Sessi Persekolahan 2020 We Are Ready
assalamualaikum
salam tahun baru dari saya 😄😄😄
akhirnya, 2020 menjelma. and bersyukur saya masih diberi peluang hirup udara segar di dunia ni oleh Allah
terima kasih ya Allah 😌😌😌
tapi tu lah, jengah-jengah luar tingkap pepagi tadi... masih tak nampak kereta terbang!!!
hmmm bukan ke dedolu, tahun 90an, kata nyer bakal ada kereta terbang di thun 2020.
mana nyer???😆😆😆😆 gurau-gurau 2020 ha ha ha ha ha..
throwback zaman saya sekolah dulu, wawasan 2020 ni baru di up kan oleh Tun M (PM ke4 masa tu)
how excited we were masa tu. "wow! 2020. nombor cantik dah. hidup lagi kah kita nanti ekk? mesti best oooo!"again, alhamdulillah, ni hah ada ni hah menaip kat blog. sihat walafiat
takpe la. byk sgt dah kemajuan berbanding 90an. sgt byk..
suka dgn perkembangan yg positif gini. lagi 20 thn, apa la plak perubahannya kan... saya dah pencen dah masa tu hu hu hu... moga dikurniakan kesihatan yg sempurna la masa tu
aminnn..
tu la yg nak citer, utk anak-anak saya bertiga tu, ready dah nak gi sekolah sok pagi
hanya buku kakak-kakak je yg saya belum beli
akhir thn lepas, ada skit masalah. tu yg tak dpt beli buku diorang
buku-buku Izzat, perlahan-lahan la saya balut and harap siap by this Ahad 👌
tapi yg lain, ok ok la. settle 👌
printscreen dari fb. kelakar 😄.
bila saya tunjuk kat mr.asben, dia gelak je. dia la tu "suami" di atas.
sorang dpt la 2 pasang kasut sekolah thn ni. silih berganti tiap minggu
kalau hujan, boleh pakai sepasang lagi..
and kasut diorang ni semua tak sampai pun rm30 sepasang, beli di Family Store
kasut Izzat yg kecik tu, tak cecah pun RM22. terbaik. brand asadi
laci alatulis pun dah penuh kembali
kakak-kakak dah pun naik sekolah menengah, tu yg byk stok pen, correction pen, stapler..
alatulis budak besar lah kan. siap kak Nurin nak pen warna-warni utk buat nota
pe pun yg diorang request, saya ok je. yg relevan lah kan 👍
stok baju & kain sekolah menengah
takde lagi kain biru tua or kain hitam
stokin tu memang byk! tiap hari tukar, jaga kesihatan kaki..
tahun ni, diharapkan semua berjalan lancar utk anak-anak saya bertiga
setiap saat saya berdoa agar diorang menjalani hari-hari di sekolah dgn aman, sempurna dan ceria
azam saya 2020 ni
ada la a few. tapi ada satu yg utama 😎
next entry saya citer. moga ada la ruang jap lagi nak update blog lagi hi hi hi..
bye! mau pergi buat breakfast 😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2020/01/sessi-persekolahan-2020-we-are-ready.html