Setakat Mana Had Kesabaran


 Menurut Pak Hamka, Insan atau manusia adalah makhluk yang istimewa dan pilihan di sisi ALLAH. Manusia diciptakan lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi daripada makhluk lain serta bertujuan untuk membongkar rahsia Ilahi yang terpendam di permukaan bumi ini.
Sesungguhnya, matahari memancarkan sinar, bulan menyebarkan cahaya dan bintang-bintang berkerlipan di malam sunyi, semuanya untuk manusia. Begitulah juga air sungai mengalir, lautan terbentang serta tumbuh-tumbuhan menghijau juga untuk manusia. Bahkan malaikat yang menjadi penghuni ghaib dari langit dan bumi ditugaskan semata-mata untuk menjaga manusia.

Ujian

Pun begitu, tujuan diciptakan manusia adalah cukup besar sehinggakan Imam Al-Ghazali pernah menegaskan, “Apabila tujuan sangat besar dan mulia, sukarlah jalan yang ditempuh dan bukanlah sedikit rintangannya.”
Menurut perspektif Islam, terdapat beberapa perkara besar yang harus dilaksanakan oleh seseorang Muslim antaranya melaksanakan ibadat, menjauhi maksiat dan menempuhi ujian. Apa yang nyata, semua perkara tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kita bersabar. Namun bukan mudah untuk bersabar.
Sebetulnya, masih ramai yang beranggapan bahawa kesabaran itu ada hadnya. Oleh itu, apabila sesuatu perkara yang berlaku ke atasnya melebihi had kesabaran, maka adalah wajar beliau bertindak balas.
Tambahan pula, dengan adanya sokongan daripada individu yang terdekat bahawa perbuatan bertindak balas itu wajar, membuatkan beliau semakin yakin bahawa tindakan itu adalah betul. Persoalannya, adakah kita benar-benar mengetahui had kesabaran kita dan adakah benar kesabaran itu ada hadnya?
Hakikatnya, kita sendiri tidak tahu setakat mana had sabar. Ini kerana bergantung kepada situasi dan mood kita pada hari tersebut.
Ada ketikanya, kita boleh bersabar dengan gurauan rakan-rakan dan ada waktunya kita marah dan berkecil hati dengan gurauan tersebut walaupun rakan baik sendiri.
Begitu juga dengan had sabar, sebetulnya tiada had sabar dalam hidup kita. Apa jua rintangan, kita perlu bersabar selaras dengan firman ALLAH: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira.” (Surah al-Zumar, 39:10).
Berkaitan hal itu, teringat saya kepada satu peristiwa sewaktu mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu. Sewaktu saya hendak membeli kopi di sebuah gerai dalam lapangan terbang antarabangsa Madinah, saya cukup terkejut dengan pekikan serta jeritan daripada sekumpulan jemaah Arab terhadap pihak berkuasa lapangan terbang.
Setelah saya bertanya salah seorang pegawai mereka yang boleh berbahasa Inggeris, beliau memberitahu jemaah tersebut tidak berpuas hati kerana pihak petugas lapangan terbang tidak membenarkan waris mereka yang mati mengejut di lapangan terbang balik bersama-sama dengan mereka mengikut jadual penerbangan yang asal. Natijahnya, mereka berterusan memekik dan ada yang cuba bertindak secara kasar.
Mujurlah peristiwa itu dapat dikendalikan dengan baik akhirnya. Setelah suasana agak tenang, saya mendekati pegawai tadi dan bertanya kepada beliau, “Bagaimana dia boleh menghadapi situasi yang begitu tegang tadi?. Balas beliau, “Sabar, walaupun sukar.” Ini bermakna, hanya sabar sebagai ubat yang paling mujarab mendepani segala krisis dalam hidup kita.
Menurut pakar psikologi, kita boleh memberikan pelbagai alasan untuk tidak bersabar. Namun implikasi terhadap sikap tidak sabar cukup banyak seperti, cepat marah, mudah kecewa, tidak boleh berfikir dengan rasional, gagal membuat keputusan yang betul dan menjarakkan kasih sayang.
Kebanyakan mereka yang tidak bersabar, sikapnya agak ketara apabila perlu beratur panjang di kaunter bayaran, sewaktu kesesakan lalu lintas serta di pelbagai tempat yang melibatkan masyarakat awam. Natijahnya, kita pula kena bersabar dengan kerenah mereka.
Secara prinsipnya, sabar adalah satu latihan spiritual yang berpanjangan bagi mencapai kebebasan emosi. Apabila kita bersabar bukannya bermakna kita perlu diam dan tidak aktif, sebaliknya kita perlu jadikan sabar sebagai teras pegangan hidup untuk menjadikan kita lebih berkuasa ke atas diri sendiri dalam mengharungi ketidaktentuan dunia.
Apa yang penting, kesabaran menjauhi kita daripada terbelenggu dengan minda yang sempit serta hati yang keras, bersabarlah.


*Prof Madya Dr Huzili Hussin ialah Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi Universiti Malaysia Perlis sinarharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/bXzFd/~3/tTt3dULEg4M/setakat-mana-had-kesabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 320 hits
Muhyiddin mempunyai senjata yang PALING ampuh Satu call satu kata dua sudah cukup sesiapa Saja membuat pilihan Sekurang kurangnya ITU lah bayangan Lokman yang sudah tidak ceria dan tidak yakin untuk menentang Muhyiddin Tanpa berani jenik PA...
Rujuk Undang Setakat Mana Diterima Dibolehkan Dan Jangan Mudah Sangat Nak Cap Derhaka

Rujuk Undang Setakat Mana Diterima Dibolehkan Dan Jangan Mudah Sangat Nak Cap Derhaka

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 366 hits
Menuding derhaka atas kepentingan politik Jika MERASA benar tunggu sahajalah KEPUTUSAN dan pandangan mahkamah pihak yang layak membuat KEPUTUSAN Ahli Parlimen mempunyai Parlimen untuk menyatakan pandangan dalam Parlimen dan bukan suka menud...
Melalut Lagi Mb Kedah Ni Macam Mana Pas Pilih Dia Jadi Mb Kedah

Melalut Lagi Mb Kedah Ni Macam Mana Pas Pilih Dia Jadi Mb Kedah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 321 hits
MIC hari ini membidas Menteri Kedah Sanusi Md Nor dan mencadangkan kepadanya supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan secara semberono dalam isu cuti peristiwa sambutan Thaipusam pada 28 Januari ini Ini selepas naib presiden par...
Ostad Balak Juai Ayaq Sungai Mana Kisah Pasai Perpaduan

Ostad Balak Juai Ayaq Sungai Mana Kisah Pasai Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 352 hits
MIC menyelar Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai angkuh dan rosak berikutan keputusan beliau membatalkan cuti perisitiwa untuk sambutan Thaipusam di negeri itu Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata keputusan Sanusi itu me...
Penceroboh Mahu Di Hargai Di Mana Keadilannya

Penceroboh Mahu Di Hargai Di Mana Keadilannya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 257 hits
Samka mahu sumbangan pekebun haram tak dipertikaiBANGI Lantang memperjuangkan nasib pekebun haram durian Musang King di Raub Pahang Save Musang King Alliance menggesa supaya sumbangan mereka tidak dipertikai Atas alasan kononnya usaha keras...
Mana Cantik Nya Umno

Mana Cantik Nya Umno

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 418 hits
Bukan sahaja Annuar MUSA tetapi setiap seorang ahli umno akar umbi atau pemimpin AKAN bercakap dan menelanjangkan pemimpin mereka sendiri Kerajaan Hari ini pun sebahagian nya dari umno dan sesetengah kementerian yg dikritik Menteri nya dari...
4 Alasan Milenial Ragu Buat Investasi Kalau Kamu Yang Mana

4 Alasan Milenial Ragu Buat Investasi Kalau Kamu Yang Mana

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 271 hits
Padahal zaman sekarang nabung doang nggak akan cukup buat mempersiapkan masa depan
Pegawai Kesihatan Boleh Digerakkan Ke Mana Mana

Pegawai Kesihatan Boleh Digerakkan Ke Mana Mana

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 272 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR DR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Seseorang pegawai kesihatan kini boleh bertugas di mana mana sahaja yang memerlukan perkhidmatannya susulan penambahbaikan Sijil Amalan Tahunan di bawah Ordinan Darurat Covid 19 Ke...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat