Sesalan Borneo


 
Diberitakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak kesal akan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 kerana ‘sentimen perkauman dan keagamaan yang semakin keterlaluan’ di negara ini. Berita dilaporkan media yang memetik kata-kata Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau.
Madius dilapor menggunakan isu garis panduan penglibatan umat Islam dalam perayaan dan upacara agama lain untuk ‘drive home his point’. Kata beliau walaupun Kabinet telah menolak cadangan itu (sebenarnya Jemaah Menteri menyifatkan garis panduan berkenaan sesuatu yang tidak perlu) masih ada ‘suara sumbang yang mempersoalkan keputusan itu’.
Suara-suara itu kata beliau ibarat menabur bibit perpecahan dan sengaja memanjangkan kekeliruan dalam masyarakat majmuk di negara ini. “Malah suara kebencian berbaur agama seperti inilah yang menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak merasa kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia,” katanya tempoh hari semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Tangau mendakwa, ramai dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak yang berkata ‘the Malaysia of today is not the Malaysia that we agreed to form under the Malaysia Agreement 1963. To us in Sabah MA63 is encapsulated in the Batu Sumpah in Keningau where it says..agama bebas dalam Sabah’.
Mengenai tindakan beberapa pihak yang tidak setuju garis panduan pembabitan orang Islam dalam acara keagamaan orang bukan Islam diketepikan ‘I wouldn’t call them suara-suara sumbang’ seperti dilabel Tangau walaupun saya sendiri tidak setuju perkara ini dijadikan isu berterusan.
Saya setuju dengan pendapat beliau suara-suara itu ibarat menabur bibit perpecahan dalam kalangan rakyat. Pihak yang mahukan garis panduan itu terdiri orang Melayu Islam. Ramai atau hanya segelintir saya tidak pasti. Mereka ada ‘alasan’ tersendiri. Masyarakat bukan Islam memberi respons kerana rasa terkesan jika adanya garis panduan itu. Maka terjadilah perselisihan. ‘But this is for another day’.
Sebenarnya, bukan soal ini sahaja yang dijadikan isu. Lantas benar kata Tangau sentimen perkauman dan keagamaan keterlaluan. Kata saya semakin menjadi jadi. Bagi saya itu semua amat membimbang dan membosankan. Rasanya ramai yang bersependapat. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan apabila Tangau mengetengahkan perasaan rakyat Sabah dan Sarawak.
Tangau orang Sabah tetapi bercakap juga ‘bagi pihak’ Sarawak. Boleh diterima dengan mengambil kira beliau pemimpin Borneo. Apabila beliau kata rakyat Borneo ‘meluat’ (ini istilah saya bukan beliau) dengan apa yang sedang terjadi saya percaya. Cuma yang ingin saya tahu adakah tahap meluat rakyat Borneo begitu tinggi sehingga mereka menyesal Sabah dan Sarawak menubuhkan Malaysia bersama Malaya dulu? Jika benar mereka sesal ini memeranjat dan menyedihkan.
Namun, jika benar memang boleh kita faham. Di Sabah terutama di Sarawak isu agama tidak diterima rakyat. Tidak ada isu agama. Tidak ada dakwaan Islam terancam. Semua aman dan ‘mixed marriages helps’. Kesimpulannya isu agama tak laku. Lalu orang politik pun tak jual benda yang tak laku.
Di Sarawak, semenjak Taib Mahmud menjadi ketua menteri lagi ‘larangan’ ke atas parti Semanjung ‘dikuatkuasakan’. Setahu saya larangan itu masih ada di zaman pemerintahan Abang Jo sekarang. Bagi pemimpin parti politik Sarawak, parti Semenanjung begitu ‘toksik’ dengan ‘kegemaran’ main isu agama dan bangsa. Benar atau tidak terpulang pendapat masing-masing.
Apa pun Umno tidak dibenar mengembangkan sayap ke Sarawak walaupun pada zaman ia kuat bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Tetapi DAP dan PAS ada di Bumi Kenyalang. Begitu juga PKR yang sudah memperkukuh kedudukan. DAP mengukir beberapa kejayaan. PAS tidak. Nyata PAS ditolak majoriti rakyat Sarawak.
Di Sabah ada Umno. Ada PAS ada PKR. Umno dan PKR ada pengaruh. PAS tidak tetapi kata seorang pemerhati politik di Kota Kinabalu parti itu dengan kerjasama golongan Islamis ‘are making low key but steady inroads to the interio’.
Di Sabah dan Sarawak isunya ialah mengenai ekonomi, pembangunan, hak hasil sumber negeri juga hubungan dengan kerajaan persekutuan, dan tuduhan rasuah. Diulangi rata-rata isu agama dan bangsa tidak ada. Ini yang bagusnya yang elok dicontohi Semenanjung.
Namun, ingat tak kenyataan Ketua Polis Negara Razarudin Husain Oktober tahun lalu? Kata beliau polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti bendera Sabah dan Sarawak.
Hasil siasatan awal kata KPN mendapati insiden berlaku di Melbourne pada 16 Sept 2024 konon sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas Sabah dan Sarawak serta menjadikan kedua-dua wilayah itu sebagai republik. Difahamkan yang terbabit rakyat Sabah dan Sarawak yang duduk di Australia. Ini tidak bagus. Sebenarnya membimbang dan menyedihkan.
Itu hasil siasatan awal, siasatan lengkap dah ada ke? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/sesalan-borneo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

Sambal Telur Puyuh Campur

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Sultan Pahang Titah Dalamkan Sungai Yang Begitu Betek Bagi Mengelakkan Air Melimpah Ke Tebing

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Bingkisan Dari Blogger Mulan

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kemasukan Ke Prasekolah Bagi Sesi 2025 2026

Sagame168 Sagame168th Club 29 April 68 Sagame168 1000 Sagame168 Top 82 By Kasha

Taklimat Dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

Damselfish Fish Facts Az Animals

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri