Seri Minang Cottage Kuala Ibai Kuala Terengganu
Cuti sempena Maulidur Rasul yang lalu,Mama Yan dan keluarga mengambil kesempatan untuk menziarahi pakcik suami yang tinggal di Kuantan.Sudah hampir setahun adik mak mentua MY terkena serangan strok.Tidak bertambah baik, dan tidak juga bertambah buruk.
Dah pergi ke Kuantan,Lajak pula ke Kemaman, Terengganu, Rumah adik suami Mama Yan.Dah sampai rumah dia,Kami pun makan-makan dan sambut second round hari jadi Ucid & Sarah,Masa lurus-luruskan kaki & sembang-sembang,Biras Mama Yan ajak,"Kok Yang, gi jalang-jalang nok?Gi Kuala Tengganu....kite tido sane ah"MY pun on aje lah. Terus biras MY cari tempat bermalam.
Anak-anak dah...Haaaa?Kami baru je turunkan beg,Dah nak susun beg masuk kereta semula ke?Hahaha....kesiannn...
Kami pun terus zuppp ke Kuala Terangganu.Jauh juga dari Kemaman rupanya,Tapi apa ada hal,Naik kereta ikut highway kut,Bukan naik unta.
Kami bermalam di Seri Minang Cottage,Tapi tempahan dibuat melalui Seri Ibai Permai.Sebelah dia je.
Pemandangan luar homestay seri minang ni di waktu malam.Garaj kereta tu berbumbung dan berlampu ya..Muat dua biji kereta.
Kami sampai tu,Terus MY ambil ambil gambar sebelum anak anak start bergumpal.Eh..ada model cilik pula homestay ni.
Ada area minum-minum kopi waktu malam.Lantai papan yang bersih dan berkilat.Bagi orang OCD, mungkin mereka akan sakit mata melihat bingkai lukisan batik tu.Memang pattern diorang gantung frame hiasan senget-senget macam tu ye.Jadi janganlah dirisaukan.
Ada TV dengan siaran Njoi.Seterika dan papannya juga ada disediakan.Jadi tak perlu risau awning tudung renyot ke, herot ke, Boleh menten lawa kalau menginap di sini
Siap ada pool kecik untuk layan anak anak. Untuk mak-mak dugung ni, Tak payah join lah..hahaha...
Ni master bedroom.Ada almari, ada cermin mekap, ada bilik air, dan satu katil double.Tuala yang putih bersih juga disediakan
Ni bilik ke dua,Ada dua katil super single
Bilik seterusnya ada satu katil super single dan satu katil double.
Ni bilik airnya.Bersih. Kat master bedroom punya bilik air ada water heater.ada sabun Lux kecik kecik je.Jadi, kena bawalah semua peralatan mandian sendiri okay.
Ni bukan pantry lagi dah.Ni memang dapur masak namanya.Lengkap dengan dapur induksi, periuk nasi elektrik, penapis air coway, peti sejuk, pinggan mangkuk, pisau, gelas, jug, sudu garpu.
Pinggan dia ada yang jenama Corelle wei.Mesti pemilik rumah ni bukan kaleng kaleng orangnya.Lepas pakai, jangan lupa bersihkan okay.
Bagi MY, sebagai rakyat madani bifoti ni,Dah cukup berbaloi dah tidur satu malam di Seri Minang Cottage ni.Dengan harga RM400 satu malam, Boleh muat 8 dewasa 5 kanak-kanak untuk tidur dengan selesa.Siap ada bantal extra lima enam biji,Ada selimut toto extra,ada tuala & sejadah,Siap ada stand by ubat nyamuk,Setiap bilik ada aircond,Bersih dan selesa juga,Dah bersyukur dah.Dah best sangat dah.Ada terkurang sana sini tu, biasalah.Lagipun, pergi Kuala Terengganu apa barang duduk dalam bilik homestay,Gi jalang-jalang cari nasi dagang, batik, temaga dan macang-macang arr...
Suami MY komplen jugala bab susah nak tidur sebab tepi jalan besar.Bunyi kereta lalu lalang tak putus putus sampai ke tengah malam.Tapi bagi MY,pejam mata terus ke alam luar sedar...kihkihkih
Okaylah, cerita panjang-panjang,bukan ada token pun.Free review.So, yang nak ke Kuala Terengganu,Nah..ni nombor telefon.Boleh juga berkunjung ke FB Page mereka di:-https://www.facebook.com/SeriMinangCottage
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/10/seri-minang-cottage-kuala-ibai-kuala.html