Seruan Mahathir Tidak Praktikal


ULASAN

APABILA Dr Mahathir Mohamad menyeru agar parti-parti Melayu (sebenarnya orang Melayu) menyertai partinya Bersatu, timbul berbagai spekulasi dan tafsiran mengenainya. Walaupun seruan itu sesuatu yang dinamik namun sukar untuk dilaksanakan, tetapi kerana ia disuarakan oleh orang berjawatan PM bertaraf negarawan maka ia perlu diberi respon.

Ajakan kepada penyatuan oleh sesiapa sahaja asalkan ia bermaksud baik perlu disokong dan diberi perhatian. Dan mengenai seruan Mahathir itu ia juga tidak tersisih dari pandangan saya.

Apakah rasional dan istimewanya maka semua parti Melayu perlu berada di bawah naungan Bersatu? Kenapa Bersatu harus menjadi pemersatu? Apakah kerana ia kebetulan dibawah pimpinan Mahathir seorang pemimpin Malaysia yang cukup berpengalaman. Dan layak atau sesuaikah Mahathir menjadi ikon perpaduan Melayu jika disuluh kepada laluan politiknya selama ini?

Saya telah mengulas mengenai kelayakan Mahathir untuk menjadi ikon penyatuan Melayu. Bagi saya Mahathir bukan tokoh itu: Begini tulis saya dalam satu status di Fb:

(MAHATHIR BUKAN IKON PENYATUAN MELAYU?

Sikit nak respon kepada ajakan Dr Mahathir kepada parti-parti Melayu agar bersatu untuk mengukuhkan kuasa politik Melayu. Tidak dinafikan cadangan itu elok tetapi ia bukan sesuatu yang praktikal apabila ia diseru oleh Mahathir. Bagi saya Mahathir bukan watak yang boleh mempersatukan Melayu di negara ini.

Sejarah politik dan kekuasaanya masa lampau pasti akan diungkit dan akan dijadikan iktibar untuk menerima dan menilai sejauh mana beliau ikhlas dan mampu melaksanakan seruannya itu. Orang dapat menduga seruan itu agar Melayu, bersatu dibuat oleh Mahathir setelah parti lamanya Umno kalah dan tidak berkuasa lagi.

Kebetulan pula parti yang ditajanya untuk dijadikan pengganti Umno, Bersatu tidak mendapat sambutan menggalakkan. Mahathir seharusnya melakukan ini, - penyatuan Melayu semasa beliau memimpin Umno dahulu. Tetapi ketika itu beliau tidak pernah mengajak parti Melayu (Pam) yang merupakan parti kedua terbesar untuk bersatu dengan Umno.

Adakah pernah terilham untuk Mahathir mengajak Pam bersatu? Saya tidak mengingati kalau ada beliau berbuat demikian.

Kenapa? Sebab ketika itu Umno kuat dan Mahathir mempunyai sokongan padu, maka pelawaan untuk bersatu dilupakan.

Malahan mengikut "hadith" Tengku Razaleigh, beliaulah yang memecahkan perpaduan Melayu Pam - Umno dalam BN. Tengku Razaleigh mendakwa penyingkiran Pam dari BN (1974) adalah idea Dr Mahathir?

Selain itu orang juga teringat kepada cara politik Mahathir, dived and rule. Kekucarkaciran dalam Umno yang dahulu hebat berlaku di zaman Mahathir. Kerana "keagahannya" memiliki kuasa besar maka beliau menyingkirkan satu demi satu pemimpin masa depan Melayu; bermula dengan menyingkirkan Musa Hitam, kemudian Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim dan terbaharu pula Najib Razak sebelum itu Abdullah Badawi juga jadi mangsa cemuhannya.

Jadi semua sejarah dan liku-liku dilalui Mahathir itu menyebabkan orang serit dan mempersoalkan sejauh mana keikhlasan dan kesungguhannya untuk menjadi ikon menyatu padukan Melayu. Trims.

Sebelum status itu saya juga telah memberi reaksi awal sebelum ini, kata saya; kalau benar parti-parti Melayu hendak bersatu, induknya bukan Bersatu tetapi induknya ialah Pas. Pas yang kini saya sebut Pam, paling layak untuk membuat seruan agar semua parti Melayu bersatu di bawah mereka.

Pam ada keistimewan dan signifikan untuk jadi ikon penyatuan Melayu. Pertama kerana Pam adalah parti Melayu kedua tertua selepas Umno. Keadaan dan kedudukan Pam masih kemas dan berpengaruh berbanding dengan Umno yang sudah banyak tercalar dan cacat.

Yang penting ideologi atau dasar dan prinsip perjuangan Pam dekat dan serasi dengan orang Melayu, yakini Islam. Jadi dari segi menjadi tuan rumah Bersatu tidak layak. Apabila saya menyebut dan menamakan Pam, kepercayaan kepada Pam ini bukan kepada pemimpin utamanya kini yang bersikap berbalam-balam dan entah-entah itu. Tetapi dari segi sejarah dan realiti yang ada kepada Pam.

Alasan betul.
Alasan diberikan Mahathir kenapa parti Melayu perlu bersatu kerana untuk mengukuhkan politik orang Melayu. Alasan itu boleh diterima. Malahan hakikat itulah yang perlu disedari oleh semua parti-parti Melayu dan juga orang Melayu. Semua kena mengambil kira kekuatan kuasa politik Melayu perlu dijadikan keutamaan dan tulang belakang kepada masa depan orang Melayu.

Menurut Mahathir, Melayu kini berpecah kepada empat buah parti. Kerana berpecah itu potensi untuk Melayu menang sukar. Hari ini Melayu bukan lagi memiliki kuasa 60% tetapi enam (6) peratus sahaja. Kelemahan (kuasa politik) akan membawa banyak kerugian kepada orang Melayu. Realiti dan situasi ini perlu difahami dan diinsafi sebaik mungkin penuh teliti dan cermat.

Baik, apabila beliau menyeru parti-parti Melayu dengan membilang empat parti Melayu, bermakna ia terpanggil kepada Umno, Parti Agama Malaysia (Pam) alias Pas dan Amanah sahaja. Keadilan (PKR) tidak termasuk parti Melayu yang digolongkan oleh Mahathir itu. Ini kerana Keadilan adalah parti multi racial, berbagai kaum.

Sebenarnya Mahathir tidak boleh meninggal begitu sahaja Keadilan sebab ada elemen Melayu dalam parti itu apabila Melayu mendominasi hierarki kepimpinannya. Pemikiran Dr Mahathir mengenai politik Melayu dalam konteks Malaysia seharusnya lebih fleksible, terbuka dan rasional.

Saya tidak mahu menyebut dan mengulas apa perasaan Keadilan dan DAP apabila Mahathir mengajak parti Melayu bersatu. Saya mengira ia tidak menyentuh perasaan mereka pun kerana memahami latar belakang politik negara ini disertai berbagai kaum yang mana tidak akan ada mana-mana kaum dapat memerintah secara bersendirian. Ini satu hakikat yang diterima oleh Mahathir sendiri. Realiti inilah juga membimbangkannya.
Berbalik kepada seruan dan ajakan terbaharu Mahathir itu, ia baik dari maksudnya, tetapi tidak baik dari konteks politiknya. Dr Mahathir kini berada dalam PH yang mana bersama PH ada parti bukan Melayu, DAP dan Keadilan. Jadi seruan itu dilihat semacam tidak ikhlas atau ada motif lain yang boleh menyebabkan pentafsiran politik membuat berbagai terjemahan yang tidak menguntungkan pakatan itu.Adalah songsang kalau beliau sebagai Pengerusi PH tetapi melupai dua rakan lain, khasnya DAP. Seruan Mahathir itu tidak mengambil kira perasaan DAP dan juga Keadilan. Apakah perasaan sebegitu tidak terbenam di lubuk hatinya? Saya sudah kata tidak mahu menggali apa perasaan DAP. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah mengatakan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai pelawaan dan cadangan Mahathir itu. Guan Eng tidak mahu mengusut kasaikan keadaan dengan seruan Mahathir itu.

Dalam hubungan ini, mengenai keperluan Melayu bersatu untuk membina kekukuhan kuasa politik orang Melayu saya ingin memberi tambahan kepada Mahathir. Atau pun boleh juga sebagai meralat pandangan dan ideanya.

Bagi saya untuk memperkuatkan politik orang Melayu tidak semestinya secara fizikal dengan menyeru agar orang Melayu bersatu dibawah bumbung. Konsep itu mungkin sesuai sebelum Malaysia merdeka di tahun-tahun 40an, 50an dahulu. Semisalnya apa dilakukan oleh Kesatuan Melayu, Para Ulama, Guru-Guru Pondok berhimpun di bawah satu bumbung untuk menuntut kemerdekaan. Tetapi konsep itu bukan sesuai lagi waktu ini.

Penyatuan Melayu boleh dilakukan melalui perasaan, semangat dan iltizam kebersamaan berteraskan agama dan bangsa. Ia tidak pun perlu menerusi fizikal seperti Mahathir katakan itu. Ia sesuatu yang sangat sukar melain Melayu sudah terdesak.

Orang Melayu boleh sahaja menyertai mana-mana parti yang mereka sukai. Dan mereka boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya. Walaupun banyak kumpulan dan parti Melayu tetapi kuasa (kerusi) Melayu tidak akan mengecil atau berkurangan. Kawasan yang menjadi tumpuan Melayu ialah kawasan 55% undi Melayu.

Melayu tidak akan mengecil dari bilangan kerusinya kerana kerusi Melayu tetap menjadi milik Melayu. Walaupun di sesuatu itu ada lima atau lapan calon Melayu bertanding, tetapi pemenangnya tetap Melayu juga. Orang lain, Cina dan India tidak akan menang di kawasan Melayu begitu juga sebaliknya. Ertinya kuasa dan kerusi Melayu tetap tidak berubah.

Jadi Melayu boleh bersatu kalau ada jiwa politik yang segar dan rasional. Kerusi yang dimiliki parti masing-masing boleh dihimpunkan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Apa yang penting di sini orang Melayu boleh berbeza warna parti dan ideologi tetapi mereka perlu berangkat dari asas dan nawaitu sama.

Kalau ini berjaya diimplimentasikan, jadi tidak timbul Melayu berpecah. Lama sebelum ini saya sudah meminta agar orang Melayu belajar berpolitik daripada orang Cina. Mereka bersatu dalam satu cita-cita dan tujuan. Yang perlu difikirkan bukan menyatukan Melayu dalam satu bumbung tetapi menyusunkan kerusi-kerusi Melayu dalam satu acuan rasa dalam atma jiwa. [wm.kl.10:46 am 09/07/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/07/seruan-mahathir-tidak-praktikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Tak Cayer Najib Tak Tahu Percayakah Mukhriz Tak Tahu

Mahathir Tak Cayer Najib Tak Tahu Percayakah Mukhriz Tak Tahu

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 424 hits
Jawapan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa dia tak tahu mengenai dana yang kononnya daripada 1Malaysia Development Berhad yang di salurkan ke akaun UMNO Kedah masa menjadi Pengerusi Badan Perhubungan parti itu adalah perkara b...
Orang Paling Banyak Kutuk Mahathir Dulu

Orang Paling Banyak Kutuk Mahathir Dulu

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 281 hits
Dalam sejarah Malaysia ini la makhluk yang paling banyak kutuk Mahathir dalam ceramahnya satu masa dulu Mahazalim firaun penyangak penipu dan entah apa lagi yg di kata kat Mahathir Tapi sekarang dia sanggup terbang ke London nak jumpa Mahat...
Tok Mat Membaca Fikiran Mahathir Atau Tok Mat Mendapat Maklumat Dari Mahathir

Tok Mat Membaca Fikiran Mahathir Atau Tok Mat Mendapat Maklumat Dari Mahathir

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 335 hits
PRU tahun hadapan Apakah SEBAB yang sama Zahid tergesa gesa menamatkan percutian Berbeza dengan Kj Hakikatnya apakah komponen PH tidak boleh membaca fikiran Mahathir atau tidak dimaklumkan oleh MAHATHIR Mereka sengaja dibiarkan untuk terus ...
Pertemuan 45 Minit Mahathir Kit Siang Jadi Tanda Tanya

Pertemuan 45 Minit Mahathir Kit Siang Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 319 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 03 tengahariPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang agak berhati hati dalam mendedahkan maklumat berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi ini Ketika dihubungi Malaysiakini Ah...
Dr Mahathir Seorang Strategis Yang Hebat Kj Pesan Umno Waspada Dengan Dr M

Dr Mahathir Seorang Strategis Yang Hebat Kj Pesan Umno Waspada Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 340 hits
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengingatkan Umno berwaspada dengan keupayaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Walaupun sokongan rakyat pada PH kelihatan merosot namun Dr Mahathir merupakan negarawan dan pakar dalam menyusun strat...
Motifnya Tembak Azmin Jatuhkan Mahathir

Motifnya Tembak Azmin Jatuhkan Mahathir

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 306 hits
Peluru patah balik makan tuan dan tuannya Sekali lagi mission ini gagal Amatur Kesannya Azmin makin waspada dan mengatur strategi menguatkan kem malah lebih berani dalam percaturan politik masa depannya Tetapi tidak dinafikan image Azmin se...
Dap Jointly Funds Effort To Topple Mahathir Anwar Lacks Numbers

Dap Jointly Funds Effort To Topple Mahathir Anwar Lacks Numbers

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 259 hits
Anwar lacks the numbers to table a motion of no confidence against Mahathir once parliament reconvenes this July Source TTFThe DAP is said to be jointly funding a mass scale effort led by Dato Seri Anwar Ibrahim to buy the support of as man...
Bahagian Pertama Mengapa Umno Tidak Lagi Perlukan Mahathir

Bahagian Pertama Mengapa Umno Tidak Lagi Perlukan Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 424 hits
Kerajaan PH di bawah Dr Mahathir kini telah membekukan akaun akaun UMNO Mahathir dan kerajaan melalui SPRM telah memfailkan tuduhan ke atas 41 individu dan entiti berkaitan UMNO untuk melucut hak harta Mahathir berkata dia boleh membankrapk...
Dana 1mdb Mukhriz Mahathir Jangan Nampak Sangat Bodohnya

Dana 1mdb Mukhriz Mahathir Jangan Nampak Sangat Bodohnya

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 325 hits
Adakah anda percaya bahawa Mukhriz Mahathir ketika menjadi Pengerusi Badan Perhubungan parti itu yang tidak tahu mengenai dana 1MDB yang disalurkan ke akaun UMNO Kedah amatlah meloyakan Menurut Muhammad Sanusi Mohd Nor timbalan Pesuruhjaya ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya