Seruan Parti Melayu Bergabung Tun M Tidak Pernah Menipu Di Dalam Perjuangan Khairuddin


Tiada muslihat politik dalam seruan ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ajakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu dilihat semata-mata untuk kepentingan ummah di negara ini.
“Saya amat mengenali hati budi Dr Mahathir. Apabila beliau menyatakan sesuatu, sudah pasti ada hikmah di sebalik kata-katanya itu. Kalau tidak Dr Mahathir tidak secara mudah menzahirkan isi hatinya secara terbuka.

Loading… “Beliau tidak pernah menipu di dalam perjuangan. Dalam apa situasi, akhirnya segala tindak-tanduknya hanyalah untuk kepentingan bangsa, agama serta negara.
“Sebab itulah saya sanggup berkorban apa saja untuk Dr Mahathir. Saya tidak taksub kepada beliau tetapi amat mengenali keikhlasan hati nuraninya kepada bangsa mahupun agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, seperti dilapor Astro Awani.
Pada Jumaat, Dr Mahathir mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah.
Katanya, setakat ini sudah ada enam parti Melayu termasuk UMNO dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.
Dalam pada itu tegas Khairuddin, seruan Dr Mahathir yang mahukan keseluruhan bangsa Melayu bersatu padu di bawah satu platform politik harus diambil perhatian secara serius oleh semua lapisan pemimpin-pemimpin Melayu.
“Inilah saja kaedah untuk menjamin bangsa Melayu terus menjadi kuat sehingga akhir zaman. Sudah sampai masanya semua parti-parti politik Melayu duduk semeja bagi membincangkan nasihat ini secara serius seterusnya merealisasikan impian tersebut.
“Kita harus kuatkan masa depan Melayu di samping memperkukuhkan hubungan perpaduan di antara kaum serta kepelbagaian agama di negara ini,
“Matlamat kita untuk melihat Malaysia sebagai negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan perpaduan sesama bangsa dan agama serta hidup dalam rukun aman damai dengan keseluruhan kaum-kaum lain di tanah air yang bertuah ini,” ujarnya.
Jelas Khairuddin, selaku ‘bapa’ yang telah mengharungi penghidupan selama 94 tahun, sudah pasti seruan dan nasihat ikhlas Dr Mahathir mempunyai mesejnya yang tersendiri.
“Inilah kekuatan jati diri Dr Mahathir yang senantiasa mahu melihat bangsa Melayu bersatu secara total.
“Sebagai ‘bapa’ dan tokoh negarawan yang paling tua dan masih memimpin, seruan ikhlas ini mesti dipertimbangkan secara serius oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu.
“Kami sanggup memainkan peranan proaktif untuk menterjemahkan hasrat ini demi kepentingan bangsa dan agama. Kita semua tidak harus memandang seruan ikhlas ini secara remeh,” katanya.
Tambahnya, semua pihak perlu berjiwa besar dan melakukan pelbagai pengorbanan untuk merealisasikan impian itu demi survival bangsa Melayu di negara ini.
“Satu badan pemikir yang terdiri daripada tokoh-tokoh pemimpin Melayu mesti diwujudkan secara kadar segera bagi meneliti, mengkaji, seterusnya bertindak ke arah mencapai matlamat yang cukup mulia ini.
“Yakinlah, seruan ikhlas ini amat penting dan tepat pada masanya untuk keseluruhan bangsa Melayu.
“Apa ertinya kepada bangsa Melayu sekiranya kita menang jadi arang dan kalah jadi abu? Apa nilainya pada orang Melayu sekiranya kita menang sorak kampung tergadai?
“Di benak kecil hati, saya amat yakin mengenai keikhlasan seruan Dr Mahathir dan turut yakin niat murni ini bukan berbaur motif politik tetapi semata-mata demi kepentingan keseluruhan ummah,” tegasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/seruan-parti-melayu-bergabung-tun-m-tidak-pernah-menipu-di-dalam-perjuangan-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Ajak Semua Parti Melayu Bergabung Bawah Satu Parti

Dr Mahathir Ajak Semua Parti Melayu Bergabung Bawah Satu Parti

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 415 hits
Demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti Dr Mahathir berkata setakat ini sudah ada ...
Saya Hanya Pelawa Ahli Bukan Gabungan Parti Melayu Tun M

Saya Hanya Pelawa Ahli Bukan Gabungan Parti Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 338 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelawaan beliau supaya parti politik Melayu menyertai Bersatu cuma menyasarkan kepada anggotanya dan bukan suatu jemputan bagi parti berkenaan menjadi sebahagian gabungan PH Pakatan Harapan ti...
Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 407 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti poli...
Tun M Semua Parti Melayu Termasuk Umno Dipelawa Sertai Ppbm

Tun M Semua Parti Melayu Termasuk Umno Dipelawa Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 370 hits
JOHOR BARU 5 Julai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu i...
4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 275 hits
HENTIKAN SANDIWARA PENYATUAN MELAYU DEMI SERAKAH KUASA Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu Ironinya orang yang me...
Pm Seronok Jadi Presiden Punca Melayu Banyak Parti

Pm Seronok Jadi Presiden Punca Melayu Banyak Parti

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 264 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat bersetuju supaya penglibatan penjawat awam dalam politik akan dikaji semula Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 8 Julai Pakatan Harapan tidak boleh menerima parti komponen baharu kerana ia akan membawa...
Pertahankan Parti Keramat Orang Melayu

Pertahankan Parti Keramat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 227 hits
ALOR SETAR 28 JUN 8212 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan amanat kepada ahli UMNO untuk terus mempertahankan parti keramat orang Melayu ini ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO ...
Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 404 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengajak semua parti politik Melayu untuk bersama sama menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan ia termasuklah UMNO yang dilihat bertujuan bagi menguatkan kuasa politik Melayu sebag...
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 445 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Malaysia International Trade And Exhibition Centre

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Pulanglah Ke Malaysia Tpm Rayu Pelajar Di New Zealand Berkhidmat Di Tanah Air

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization

Miniatur Bus Haryanto Hr079 Jetbus2 Hhd

Cost Of Webflow Website Design What Businesses Should Expect In 2025

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

The Invisible Club