Setahun Berlalu


Hari ini genap setahun saya dan Encik Suami menetap di negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Banyak pengalaman baru yang saya lalui, juga banyak hal yang membuat diri saya berubah dari kebiasaan hidup sebelumnya

Kalau sebelum ini saya perlu hadap kerenah manusia (merujuk situasi ketika saya menetap di rumah PP), tapi di sini saya perlu hadap kemunculan pelbagai haiwan di sekeliling rumah dan di dalam rumah. Saya perlu biasakan diri melihat cacing besar, lipan besar, pelbagai jenis siput merata-rata di lantai/dinding/cermin tingkap (mujur semuanya di bahagian luar rumah) dan pelbagai jenis serangga lain yang tak diketahui entah apa namanya. Setahun berlalu, saya tidak lagi menjerit takut tapi sesekali menjerit kecil kerana terkejut

Saya juga sudah berani berhadapan dengan cicak - makhluk yang paling menyusahkan hidup saya kerana setiap hari perlu bersihkan tahi cicak di banyak tempat. Saya jadi berani kejar dan bunuh cicak - sembur dengan racun atau pepah dengan penyapu. Beberapa bulan lalu, kemahiran saya meningkat lagi - saya tangkap cicak dengan menggunakan penyepit panjang. Hilang rasa geli, takut atau kasihan. Entah sudah berapa banyak cicak mati ditangan saya 😬
Tapi setakat ini saya masih belum berani menguruskan - lipan besar, anak mengkarung dan anak biawak yang masuk dalam bilik air. Sebab ruangnya sempit, gerun pulak membayangkan haiwan ni lari ke arah saya 😅
Saya juga sudah membiasakan diri dengan kondisi rumah yang agak kurang sedap mata saya memandang. Sebuah rumah lama yang cukup luas dengan lima buah bilik - ada ‘cacat’ di sana sini dan sukar pula untuk saya pastikan semuanya dalam keadaan sentiasa bersih. Sebagai langkah mengurangkan kerja pembersihan, kami cuma gunakan tiga buah bilik sahaja - satu bilik tidur kami, satu bilik untuk tetamu dan satu bilik simpan barang-barang kami. Pendek kata, saya sentiasa ada banyak kerja pembersihan perlu dilakukan di rumah ini. Jauh beza ya sewaktu menetap di rumah yang baru di bina dan berada dalam kawasan bandar 😄
Apa perasaan saya setelah setahun di sini?Alhamdulillah setakat hari ini saya rasa jauh lebih gembira berbanding menetap di tempat lain sebelum ini. Mungkin kerana suasana kehidupan di sini yang begitu dekat dengan jiwa - saya suka alam semula jadi. Siang dan malam sentiasa mendengar irama alam - cengkerik dan bunyi pelbagai jenis burung. Saya juga sukakan kehidupan yang jauh dari suasana sibuk. Saya temui ketenangan dan bahagia di sini

Tentang kekurangan lain, semuanya bukanlah suatu hal besar. Di mana pun kita berada, sentiasa ada cabaran tersendiri. Semuanya bergantung kepada tahap toleransi kita terhadap satu-satu hal

Beberapa foto kenangan sewaktu baru berpindah :
Pertama kali saya ternampak biawak besar ini semasa keluar rumah nak menyidai pakaian. Foto ini dirakam menerusi tingkap rumah, si biawak tak sedar saya memerhatikannya. Gerun juga saya bila tengok kuku tajamnya

Suasana kehijauan dan jajaran bukit batu kapur - lanskap alam yang menambat hati saya

Mamu Zabidi Char Kuey Teow - tempat makan pertama kami selepas berpindah ke sini. Lokasinya di sebelah Masjid al-Husna, Batu Bertangkup kira-kira 5 km dari rumah kami. Batu Bertangkup - nama tempat yang cukup klasik! Masa hari-hari awal berpindah tu saya tak memasak sebab fokus hal membersihkan rumah, makanya hampir setiap senja di sinilah kami menjamu selera sambil memerhatikan kehidupan masyarakat sekitar

Foto hari ini :
Rutin saya hampir setiap pagi - morning walk di kawasan rumah. Sekarang ni matahari terbit seawal pukul 7.05 pagi. Awal pagi lagi sinaran matahari dah memancar terang. Menitik peluh di muka walau saya cuma melangkah kurang 1 km

Alhamdulillah…setahun sudah berlalu. Semoga hari-hari saya seterusnya di sini menjadi momen indah dalam perjalanan hidup saya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/setahun-berlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Melecur Masuk Bilik Tnb Setahun Lalu Kini Makin Sihat Sudah Kembali Ke Sekolah

Budak Melecur Masuk Bilik Tnb Setahun Lalu Kini Makin Sihat Sudah Kembali Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 152 hits
Masih ingatkah kita dengan seorang kanak kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas Pulau Pinang tahun lalu Hari ini Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kin...
Buku Kad Laporan Setahun Kerajaan Madani Dibakar Angkara Siapa

Buku Kad Laporan Setahun Kerajaan Madani Dibakar Angkara Siapa

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 156 hits
Parahnya deep state dalam kementerian siapa bakar Setahun Kerajaan Madani HarapandailyTular di media sosial dakwaan mengenai kejadian Buku Kad Laporan Setahun Kerajaan Madani dibakar Menurut perkongsian pengguna Facebook Faizal Rahman insid...
Baru Setahun Jagung Tak Ada Gurau Senda Usik Mengusik Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga

Baru Setahun Jagung Tak Ada Gurau Senda Usik Mengusik Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 75 hits
Rumah tangga kita kitalah yang perlu mencoraknya bagaimana ia perlu berlangsung dengan baik Namun jangan dibiarkan hilang serinya biarpun telah lama berumahtangga Periksa semula masih adakah rasa saying gurau senda dalam rumah tangga Ini ya...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang