Sertai Pgmall Platform E Commerce Terbaik Masa Kini
Sertai PGMall – Platform E-Commerce Terbaik Masa Kini. Diam tak diam dah hamper 3 bulan kita menjalani tempoh PKP dan PKPB. Pelbagai perkara baru yang secara tidak langsung kita belajar dan mula praktikkan sebagai norma baru menjalani kehidupan di musim C19 ini. Selain daripada belajar dan praktikkan cara menjaga kebersihan dan kesihatan, kita juga terdedah dengan corak berbelanja secara online. Mesti korang semua tak terkecuali terjebak dengan belanja secara online kan? Akak pun sama, bila melayari internet mesti nak jenguk juga kedai-kedai online yang ada dan tanpa tersengaja terbeli ! Bila masyarakat semakin ramai berbelanja secara online bermakna peluang terbuka lebih luas kepada para peniaga untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Oleh itu adalah satu keperluan untuk para peniaga tahu platform yang bagaimana yang boleh digunakan supaya hasil keluaran mendapat sambutan. Salah satu yang korang boleh gunakan ialah PG Mall online shopping.
PGMall Satu-satunya Platform E-Commerce Tempatan di Malaysia
PG Mall merupakan platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PGMall Sdn. Bhd dan disokong oleh Kumpulan PG. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. Ia juga merupakan platform e-commerce nombor satu Malaysia sejak di tubuhkan pada tahun 2017. PGMall juga merupakan salah satu top 3 online marketplace yang sering dikunjungi oleh iPriceinsight.
Jom Bersama PGMall Sebagai PeniagaKenapa anda perlu bersama PGMall ? Akak bagi 5 sebab kenapa anda sebagai peniaga perlu sertai PGMall.
1 - Kalau anda nak tahu, sehingga kini ada lebih 1,000,000 pelanggan seluruh South East Asia yang menggunakan platform PGMall untuk berbelanja. Dijangka, ianya akan terus berkembang. Oleh itu, adalah satu kelebihan bagi anda yang mempunyai produk untuk dipasarkan, menyertai PGMall.
2 - Di PGMall kebanyakan penerajui e-wallet partner boleh digunakan. Antaranya Maybank QRPay, TouchNGo E-wallet, Boost, Grabpay, Alipay dan lain-lain lagi. Dengan kemudahan yang ada ini akan memudahkan pelanggan mendapatkan produk anda.
3 – PGMall mempunyai kumpulan sokongan yang kukuh dalam membantu mempromosikan produk dan pengalaman berbelanja menggunakan platform ini.
4 – Mempunyai in-house MIS team yang berpengalaman yang boleh membantu penjual membuat kempen dan promosi jualan yang menarik.
5 - Tidak ada sebarang kos dikenakan untuk menjadi penjual di PGMall. Bayaran transaksi 5% dikenakan termasuk bayaran `gateway fee’.
Menarikkan !! PGMall juga mempunyai rakankerja antaranya - SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, PGMall juga menyediakan 3pl seperti POS Laju, Skynet, Gdex, JnT express, abx express, DHL, easy parcel dan yang lain-lain.
Tak perlu dah pening kepala nak pasarkan produk. Onboard je sebagai seller di PGMall sambil memberi kepuasan pengalaman membeli belah secara online kepada pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai PGMall, korang bolehlah layari laman web dan juga media sosial PGMall di bawah.
Website : https://pgmall.myFacebook : PGMallOfficialInstagram : PGMall.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2020/06/sertai-pgmall-platform-e-commerce-terbaik-masa-kini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)