Service Hotel Menepati Citarasa Pelanggan
Service Hotel Menepati Citarasa PelangganAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Hujung minggu lalu, kami datang ke Hotel Tang Dynasty di Sepanggar Tuaran Kota Kinabalu, wah memang terbaik lah perkhidmatan Hotel yang mewah ini. Ada beberapa yang menarik perhatian Etuza di hotel ini, walaupun pemilik hotel ini berbangsa Cina tetapi Hotel Tang Dyansty ini berkonsepkan perkhidmatan Islam. Kakitanga atau pekerja di kaunter adalah wanita bertudung begitu juga pekerja pembersihan atau petugas membersihkan bilik-bilik, semuanya wanita bertudung. Cantik-cantik dan bersopan santun pula tu. Astagfirullah..sorry bukan terpikat ya, tetapi sangat terkejut menerima layanan sebaik ini, tidak terdapat di hotel lain rasanya
Apa yang menarik perkhidmatan di Hotel T D ini
* Udara dalam bilik segar tak ada aroma yang menyesakkan pernafasan. Sebabnya ada larangan MEROKOK di tampal, dan jika ada yang MEROKOK ada sensor akan mengesan dan susuatu akan berlaku. Menurut apa yang Etuza baca. Keras sekali larangan MEROKOK
* Harga semalam amat berpatutan, sangat berbaloi dan mesti cek out sebelum 12 tengahari
* Semua peralatan diberikan dan ruangan tempat tidur, tandas, lampu dan aircond berfungsi dengan baik sekali
Perkhidmatan sebegini yang kita perlukan, pasti pelanggan akan datang lagi ke tempat ini, sebab Etuza berkira akan ke sini lagi andai ada hal urusan ke Kota Kinabalu. Tempat makan pun dekat
Ini dia beberapa paparan gambar suasana da;lam Hotel TD ini
Luaskan harga pun berpatutan..
TV ada Astro ..ada TV 3 dapat lah menonton AJL 2018Juara Azhail dan Dayang Norfaezah kan
Kami waktu itu berada di tingkat 4.
Ini dia pemandangan dari tingkat 4
Antara alat dan kemudahan di tempat mandi dan tandas..bersihSesiapa nak ke Sabah atau ke Kota Kinabalu boleh lah cari Hotel Tang Dyansty ini ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/02/service-hotel-menepati-citarasa.html