Setahun Covid 19 Terkesan Dan Semakin Penat Semoga Ada Pengakhiran


Mohd Zaini Samsu Hadi Foto hiasan. Petugas barisan hadapan berehat seketika sementara menunggu proses saringan dijalankan. KUALA LUMPUR – Genap setahun penularan wabak Covid-19 di negara ini ternyata pandemik yang tercetus di Wuhan China itu  memberi kesan yang amat mendalam kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira sektor.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan disusuli dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi untuk melandaikan keluk kes Covid-19 di peringkat awal memberi kesan yang memberangsangkan, namun gelombang kedua membawa cerita yang berbeza.
Saringan secara besar-besaran di seluruh negara terutamanya melibatkan asrama pekerja menyebabkan jumlah kes baharu melonjak dan kematian yang direkodkan juga bertambah dari sehari ke sehari.
Paling membimbangkan lonjakan kes juga disebabkan oleh kegagalan pematuhan SOP seperti merentas kawasan, mengadakan perhimpunan dan tidak memakai pelitup muka.
Sehingga semalam sebanyak 183,801 kes positif Covid-19 telah dicatatkan dengan 678 kematian manakala 141,446 atau 77 peratus pesakit telah sembuh daripada virus ini.
Memasuki gelombang ketiga, seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di sebalik segala kerja keras untuk membendung wabak ini, penghujung Covid-19 masih belum kelihatan.
Bekas kakitangan swasta, A. Kamaladevi ketika ditemui MalaysiaGazette berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui akibat pandemik Covid-19.
A. Kamaladevi  foto AFIQ HAMBALI, Katanya, dia telah diberhentikan kerja oleh majikannya kerana syarikat tempatnya bertugas tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerja.
Wanita berusia 50 tahun itu bagaimanapun redha dengan apa yang berlaku kerana memahami situasi semasa serta keadaan yang dialami di seluruh dunia akibat wabak tersebut.
“Dah nak buat macam mana seluruh dunia sedang berdepan dengan masalah yang sama.
“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal seperti ini cuma kita minta agar kerajaan dapat memikirkan cara yang lebih berkesan dalam menangani wabak tersebut.
“Sekarang ini ramai yang sedang dalam kesusahan. Jadi kerajaan kena fikirkan sesuatu agar rakyat tidak terus hidup dalam keadaan yang tertekan,” katanya.
Bagi pembantu kedai, Azizah Husin, 26, pula, pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menjejaskan ekonomi terutama melibatkan anggota keluarganya.
Azizah Husin Katanya, kesukaran itu menyebabkan dia terpaksa berjimat cermat ketika ini dan hanya berbelanja untuk mendapatkan barang yang benar-benar perlu sahaja.
“Sekarang ini memang susah sebab ekonomi keluarga setiap orang terkesan akibat daripada wabak ini.
“Cuma saya harap agar Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak terus berlarutan kerana ia boleh memberi impak kepada banyak pihak,” ujarnya.
Ruslan Ali, 23, pula berpandangan, wabak Covid-19 yang ditakuti semua orang ketika ini telah menyebabkan keadaan kehidupan masyarakat berubah dalam sekelip mata.
Ruslan Ali Tambahnya, apa yang berlaku menuntut setiap orang agar mengubah cara hidup mengikut norma baharu dengan setiap individu perlu memiliki kendiri masing-masing supaya tidak terkena jangkitan wabak tersebut.
“Semua orang terkesan dengan wabak ini lebih-lebih lagi mereka yang pernah dijangkiti.
“Jadi, saya harap agar setiap orang dapat mematuhi apa yang disarankan oleh kerajaan agar kita dapat memutuskan rantaian wabak ini dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala,” ujarnya.
Sementara itu seorang akauntan, L. Saravanan, 34, berkata, pandemik Covid-19 yang sedang dilalui sememangnya sesuatu yang mengejutkan.
L. Saravanan Katanya, ia merupakan suatu situasi yang tidak pernah dilalui sebelum ini dan apabila ia berlaku semua orang menjadi kekok untuk menerima apa yang terjadi.
“Kalaulah PKP ini berlarutan, semua orang akan berdepan dengan masa depan yang muram dan saya berharap agar apa yang berlaku ini akan berubah juga satu hari nanti,” katanya.
Bagaimanapun, lain pula bagi Kaahui Yap, 22, apabila memberitahu, perniagaan bosnya menjadi lebih baik ketika PKP dilaksanakan pada masa ini.
Ini kerana katanya, ramai yang berkunjung ke premis tempat dia bekerja dan jualan alat komunikasi laris tidak seperti hari biasa.
Kaahui Yap “Sekarang ini semua orang bekerja dari rumah, jadi alat komunikasi sudah menjadi satu keperluan.
“Ramai yang singgah ke kedai kami untuk membeli atau memperbaiki alat komunikasi masing-masing untuk kemudahan tugas mereka.
“Tapi apa yang penting saya tetap berharap agar kita semua dapat kembali menjalani kehidupan seacra normal,” ujarnya.  – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/setahun-covid-19-terkesan-dan-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Semakin Mengganas Malaysia Catat Rekod Lagi

Covid 19 Semakin Mengganas Malaysia Catat Rekod Lagi

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 230 hits
Malaysiakini Kes baru paling tinggi hari ini 5 728 kes maklum KKM Selangor mencatat rekod tertinggi dengan 3 285 kes Sementara itu 13 lagi kematian dilaporkan manakala seramai 319 pesakit di ICU dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan ...
Calon Pelajar Spm Positif Covid 19 Semoga Semuanya Dipermudahkan

Calon Pelajar Spm Positif Covid 19 Semoga Semuanya Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 344 hits
Calon Pelajar SPM Positif Covid 19 Semoga semuanya dipermudahkan Sebak rasanya bila dapat tahu salah seorang calon SPM dari Maktab Rendah Sains Mara Lipis Pahang didapati positif Covid 19 Banyak betul dugaan pelajar sekolah sekarang ini ter...
Covid 19 Ahmad Said Dan Isteri Dilaporkan Semakin Pulih

Covid 19 Ahmad Said Dan Isteri Dilaporkan Semakin Pulih

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 259 hits
Keadaan kesihatan Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Dato Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud kini laporkan semakin baik dan stabil Menurut perkongsian anak perempuan beliau Nor Asdayana Ahmad di laman facebooknya sel...
Setahun Pandemi Tak Satu Pun Warga Suku Baduy Kena Covid 19 Ini Rahasianya

Setahun Pandemi Tak Satu Pun Warga Suku Baduy Kena Covid 19 Ini Rahasianya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 423 hits
Hampir satu tahun pandemi Covid 19 atau corona tidak ada satu pun warga Suku Baduy di pedalaman Provinsi Banten yang terkonfirmasi positif Padahal di Kabupaten Lebak jumlah kasus sudah mencapai 1 179 yang tersebar di 28 kecamatan hingga Kam...
Semakin Kurus Dan Gelap Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi Covid 19

Semakin Kurus Dan Gelap Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi Covid 19

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 279 hits
Pelakon Harris Annuar menerusi akaun Instagramnnya memaklumkan dia kini sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan isolasi usai saja dia bebas daripada jangkitan COVID 19 baru baru ini Sumber Instagram Harris Annuar nbsp Dia yan
Covid 19 3 585 Jangkitan Baharu Hari Ini 700 Kematian Dalam Tempoh Setahun

Covid 19 3 585 Jangkitan Baharu Hari Ini 700 Kematian Dalam Tempoh Setahun

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 271 hits
Hilmi MalikJanuari 26 2021Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 11 kes kematian baharu akibat COVID 19 direkodkan selama dua hari berturut turut Gambar failKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut turut ak...
Semakin Ramai Tampil Saring Covid 19

Semakin Ramai Tampil Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 154 hits
Oleh NOR AZIHAN MD GHAZALI SHAH ALAM Keprihatinan masyarakat mengenai jangkitan Covid 19 semakin baik apabila ramai tampil melakukan ujian saringan secara sukarela Pengurus Operasi Klinik Selcare Sdn Bhd Mohd Noor Md Nasir berkata Klinik Se...
Covid 19 Sudah Setahun Tapi Kerajaan Pn Belum Tentu Hala Tuju

Covid 19 Sudah Setahun Tapi Kerajaan Pn Belum Tentu Hala Tuju

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 252 hits
ARIF ATANPengerusi Parti Amanah Negara Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berpendapat kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai keupayaan menghadapi situasi pandemik Covid 19 Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu itu berkata banyak ke...
Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 229 hits
Saya sentiasa berdoa wabak COVID 19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID 19 Noradilah Rani 33 berkata selepas kematian suaminya Mohammad Yusof Haron 34 p...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest