Setelah Hampir 6 Bulan
Salam dears… Sejak PKP lagi, Mama kurangkan keluar rumah jalan jalan melainkan perlu. Setakat pergi kerja, rumah mak ayah, kedai beli barang dapur dan pergi nurseri beli pokok ja. Yup, beli pokok tu perlu hahaha. Si kembar ni lagi lah tak pergi mana, setakat pergi sekolah dan taska jer.
Antara sebab Mama lebih selesa duduk di rumah saja…
Makan kat restoran? Langsung tak. Sekali sekala tapau tu ada laa..tu pun tapau dari kedai yang kitorang dah biasa pergi kat area rumah ni saja.
Nak duduk makan dine-in kat kedai, Mama masih ada rasa was was. Walaupun tahu restoran dan pelanggan semua kena ikut macam macam SOP, tapi rasa was was tu menyebabkan Mama lebih selesa masak sendiri dan makan dirumah ja. Pergi office pun bawa bekal.
Fuhhh….memang rekod sungguh lah. Daripada seorang yang malas masak dan suka sangat makan kat kedai/restoran, dah berubah jadi seorang yang tiap tiap hari masak. Ehhh kagum plak dengan diri sendiri ni hahahaha
Tapi…akhirnya, semalam Mama ‘pecah rekod’ dan jejak gak kaki pergi makan di restoran. Sebabnya, department Mama nak belanja bos makan makan sempena farewell dia.
Sebelum decide nak pergi tu, ada gak Mama cadangkan kita order food delivery dan makan kat ofis je lah. Tapi..hmm..macam tak syiok lak, macam nothing special plak kalau makan kat ofis ja. Nak belanja untuk farewell, biar lah suasana lain daripada biasa kan?
Makan di Franco, Nu Sentral
So…akhirnya beranikan diri..jom lah makan dine-in kat restoran. Dan kitorang pilih untuk ke restoran Franco di Nu Sentral. Sebab kawan Mama pernah pergi situ dan dia kata makanan sedap dan suasana pun selesa.
Opkos kena ambil gambar makanan ni buat kenangan kannn hehehe
Masa mula mula sampai tu kan, sambil nak duduk terus terfikir “alamak aku lupa bawa hand sanitiser lah…depa dah sanitize meja ni ka tak tadi?.. Buku menu ni bersih ka tak?” Ni laa perangai suka menakutkan diri sendiri hahahaha
Tak dinafikan, rasa was was tu masih ada, maklumlah…dah lama sangat tak keluar ke mana mana melainkan perlu. Tapi nasib baik rasa was was tu kejap ja, bila tengok staff kat situ pun pakai mask & nampak ok.
Dan…nasib baik makanan sedap! Ikut tekak Mama ni lah sedap, kena dengan selera aii. Jadi terus terlupa jap rasa was was tadi dan dapat enjoy makan.
Chilli Seafood Pasta, tapi tak pedas pun
Creamy Beefy Bacon Pasta…sedap!
Yumeina Spaghetti, something different but nice.
Chocolate Walnut Brownie, Vanilla Creme Brulee dan aiskrim ni sedap! Mama suka sangat sebab tak berapa manis.
Rasa happy plak sebab dah lama tak lepak makan camtu. Puas hati…good food and good company omputih kata.. berbaloi kumpul keberanian nak pi makan kat restoran hahaha
So lepas ni akan bawa si kembar keluar makan makan tak? Errr…entah lah, Mama sendiri pun tak pasti. Masih ada rasa nak kemana mana pun, pergi kalau perlu saja. Tapi…entah…tengok lah nanti macam mana hehe
Kesian gak kat si kembar ni sebenarnya, dah hampir 6 bulan tak pergi jalan jalan ke mana pun. Nasib baik lah diorang jenis tak kisah, asalkan ada YouTube, boleh tengok TV dan main handphone…diorang lebih suka duduk di rumah ja. Ada gak Mama ajak keluar pun diorang tak nak ikut.
Tapi mungkin nanti masa birthday diorang nak bawa pergi kedai buku. Nak belanja beli komik sempena birthday. Iyaa…diorang minta komik ja untuk hadiah birthday. Senang kan anak anak aii? Low maintenance gittew..Alhamdulillah
Korang plak macam mana? Dah confident untuk ke sana ke sini? Atau jenis yang masih was was dan ‘penakut’ macam Mama? Tapi…sampai bila nak takut ja kan? Yang penting, masing masing kena sentiasa beringat, jaga jarak, jaga kebersihan dan ikut SOP…InsyaAllah semua ok kan. Kita jaga kita
56 total views, 56 views today
The post Setelah Hampir 6 Bulan… appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2020/08/setelah-hampir-6-bulan.html/