Seseorang Boleh Menjadi Muflis Di Akhirat Nanti Disebabkan Dosa Dosa Dengan Orang Lain
Orang muflis di padang mahsyar ialah orang yang banyak pahalanya. Pahala solat, puasa dan zakat banyak, tapi malangnya pahala yang banyak itu bukan miliknya tetapi milik orang lain yakni orang yang pernah dizaliminya, dirampas haknya, diumpatnya, difitnahnya, dipukulnya dan lain lain lagi. Muflis di dunia hanya sementara tapi muflis di akhirat lama masanya!
Sabda Junjungan Besar Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?. Para sahabat menjawab: Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan dinar serta harta benda. Baginda bersabda: Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan diletakkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa). [Hadis Riwayat Imam At Tirmizi 2342]
Wall iyadzubillah.
Begitulah dahsyatnya dosa seseorang dengan orang lain jika mereka tidak meminta maaf sebelum mati dan mereka juga perlu berasa khuatir dan bimbang kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Di akhirat nanti, ada satu golongan manusia yang pahalanya banyak tetapi dia tetap miskin papa kedana. Walaupun ketika di dunia dia banyak bersedekah, banyak tahajjud, banyak baca Quran, banyak bantu orang, rajin kerja amal di masjid, tetapi peliknya ketika malaikat menimbang amalnya di mizan, takde pahalanya di akhirat. Timbangannya kosong.
Rupa-rupanya pahala amalnya telah diambil orang dan sebahagiannya lenyap begitu sahaja.
Pahala amalnya diambil orang kerana dia mengumpat, memfitnah, iri dan dengki terhadap sesama muslim yg lain.
Sebahagian pahala amalnya lenyap begitu sahaja kerana adanya sifat ujub, riyak dan sum'ah dalam amalnya. Maka muflislah dia. Kalau di dunia manusia muflis akan meminta² di jalanan, begitulah muflis di akhirat meminta² di mahsyar siapa yg akan memberinya pahala.
Namun tidak akan ada satu orang pun yang sanggup memberikan 1 pahala walaupun ditukar dengan seluruh kekayaan dunia dan isinya.
Sentiasalah periksa niat kita dalam beramal. Jaga hati jangan sampai ditipu oleh iblis. Selalulah kembalikan setiap pujian itu hanya kepada Allah.
Betullah Allah tahu siapa yg mampu di duga, sedang dia di duga, malaikat laju mencatat pahala kesabarannya.
Semoga Allah memberi kekuatan, kesabaran, ketenangan, kecekalan kepada saya jika di uji sebegini.
Elak Muflis di Akhirat
Syarat Syarat taubat yang Sebenar.
1) menyesal - merasa bersalah, berdosa
2) Berhenti dari berbuat dosa. Istighfar yang tipu adalah mulut istighfar tapi masih buat dosa juga, tak berhenti
3) Berazam tidak akan buat dosa lagi. Tidak ingin mengulangi lagi di masa akan datang.
4) Dosa yg berkait dengan hak org seperti tidak bayar hutang, ambil barang maka bayar hutang, pulangkan brg orang itu. Pernah fitnah, mengumpat, sangka buruk, menghina, maka minta maaf sebelum datang hari kiamat yang boleh menjadikan seseorang muflis.
Peringatan untuk diri saya sendiri.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Wallahu A'lam.
InsyaALLAH. Sama-sama kita muhasabah.
Sumber : Mohd Saleh, Ustaz Wadi Annuar Dan Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2021/12/seseorang-boleh-menjadi-muflis-di.html