Setel Petronas Kini Di Melaka
SETEL adalah satu aplikasi pembayaran di stesen minyak tanpa menggunakan wang tunai. Ia adalah satu aplikasi e-wallet yang memberi kemudhan kepada pengguna hanya membayar melalui telefon pintar.
Sudah tentu anda kena donlod dahulu aplikasi SETEL ini dahulu dari Google Play untuk pengguna android. Masukkan maklumatdan jangan lupa masukkan wang dalam e-wallet dan anda dah boleh guna. Senang sangat.
Aku dah lama donlod aplikasi SETEL ini sebelum ia diperkenalkan di Melaka kerana aku melihat kemudahan lain iaitu ia ada pautan Mesra Card maka aku boleh lihat mata kutipan aku. Untuk aku inilah kelebihan utama SETEL. Memang Petron pun ada kad Petron tapi aku agak sukar nak lihat mata dan dahulu pun aku sukar nak periksa mata Mesra Kad.
Dan kini aku adalah pengguna tetap Pteronas kerana aku percaya dengan kebolehpercayaan Mesra Kad ini. Dunia sekarang adalah dunia teknologi bukannya dunia yang memerlukan "red tape" untuk memeriksa sesuatu maklumat.
Dan aku tabik dengan Petronas kerana melangkah ke hadapan dalam memperkenalkan aplikasi SETEL ini. Baiknya SETEL ini ialah aku boleh kongsi e-wallet dengan keluarga aku. Pakai satu e-wallet dan boleh tuang minyak dimana-mana dengan syarat kena tahu passwordnya ler..ahaks..Kalau kecemasan boleh ler guna.
Antara kelebihan gunakan applikasi ini ialah;
1. Tidak perlu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembelian petrol2. Tidak perlu juga keluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam
3. Berpeluang mendapat rebet petrol4. Berpeluang mendapat kredit apabila meng”refer”kan kenalan install aplikasi SETEL5. Rekod pembelian petrol direkod terus secara automatik ke dalam Kad Mesra6. Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel. Jadi tak timbul isu resit hilang, atau resit tak hilang tapi tulisan yg hilang
7. Kad Mesra dimasukkan sekali dalam applikasi Setel. Ia secara automatik akan direkodkan setiap kali pembelian petrol
Dan semenjak beberapa hari ini aku lihat hampir semua Petronas di Melaka tengah sibuk naik banner SETEL ini. Wau!! Melaka dah boleh pakai SETEL ler. Tapi aku tengah pikir nak pakai atau tak. Kalau tanya aku, aku suka bayar cash jer..tapi kalau nakikut perkembangan pakai e-wallet jer. Tengok macam mana.
Satu lagi persoalan ialah tak bahaya ker pakai internet atau frekuensi semasa mengisi minyak. Kata telefon ini boleh menyebabkan minyak terbakar. Sebagai contoh pemandu sebelah kita tengah tuang minyak dan kita sibuk on internet nak isi minyak pakai SETEL. Bahaya ke tak? Ini memerlukan pencerahan dari pihak Petronas..
Kalau anda berminat boleh ler donlod aplikasi SETEL disini:
Use Setel and pump petrol like a boss.
Unlock the petrol pump INSIDE your car, track your expenses, view current fuel price, receive monthly fuel statement, redeem & earn Mesra points.
Setel with me and we'll both enjoy RM5 after your first RM30 petrol purchase!
My referral code: sdha9
https://www.setel.my/ref/sdha9
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hanifidrus.com/2020/02/setel-petronas-kini-di-melaka.html