Setelah Dr Maszlee Tinggalkan Pejuang Dr Shahruddin Juga Tak Wajar Kekal Lagi Dalam Parti Itu


 
Hari ini, secara tiba-tiba Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam mengumumkan menarik diri daripada Parti Pejuang yang mana sebelum ini beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa penajanya.
Dengan pengumuman keluar itu, Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh (Sri Gading)
Sebelum ini, seorang lagi Ahli Parlimen yang rapat dengan Tun Mahathir iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) lebih dulu memilih tidak bersama dengan Pejuang.
Sebagai alternatif meneruskan perjuangannya, Syed Saddiq memilih menubuhkan parti baru – Ikatan Demokratik Malaysia atau Parti Muda.
Keputusan Dr. Maszlee, bekas Menteri Pendidikan era PH keluar daripada Pejuang tidaklah memeranjatkan sebenarnya kerana baru-baru ini beliau telah didapati menandatangani Akuan Bersumpan atau SD menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang sedang berdepan banyak masalah dan ketidaktentuan.
Meskipun SD beliau itu viral di media sosial, sehingga ini Dr. Maszlee tidak pernah menafikannya.


Melalui keputusan Dr. Maszlee ini, selain ramai yang mengalu-alukannya kerana dianggap telah membuat keputusan yang tepat demi menjamin kelangsungan perjuangannya di masa depan, tidak kurang yang ingin tahu apa pilihannya selepas ini?
Adakah beliau akan kembali kepada Bersatu?
Atau memilih wadah baru seperti PKR atau Amanah untuk pulang ke pangkuan PH yang memenangkannya di Simpang Renggam dalam PRU14 lalu?
Oleh kerana Dr. Maszlee adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu mempunyai komposisi pengundi Melayu 59.60%, Cina 30.8%, India 8.84% dan selebihnya adalah kaum-kaum lain, pilihan yang terbaik untuk beliau terus berpeluang cerah mengekalkan kerusinya ialah dengan kembali kepada PH.

Dalam hal ini, sudah tentulah piihan parti yang sesuai untuk beliau sertai ialah PKR.
Menyertai parti lain seperti Bersatu yang sedang bermasalah besar dengan UMNO adalah pilihan yang sama seperti kekal dalam Pejuang – hanya jalan mati dan tiada peluang untuk menang lagi.
Pada PRU14 lalu, Dr. Maszlee berjaya memenangi kerusi Simpang Renggam atas tiket PH yang menggunakan logo PKR dengan memperolehi 18,157 undi menewaskan calon Gerakan yang mewakili BN, Liang Teck Meng yang mendapat 14,682 undi dan calon Pas, Mohd Jubri Selamat yang memperolehi 2,983 undi.
Hanya bersama PH memberinya harapan untuk menang lagi di Simpang Renggam.
Bersekali dengan keputusan Dr. Maszlee itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Pejuang, Dr. Shahruddin Salleh juga boleh dianggap menempah jalan mati jika tidak segera membuat pilihan yang sama.

Dr. Shahruddin adalah Ahli Parlimen Sri Gading di mana komposisinya pengundinya ialah Melayu 65%, Cina 33.17%, India 1.46% dan selebihnya kaum-kaum.
Komposisi pengundi yang hampir sama antara Sri Gading dengan Simpang Renggam itu menunjukkan kekal bersama Pejuang atau menyertai Bersatu bukanlah pilihan untuk Dr. Shahruddin mampu kekal lagi di kerusi tersebut.
Tambahan lagi, dalam tulisannya pada 1 Jun lalu, beliau antara lain menulis – cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH? Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!
Berdasarkan hakikat tersebut, kembali kepada PH dan sebaiknya menyertai PKR, sama seperti Dr. Maszlee juga, ia adalah pilihan yang tepat bagi Dr. Shahruddin meneruskan perjuangannya dan bagi memungkinkannya mampu menang lagi di Sri Gading.
Tidak sekadar itu, dengan keputusan Pejuang untuk bersendirian dalam PRU15 akan datang, bagi tiga kerusi lainnya iaitu Langkawi dengan komposisi Melayu 90.37%, Cina 6.51% dan India 2.4%, Jerlun dengan Melayu 91.23%, Cina 6.89% dan India 0.1% serta Kubang Pasu dengan komposisinya Melayu 86.49%, Cina 8.53% dan India 3.46% – ia juga sukar untuk dikekalkan lagi.
Lebih sukar jika sehingga PRU15 akan datang, permohonan Pejuang untuk mendaftarkan partinya tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 
(Shahbudindotcom 02/11/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/setelah-dr-maszlee-tinggalkan-pejuang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergelutan Dalaman Punca Maszlee Tinggalkan Pejuang

Pergelutan Dalaman Punca Maszlee Tinggalkan Pejuang

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 328 hits
FB Friends of Maszlee Dah mula dah keluar pelbagai rumors dan andaian Mudah je min nak reply Bab SD ni dah berapa banyak orang kata yb Maszlee sign Dulu masa Bersatu kata nak lantik Muhyiddin Yassin sebagai orang parti yb Maszlee pun signla...
Terlalu Banyak Bermain Politik Maszlee Tinggalkan Pejuang

Terlalu Banyak Bermain Politik Maszlee Tinggalkan Pejuang

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 297 hits
Ura ura pengunduran diri Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dari Penaja Parti Pejuang telah kedengaran sejak minggu lepas lagi Hari ini ternyata Maszlee telah sah meninggalkan Dr Mahathir yang dikatakan kerap bermain politik seh...
Pejuang Ucap Selamat Maju Jaya Selepas Maszlee Umum Keluar Parti

Pejuang Ucap Selamat Maju Jaya Selepas Maszlee Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 264 hits
Pejuang mengucapkan selamat maju jaya kepada Maszlee Malik selepas beliau menarik diri daripada parti baru pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu Setiausaha agung penaja parti itu Amiruddin Hamzah berkata pihaknya juga berte...
Dr Maszlee Malik Umum Keluar Parti Pejuang

Dr Maszlee Malik Umum Keluar Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air
Netizen Puji Maszlee Tinggalkan Pejuang

Netizen Puji Maszlee Tinggalkan Pejuang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 257 hits
Sebaliknya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mahu bergerak melalui NGO dan memberi tumpuan kepada kerja kerja kebajikan di kawasan parlimen itu Sebelum ini bekas Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman juga tidak terlibat dalam penubu...
Luahan Hati Dr Maszlee Selepas Tinggalkan Pejuang

Luahan Hati Dr Maszlee Selepas Tinggalkan Pejuang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 331 hits
Sejak menjadi Ahli Parlimen pasca 9 Mei 2018 yang lalu salah satu beban yang saya akan pikul hingga ke akhirat adalah beban kebajikan rakyat di Simpang Renggam Masa berlalu dan semakin lama saya turun berjumpa dengan penduduk dan masyarakat...
Pendeta As Ini Ramalkan Donald Trump Menang Pilpres Setelah Itu Kiamat Terjadi

Pendeta As Ini Ramalkan Donald Trump Menang Pilpres Setelah Itu Kiamat Terjadi

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 273 hits
Pendeta Amerika Serikat yang kerap berceramah di televisi Pat Robertson meramalkan Donald Trump akan terpilih kembali dalam pemilihan presiden awal November mendatang Kemudian dia mengklaim kemenangan Trump akan disusul dengan kiamat
Apa Jadi Dengan Pendaftaran Pejuang Tanya Penaja Parti

Apa Jadi Dengan Pendaftaran Pejuang Tanya Penaja Parti

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 220 hits
Apa jadi dengan pendaftaran Pejuang tanya penaja parti Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2020 3 39PM
Maszlee Malik Exits Pejuang

Maszlee Malik Exits Pejuang

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 284 hits
Simpang Renggam MP Maszlee Malik has announced his exit from former premier Dr Mahathir Mohamad s party Pejuang The former education minister said he would continue his efforts for education reform through his capacity as an independent law...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut