bila Dap Gugat Kedudukan Raja Di Selangor

Sejak Bila Dap Gugat Kedudukan Raja Di Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 175 hits
Oleh Mohd Fauzi Fadzil ULASAN Kempen yang digerakkan oleh Media Penerangan Perikatan Nasional diperingkat negeri Selangor cuba menggoncang keutuhan hubungan PH BN sepanjang kempen PRN ini Usaha tersebut terpaksa dilakukan PN apabila melihat...
22 Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi

22 Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 189 hits
PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 manakala Kedah dan Pulau Pinang masing masing 20 demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor pula mencatatkan 19 Negeri Sembilan 18 d
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Trends In The Domain Industry

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam