Setelah Mengetahui Keadaan Ebby Yus Ada Peminat Sanggup Berikan Sesuatu Kepadanya Yang Tak Ternilai


PELAKON dan pelawak Ebby Yus tidak menyangka ada peminat ingin mendermakan buah pinggang selepas mengetahui keadaan kesihatannya merosot sejak setahun lalu.
Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, berkata, individu berkenaan meluahkan hasrat tersebut menerusi ruang komen Facebook berhubung artikel tentang keadaan kesihatannya yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Khamis.
Bagaimanapun kata Ebby, dia belum membuat keputusan sama ada ingin menerima tawaran tersebut dan ingin bertemu dengan individu itu terlebih dahulu kerana merasakan ia satu pengorbanan besar.
“Apabila mendapat tahu ada peminat ingin mendermakan buah pinggang saya bertanya kepada diri ‘apa yang telah saya buat sehingga ada orang nak berkorban seperti ini?”
“Tak sampai hati saya hendak mengambil buah pinggang orang lain dan buat masa ini biarlah saya ikhtiar cara lain… Kalau boleh biarlah saya bertemu dengan individu itu terlebih dahulu.
“Niat dia untuk menderma pun sudah cukup buat saya berbesar hati dan rasa bersemangat. Harap saya dapat bertemu dengannya untuk mengucapkan terima kasih,” katanya kepada mStar Online.
Ebby ditemui di kediamannya di Kampung Baru Kuala Lumpur pada Jumaat.
Turut hadir Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dan Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Perfileman Nasional Malaysia (Finas), Shakib Ahmad Shakir yang turut memberi sumbangan kepada pelawak itu.
Bercakap mengenai keadaan terkininya, Ebby berkata walaupun mengalami pelbagai penyakit kronik namun keadaannya semakin baik selepas beberapa kali dimasukkan ke hospital pada tahun lalu.
Kata Ebby, dia tidak menghebahkan mengenai keadaan kesihatannya kerana tidak mahu dianggap meraih simpati selain menyusahkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.
“Boleh dikatakan sejak setahun lalu saya ‘road tour’ masuk pelbagai hospital dan keadaan ketika itu memang lemah dan ketika itu juga doktor beritahu buah pinggang saya bocor tahap tiga selain masalah prostat.
“Alhamdulillah masalah buat pinggang masih terkawal dan tidak memerlukan saya buat rawatan dialisis cuma saya kena jaga pemakanan, kawal pengambilan air serta makan ubat,” katanya.
Selain prostat dan penyakit buah pinggang tahap tiga, Ebby juga mengalami masalah lemah jantung, diabetes, darah tinggi, gastrik dan masalah saraf.
Simpati penderitaan Ebby Yus, pelawak bersatu hati cari dana
TERKESAN dengan berita keadaan terkini Ebby Yus yang menderita akibat komplikasi jantung dan buat pinggang, pelawak Ajak (Shiro) memberitahu sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringkan beban pelakon senior itu.
Ajak atau Mohamad Hanafi Razak, 33, berkata, dia juga sudah mengutarakan idea itu kepada rakan pelawak yang lain dan rata-rata bermurah hati untuk menyumbang.

Sementara itu, Ebby turut melahirkan rasa terharu terhadap ahli keluarga dan sahabat handainya yang tidak pernah melupakan dia serta sering menghulurkan bantuan walaupun acap kali dia menolak.
Kata Ebby, dia sering menolak bantuan daripada rakan-rakannya kerana berasa malu selain tidak ingin menyusahkan mereka.
“Syukur kepada Allah saya dikelilingi oleh orang-orang yang suka membantu sampai saya naik malu kerana saya tahu ada orang lebih memerlukan daripada saya.
“Apa yang saya harapkan saya ada kerja kerana bukan selama-lamanya saya boleh bergantung kepada orang lain,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ebby berkata, dia teruja akan berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah pada 28 Januari ini.
“Alhamdulillah ada pihak yang menaja saya ke sana. Walaupun keadaan kesihatan tidak memuaskan saya tawakal dan berdoa agar Allah permudahkan urusan saya di sana nanti.
“Jujur saya katakan, saya tiada wang untuk ke sana dan syukur apabila ada rakan-rakan yang menghadiahkan kelengkapan untuk ke Makkah seperti kain ihram dan jubah,” katanya.
SUMBER:MSTAR
The post Setelah Mengetahui Keadaan Ebby Yus Ada Peminat Sanggup Berikan Sesuatu Kepadanya Yang Tak Ternilai appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/setelah-mengetahui-keadaan-ebby-yus-ada-peminat-sanggup-berikan-sesuatu-kepadanya-yang-tak-ternilai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminat Murah Hati Mahu Derma Buah Pinggang Buat Ebby Yus

Peminat Murah Hati Mahu Derma Buah Pinggang Buat Ebby Yus

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 345 hits
Ebby tidak sangka ada peminat sudi mendermakan buah pinggang kepadanya PELAKON dan pelawak Ebby Yus tidak menyangka ada peminat ingin mendermakan buah pinggang selepas mengetahui keadaan kesihatannya merosot sejak setahun lalu Ebby atau Muh...
Ebby Yus Sendiri Tak Sangka Dengan Apa Ajak Shiro Buat

Ebby Yus Sendiri Tak Sangka Dengan Apa Ajak Shiro Buat

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1031 hits
TERKESAN dengan berita keadaan terkini Ebby Yus yang menderita akibat komplikasi jantung dan buat pinggang pelawak Ajak memberitahu sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringkan beban pelakon senior itu Ebby Yus Sendiri Tak S...
Ebby Yus Hilang Mata Pencarian Setahun Lebih Tidak Bekerja Kerana Buah Pinggang Bocor

Ebby Yus Hilang Mata Pencarian Setahun Lebih Tidak Bekerja Kerana Buah Pinggang Bocor

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 385 hits
Seniman yang merupakan seorang pelakon dan pelawak Ebby Yus kini hilang sumber pendapat sejak beberapa tahun kerana doktor telah mengesahkan dia mengalami masalah buah pinggang bocor dan jantungnya kembali lemah Ebby Yus yang kini berusia 5...
Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah

Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 340 hits
Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke RumahAdik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah
Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus

Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 333 hits
Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby YusEbby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus
Ebby Yus Menderita Sakit Buah Pinggang Lemah Jantung

Ebby Yus Menderita Sakit Buah Pinggang Lemah Jantung

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 462 hits
Ebby Yus KUALA LUMPUR Pelawak terkenal Muhammad Yunus Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Ebby Yus 55 kini menderita sakit buah pinggang dan lemah jantung Beliau merasai penderitaan itu hampir setahun lalu hingga mengakibatkan dia hila...
Ebby Yus Berangkat Menunaikan Umrah Atas Tajaan Seorang Sahabat

Ebby Yus Berangkat Menunaikan Umrah Atas Tajaan Seorang Sahabat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 298 hits
PELAWAK Ebby Yus selamat berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Isnin bersama seorang sahabat Menurut pelawak itu pemergian selama dua minggu dibiayai seorang sahabat prihatin yang mahu dirahsiakan namanya Saya berharap sepan...
Ebby Yus Selamat Berangkat Ke Umrah Dan Beliau Pergi Dengan Tajaan Seorg Sahabat Allahu Murah Rezeki Sahabat Itu

Ebby Yus Selamat Berangkat Ke Umrah Dan Beliau Pergi Dengan Tajaan Seorg Sahabat Allahu Murah Rezeki Sahabat Itu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 426 hits
PELAWAK Ebby Yus selamat berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Isnin bersama seorang sahabat Menurut pelawak itu pemergian selama dua minggu dibiayai seorang sahabat prihatin yang mahu dirahsiakan namanya Saya berharap sepan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator